Jumaat, 2 Mac 2018

INILAH PEGANGAN AKIDAH PENGANUT SYI'AH


 

[Sambungan daripada :
                            بسم الله الرحمن الرحيم
 اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، جَعَلَ الأَمْرَ بِالمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيِ عَنِ المُنْكَرِ أَمَاناً مِنَ العَذَابِ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، (غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ)، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ، وَسَلَّمَ تَسْلِيْماً كَثِيْرًا

أَمَّا بَعْدُ

وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ
                     Maksudnya :
" Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu di hadapan mereka, nescaya mereka tidak (juga) akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
[Al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam : 111 ] 

*****************************
 عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْـخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ؛ قَالَ 
سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّـى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ 
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ ، فَإِنْ لَمْ
يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإِنَ لَـمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ
              أَضْعَفُ اْلإِيْـمَـانِ                       
Maksudnya:             
"Dari Abu Sa’îd al-Khudri Radhiyallahu anhu, ia berkata: 'Aku pernah mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (menasihatinya); dan jika ia tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasa tidak reda dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman'." [HR Muslim]

*************************

Image result for perayaan mengingat peristiwa karbala oleh kaum syiah

Pada dasarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan pada 5 Mei, 1996 telah membuat keputusan rasmi bahawa kesemua ajaran Syi'ah termasuk ajaran aliran mazhab Syi'ah  Al-Zaidyah dan Jaafariah adalah bertentangan dengan pengajaran dan pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal-Jamaah dan termasuk sebagai ajaran sesat. 


Bagi Negeri Selangor pula Jawatankuasa Fatwa bagi Negri Selangor telah membuat keputusan dan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut sub-seksyen 48 (6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor bahawa fahaman dan ajaran Sy'iah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Fatwa ini telah diwartakan di dalam Warta Kerjaan Selangor pada 17 Oktober, 2013.

Namun demikian adalah diketahui umum bahawa pemahaman pengajaran Syi'ah di Malaysia masih wujud sama ada diamalkan secara perseorangan atau berkumpulan melalui program-program beridentiti dan bermotif  'ritual' dan keagamaan di lokasi-lokasi tertentu yang dirahsiakan.

Sunguhpun penyibaran dan isu pemahaman ajaran S'yiah telah wujud sejak berkurun lamanya pada zaman pemerintahan kerjaan Abbasyiah dan mungkin sudah tersibar luas di Nusantara bersama penyibaran agama Islam sekitar kurun ke-15-18 Masehi, namun fahaman ini hanya mendapat perhatian umum di Malaysia sekitar tahun 1979 apabila kuasa pemerintahan beraja  kerajaan  Iran tumbang melalui ledakan Revolusi Iran yang didokong oleh majoriti rakyat Iran berfahaman Sy'iah di bawah kepemimpinan Khomeni dan melahirkan sebuah negara republik yang dinamakan Republik Islam Iran dengan meletakkan ulamak tertinggi Syi'ah sebagai ketua negara.  Mulai dari detik kemuncalan negara baru Iran maka fahaman Syi'ah semakin mendapat perhatian dunia sebagai satu doktrin atau ideologi baru yang seolah-olah mendominasi kebagkitan kekuatan dunia dan umat Islam sebagai kuasa dalam kancah politik dunia. 

Perbahasan terhadap isu ajaran Syi'ah sering diperkatakan oleh pelbagai media massa, majlis wacana ilmu di institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi-institusi agama Islam. Banyak penerbaitan dalam pelbagai bahasa telah dihasilkan mengenainya. Kebiasaannnya kebanyakan umat Islam yang berpegang teguh kepada iktiqad Ahli Sunnah wal-Jamaah hanya dapat membaca atau  mendengar tentang ajaran Syi'ah ini melalui penerbitan-penerbitan hasil karya para ilmuan yang berpegang kepada fahaman ahli Sunnah wal-Jamaah sahaja dan tidak berpeluang mendengar dan membaca untuk memahami dengan lebih terperinci dan khusus hasil karya-hasil karya para ilmuan atau ulamak-ulamak gologan Syi'ah sendiri. Justeru ada kemungkinan rumusan pemahaman mereka terhadap fahaman Syi'ah kurang menepati maksudnya yang mudah disanggah dan dinafikan oleh penganut-penganut fahman Syi'ah yang sudah sebati kukuh degan fahaman ini.

Persoalan pokok yang dibicarakan dalam artikel ini memberi fokus kepada pemahaman akidah penganut Syi'ah yang amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan teras pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal-Jemaah berpandukan beberapa buah kitab dalam Bahasa Arab yang diterbitkan  hasil karya ilmuan pemikiran Islam yang membuat analisis mendalam dan komprehensif terhadap doktrin ajaran Syi'ah dan fahaman-fahaman lain yang bercanggah dengan al-Quran, Sunnah dan ijmak ulamak mujtahid ahli sunnah yang tersohor di dunia. Paparan secara menyeluruh terhadap kepercayaan ajaran Syi'ah yang batil dengan merujuk kitab-kitab tersebut mudah-mudahan  dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi nyata tentang sandaran pemahaman dan penghayatan ilmu mereka terdadap agama Islam kepada umat Islam secara umumnya agar terselamat dari terkena virus 'wabak' ajaran Syi'ah.

Antara kepercayaan-kepercayaan penting fahaman akidah golongan Syi'ah yang batil dan bertentangan dengan hukum syarak yang berteraskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang boleh membatalkan akidah keimanan yang hak adalah sebagaimana berikut:  
   1.      Akidah mensyirikkan Allah  yang selaras dan sejajar dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang YAHUDI, NASRANI dan keseluruhan orang MUSYRIKIN.
2.      Akidah Al-Badaa’   (البداء)  yang batil yang melazimkan kejahilan kepada Allah.
     3.      Akidah I’smah (عصمة) bahawa Imam-Imam Yang Dua Belas adalah maksum.
     4.      Akidah bahawa Al-Quran yang ada telah ditokok-tambah.
   5.      Akidah Menghina Rasulullah s.a.w, menghina Ali r.a, Hasan dan Husain Radiallah anhum. 
   6.   Akidah menghina Ummahatul-mukminin, radiallahu anhunn. 
  7.      Akidah Menghina Anak-Anak Perempuan Nabi s.a.w, terutama sekali Saiydatun-Nisaa (penghulu kaum wanita mukminat) iaitu Fatimah Az-Zahraa’ Radiallahu Taala anhunn. 
     8.    Akidah Menghina Al-Abbas, Ibnu Abbas dan Aqeel r.a.
  9. Akidah Menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan orang-orang Muhajirin dan Ansar r.anhum. 
    10.  Akidah Menghina Imam-Imam. 
    11.  Akidah At-Taqiyah. 
     12.  Akidah Al-Mut’ah. 
    13.  Akidah Mengharuskan Faraj Untuk Dipinjam. 
    14.  Akidah Mengharuskan Meliwat Wanita.
     15.  Akidah Ar-Raj’ah (الرجعة).
16.  Akidah At-Teenah (الطينة )
  17. Akidah Ihtisab (احتساب) iaitu meraung, mencarik-carik baju, memukul pipi di atas kematian syahid Al-Husain dan seumpamanya yang bertentangan dengan akidah Islam.
Huraian dan perbahasan tentang tajuk-tajuk di atas adalah seperti berikut:

PERKARA PERTAMA :

AKIDAH MENSYIRIKKAN ALLAH:

Muhammad Bin Ya’kub Al-Kulaini (   الكليني  ) dalam Kitab Usul Al-Kafi (اصول الكافي) pada Bab: 
Bumi ini, kepunyaan Imam, menyebutkan daripada Abu Abdullah a.s, katanya: Bahawa dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam, dia boleh meletakkannya di mana sahaja dan menolaknya kepada siapa sahaja yang dia kehedakki. Adalah harus baginya daripada Allah.
(Rujuk Usul-Alkafi, ms 259 cetakan India).

Maka apakah yang dapat disimpulkan oleh seorang Muslim yang insaf dari kata-kata tersebut? Sedangkan Allah Taala berfirman di dalam al-Quran yang antaranya:
"... ان الأرض لله يورثها من يشاء من عباده ... "
                  Maksudnya:
i.“… Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya …..”. 
             [Surah Al-Aa’raf: 128 ]

"لله ملك السموت والارض وما فيهن  ..."

                      Maksudnya:
 ii.“Bagi Allah-lah pemilikan langit-langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya …”. 
              [Surah Al-Maaidah: 120]

"فلله الآخرة والاولى"

                     Maksudnya :
iii.“Maka bagi Allah-lah kehidupan akhirat dan dunia”.
[Surah An-Najmu:25]

" له ملك السموت والارض"
        Maksudnya:
iv.“Bagi-Nya-lah pemilikan langit-langit dan bumi”.
 [Surah Al-Hadid : 2]

"تبـرك الذي بيده الملك وهو على كل شيء قدير"
.
               Maksudnya :
 v.“Telah diberkati yang di bawah pemilikan-Nya dan Dia di atas setiap sesuatu Amat Berkuasa”.
[Surah Al-Mulk:  1]

Tertulis dalam fahaman Sy'iah bahawa kononnya: Ali berkata: 
“… Akulah yang awal, akulah yang akhir, akulah yang zahir, akulah yang batin dan aku adalah pewaris bumi."
[رجال كشي ص 138 طبعة الهند]


Akidah ini juga, samalah dengan yang pertama, sedangkan Saidina Ali  r.a. tidak ada kaitan dan kena mengena langsung dengan apa yang mereka tudah dan perkatakan sebagaimana yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut.  Pastinya kesemuanya ini adalah kata-kata  dusta dan fitnah besar yang senghaja direka dan diada-adakan untuk menyokong pegangan fahaman sesat mereka. 

Allah Jalla Jalalullah berfirman di dalam al-Quran:

"هو الاول والأخر والظاهر والباطن"

                 Maksudnya: 
i,“Dialah Yang Awal (yang tidak berawal bagi-Nya) dan Dialah Yang Akhir (yang tidak berakhir bagi-Nya) dan Dialah Yang Zahir (yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci dari segala kekurangan, yakni tidak sekali-kali Allah itu menyamai segala barang yang diadakan oleh-Nya) dan Dialah Yang Batin (Yang tidak dapat dikenali melalui pancaindera yang lima). 
                       [Surah Al-Hadid : 3].

".... ولله ميرث السموت والارض ... ..."

              Maksudnya :
ii.“…  dan bagi Allah warisan (apa yang ada di) langit-langit dan bumi …”
                       [Surah Al-Hadid:10]

 وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (65) بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ (66
                      Maksudnya :
iii.“.......Demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap akan menjadi dari orang-orang yang rugi. (65) 
“(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur”.(66)
[ Surah Az-Zumar: 65-66]

Terpapar juga di dalam kitab Al-Kafi yang bererti bahawa diriwayatkan daripada Jaafar As-Sadiq yang bermaksud bahawa : 
"...Jika kalian mempersekutukan taat setia kamu kepada Ali maka itu akan mengakibatkan gugurnya amalan seseorang itu..."
Kemudian dia berkata pada tafsir al-Quran surah Az-Zumar ayat 66:

"بل الله فاعبد وكن من الشـكرين"
(yang diertikannya ): 
“Janganlah menyembah yang lain dari Allah, bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur”) dengan makna, iaitu: Kalian, (15) sembahlah Nabi dengan ketaatan dan ucapkanlah kepadanya terima kasih yang dengannya Kami jadikan saudara lelaki kamu dan anak bapa saudara kamu sebagai suatu kekuatan (kepada kamu).
                      (   ترجمة مقبول احمد ص 932 )

Lihatlah, bagaimana mereka itu mengada-adakan pembohongan ke atas Jaafar As-Sadiq dalam tafsir ayat al-Quran ini sedangkan ayat-ayat ini adalah ayat-ayat mentauhidkan Allah Azza Wajalla yang bermaksud bahawa Dia-lah yang mengadakan setiap sesuatu dan Dia-lah yang wajib diibadatkan. Maka lihatlah, bagaimana mereka itu memesong dan mengeluarkan daripada ayat itu Syirik Jali (الشرك الجلي ).   Allah jua yang akan memberikan balasan-Nya ke atas mereka yang mempersenda-sendakan ayat-ayat-Nya.

Begitulah juga pentafsir syiii ini mengatakan pada tafsir Firman Allah Taala:

"وما خلقت الجن والانس إلا ليعبدون".

(yang kira-kira ertinya): 
Dan (ingatlah) aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya (berbahagialah) mereka (dengan) beribadat kepadaKu. (Surah Azariat : 56). 
Namun mereka telah mengubah tafsiran  ayat ini dengan mengatakan bahawa Jaafar As-Sadiq telah memberikan pentafsirannya, kononnya dipetik daripada Al-Husain r.a : 
"Bahawa Allah telah mengadakan JIN dan MANUSIA supaya mereka itu mengenalinya, kerana jika mereka itu mengetahuinya, mereka akan menyembahnya." 
Maka bertanyalah salah seorang di kalangan mereka: Apakah maksud 'mengetahuinya'?
Maka dia menjawab: Dengan mengetahuinya manusia akan Imam zaman mereka.
(ترجمة مقبول احمد ص 1043)

Al-Kulaini menyebut dalam Kitab (Usul Al-Kafi)yang bermaksud:
 Imam Muhammad Al-Baqir berkata: Kami adalah Muka Allah dan kami adalah Mata Allah pada makhluk-Nya dan Tangannya yang terbuka dengan rahmat bagi sekalian hamba-Nya.
                      (اصول الكافي ص 83)

Dia juga mengatakan yang membawa maksud :
"Kami adalah lidah Allah, muka Allah dan mata Allah pada makhluk-Nya."
(اصول الكافي ص 84)

Manakala daripada Abu Abdullah (Jaafar As-Sadiq) a.s. berkata bahawa Amirul-Mukminin (Ali) kerap kali berkata: 
"....Akulah rakan kongsi Allah (قسيم الله) di antara syurga dan neraka.Sesungguhnya aku telah diberikan suatu sifat, tidak pernah aku ini didahului oleh sesiapa pun sebelumku, aku telah mengetahui segala ajal maut, segala bala, segala nasab (keturunan) dan kemampuan membuat kata putus dalam sesuatu perkara (فصل الخطاب) maka tidak pernah aku terlepas pandang dariku apa yang terlindung (ghaib) daripada ku...."
Lihatlah, betapa beraninya mereka itu mengada-adakan pembohongan dengan memberikan sifat-sifat ketuhanan kepada Ali r.a..

Begitu juga, pentafsir syii Maqbul Ahmad pada tafsir ayat pada surah Al-Qasas, ayat 88:

"... كل شئ هالك إلا وجهه ..."
(Yang diertikannya):
 "… Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat-Nya (Allah)
…”.  Bahawa Jaafar As-Sadiq telah mengatakan pada tafsirnya: Kami adalah wajah Allah.

Lihatlah, bagaimana mereka itu menjadikan Imam mereka sebagai Tuhan Yang Tidak Binasa. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh orang-orang yang zalim, yang tidak layak bagi Allah, Yang Maha Tinggi Dan Yang Maha Besar.

Al-Kulaini menyebut dalam Bab: Bahawa Imam-imam mereka mengetahui apa jua yang telah ada dan apa jua yang akan ada dan tidak ada apa yang terlindung daripada mereka.

Didakwanya lagi bahawa Abu Abdullah a.s. ada berkata yang bermaksud: 
"Bahawa aku mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan aku mengetahui apa yang ada di syurga dan apa yang ada di neraka dan apa yang telah ada dan apa yang akan ada."
Begitu juga pada Usul Al-Kafi: Mereka menghalalkan apa yang mereka mahukan dan mengharamkan apa yang mereka mahukan dan mereka tidak akan mahu melainkan apa yang Allah Taala mahukan.

Al-Kulaibi juga menyebut dalam Bab: 
"Bahawa imam-imam itu mengetahui, bila mereka akan mati dan mereka tidak akan mati kecuali dengan pilihan mereka sendiri."
Diperkatakan juga bahawa Abu Abdullah a.s ada berkata yang bermaksud :
"Mana-mana imam yang tidak mengetahui apa yang akan menimpa nasibnya dan apa yang akan berlaku maka itu bukanlah satu hujah bagi Allah ke atas makhluk-Nya."
(اصول الكافي ص158)

Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Quran:

"قل لا يعلم من في السموت والارض الغيب إلا الله ...."

              Maksudnya:
i.“Katakanlah: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah …”
                          [ Surah An-Naml: 65 ]


"وعنده مفاتح الغيب لا يعلمها إلا هو"

                 Maksudnya :
 ii.Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja ….”.
[Surah Al-An’aam : 59]

Maka amat ketara sekali bahawa penganut fahaman Sy'iah mempersekutukan Imam-imam mereka dengan Allah dalam ilmu yang ghaib.
 
Al-Kulaibi menyebutkan juga dalam Usul Al-Kafi, iaitu sebuah kitab rujukan yang paling muktamad bagi penganut fahaman  Syi’ah, pada Bab: Bahawa imam-imam itu mengetahui segala ilmu yang telah dikeluarkan kepada para malaikat, anbiak, dan Rasul alaihimus-salam dari apa yang didengarinya daripada Abu Abdullah a.s. dengan mengatakan bahawa :

 Ada bagi Allah itu dua ilmu iaitu :

·   Satu ilmu yang dizahirkan untuk para Malaikat-Nya, Nabi-Nya dan Rasul-Nya. Apa yang dizahirkan kepada para malaikat, Rasul-rasul, dan Nabi-nabi-Nya itu maka sesungguhnya kami telah pun mengetahuinya.

·    Sementara satu ilmu lagi untuk Diri-Nya:
Jika Allah melihat sesuatu pada sesuatu benda itu maka kami telah pun mengetahuinya akan yang demikian itu serta ditunjukkan kepada imam-imam a.s. yang terdahulu daripada kami.

Lihatlah, betapa mereka membuat dakwaan hingga menjadikan Imam-imam mereka, lebih alim (berilmu) daripada para Malaikat, Anbiak dan Rasul. Dakwaan dan kefahaman ini membawa maksud bahwa fahaman akidah Sy'iah mempersekutukan Allah pada ilmu-Nya. Kesemua dakwaan dan kepercayaan ini adalah  pembohongan, penipuan dan dusta yang menjerumus kepada kekufuran.

Kitab Usul Al-Kafi dan yang lainnya dari bahan-bahan rujukan Sy'iah termasuklah karangan-karangan mereka itu, penuh  dengan kepercayaan bid'aah sesat yang boleh membawa kepada kelaknatan Allah dengan menurunkan  pelbagai jenis  bencana dan malapetaka.

Dalam pada itu terdapat juga kalimah-kalimah  puisi dalam Bahasa URDU, yang penuh dengan pengertian membawa kepada fahaman dan perbuatan syirik kepada Allah.  Mereka ini terlalu memuji secara keterlalauan/melampau terhadap Imam-imam mereka. Di antaranya disebutkan bahawa kesemua anbiak, ketika mereka berhadapan dengan kesukaran, mereka ini akan meminta pertolongan daripada Ali, lalu dihulurkan bantuan. Maka Nabi NUH telah meminta daripadanya bantuan ketika berada dalam keadaan hampir karam.
Nabi Ibrahim, Lut, Hud dan Syeeth شيث, kesemua mereka ini telah pun meminta pertolongan daripadanya (Ali), lalu mereka itu diberikan pertolongan. Mereka beranggapan amatlah besar dan ajaibnya mukjizat Ali. والعياذ بالله

Apa yang dipapar dan nukilkan di sini, hanya sebahagian kecil sahaja  daripada banyak lagi perkara fahaman keilmuan akidah Sy'iah yang amat bercanggah dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan iktiqad Ahli Sunnah wal-Jamaah yang hak sebagaimana yang tertulis di dalam kitab-kitab rujukan utama yang menjadi sandaran ilmu mereka. Pemahaman yang membawa kepada 'mensyirikkan' Allah begitu lumrah terpapar di dalamnya.

Apakah seseorang itu boleh kekal sebagai seorang Muslim jika beriktiqadkan dengan akidah-akidah yang batil ini?

Dalam hal ini Allah berfirman di dalam al-Quran yang antaranya ialah:

" الله خـلق كل شئ وهو على كل شيء وكيل"

               Maksudnya :
 i.Allah Yang mengadakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia atas setiap sesuatu (adalah) Maha Pemelihara”.
[Surah Az-Zumar: 62]


"... ولا يشرك في حكمه احدا".

                  Maksudnya :

ii.… Dan tidak disekutui dalam hukum-Nya oleh seorang pun.”

[Surah Al-Kahf: 26]


"الله لا إله إلا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم له مافي السموت وما في الارض ...."


                     Maksudnya :
iii."Allah, tiada Tuhan selain Dia Yang Bersifat denga sifat Al-Hayat Yang Qadim, Yang Hidup, Yang Sentiasanya Dia Hidup Dan Selama-lamanya Dia Hidup, Yang Berkekalan Hidup, Yang Amat Besar Pendirian (dengan mentadbirkan makhluk-Nya), tidak mengenai mengantuk  dan tidak tidur, Baginya apa yang di semesta langit dan apa yang di bumi …”.
                               [Surah Al-Baqarah:255 (Ayat Kursi)]


"ولقد اوحي اليك والى الذين من قبلك لئن اشركت ليحبطن عملك ولتكونن من الخـسرين"
    Maksudnya:
iv.“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.”
                       [Surah Az-Zumar: 65]


"ان الله لا يغفر ان يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء".

               Maksudnya :
v.“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." 
[Surah An-Nisaa: 48]

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ 
         Maksudnya:
vi.“…. Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka...."  
                          [Surah Al-Maa-idah: 72 ]
إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ 
 Maksudnya             
vii. Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
[Surah Al-'Imran: 5]

Maka ayat-ayat ini dan yang seumpama dengannya adalah teramat jelas lagi nyata bahawa Dia-lah Allah yang menjadikan setiap sesuatu, Dia-lah yang mentadbir di langit-langit dan di bumi serta sekalaian makhluk-Nya. Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu dan Dia-lah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Bagi penganut fahaman Syi’ah, mereka mensabitkan sifat-sifat ketuhanan bagi Imam-imam mereka.
Apakah, dengan mensabitkan sifat-sifat ketuhanan selain Allah itu bukan sesuatu yang syirik?

Adakah siapa juga yang mensabitkan sifat-sifat ketuhanan bagi selain dari Allah, apakah dia bukan seorang musyrik?

Tentulah, itu adalah syirik dari segi sifat-sifat-Nya dan orang yang berkata dengan kata-kata itu, adalah benar-benar seorang musyrik.
  
Pegangan iktiqad akidah keimanan Ahli Sunnah wal-Jamaah dalam bab ini adalah sebagaimana yang diperjelaskan di dalam kitab Ihya' Ulumuddin pada Bab :
 قواعد العقائد
Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahdat At-Tauhid yang antara lain menyebut:
 ​وأنه ليس بجسم مصور ولا جوهر محدود مقدر وانه لا يماثل الاجسام لا في التقدير ولا في قبول الانقسام وأنه ليس بجوهر ولا تحله الجواهر ولا بعرض ولا تحله الاعراض بل لا يماثل موجودا ولا يماثله موجود (ليس كمثله شئ )ولا هو مثل شئ. وأنه لا يحده المقدار ولا تحويه الاقطار ولا تحيط به الجهات ولا تـكـتـنفه الارضون ولا السموات 
Yang bermaksud :
"Bahawasanya Allah Subhanahu Wata'ala itu Ia-Nya bukan suatu benda, bukan suatu barang, bukan suatu bangsa, bukan suatu jenis, bukan di luar sesuatu, bukan di dalam sesuatu, bukan bercampur dengan sesuatu, bukan meliputi sesuatu dan tidak sekali-kali Allah SWT itu menyamai dengan segala apa jua barang yang diadakan oleh-Nya atas apa jua jalan sekalipun; dan tidak Allah Taala itu menyamai sesuatu, dan tidak sesuatu apa pun yang ada menyamai Tuhan; (Allah itu bukan Jisim, bukan Jirim, bukan Jauhar Muraqab, bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh..)"

[Lihat : 

i.    Jirim, Jisim , Jauhar dan 'Aradh
PERKARA KEDUA :

AKIDAH AL-BADAA (البداء)

Di antara pemikiran dan fahaman yang diusaha untuk dikembangkan oleh kaum Yahudi dan tokoh orang munafik, Abdullah Bin Saba’ ialah bahawa Allah itu ada bagi-Nya AL-BADAA’, iaitu kelupaan dan kejahilan.

Al-Badaa’ maknanya: Kemunculan sesuatu selepas ianya tidak diketahui, seperti pada Firman Allah Taala di dalam al-Quran:

".... وبدا لهم من الله مالم يكونوا يحتسبون".
Maksudnya:
“… Dan telah teryatalah bagi mereka dari Allah apa yag tidak pernah mereka memperkiranya (sangkakan) ”.
[Surah Az-Zumar : 47]

Atau dengan makna: Kelahiran pendapat baru yang tidak pernah ada sebelumnya, seperti pada Firman-Nya:

" ثم بدا لهم من بعد ما رأوا الايات ليسجننه حتى حين".

            Maksudnya: 
 “Kemudian telah ternyatalah bagi mereka dari setelah mereka melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) untuk memenjarakan dia (Yusuf) sampai waktu tertentu.” 
                   [Surah Yusuf: 35]
Pengertian Al-Badaa’ dengan kedua-dua maknanya melazimkan sesuatu itu telah tidak diketahui, kemudiannya barulah diketahui. (tidak tahu sebelum tahu). Kedua-duanya adalah mustahil bagi Allah, kerana Ilmu Allah Taala adalah Azali bersandarkan Firman-Nya di dalam al-Quran:

"وعنده مفاتح الغيب لا يعلمها إلا هو ويعلم مافي البر والبحر وما تسقط من ورقة إلا يعلمها ولا حبة في ظلمات الارض ولا رطب ولا يابس إلا في كتاب مبين ".

                 Maksudnya: 
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di lautan; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” 
              [Surah Al-An’aam: 59]

Fahaman Syiah berpegang kepada Al-Badaa' yang benar-benar berlaku pada Allah Azza Wajalla seperti apa yang ditunjukkan dalam teks-teks yang berikut dari rujukan-rujukan yang dipetik dari kitab-kitab utama mereka:

Muhammad Bin Ya’akub Al-Kulaini dalam bukunya (USUL AL-KAFI) telah menyebut dalam satu bab yang lengkap, bersabit dengan perkara Al-Badaa’ yang dinamakan: Bab Al-Badaa’ dengan mengemukakan banyak riwayat.

Di antara riwayat yang dijadikan hujah mereka adalah sebagaimana berikut : 

i. Daripada Zirarah Bin Ak’yun, زرارة بن اعين salah seorang daripada mereka berdua alaihimas-salam, katanya: Dia tidak menyembah Allah dengan sesuatu, seumpama Al-Badaa’.  
ii. Dalam satu riwayat oleh Abu A’meer ابو عمير daripada Hisyam Ibnu Salim daripada Abi Abdullah a.s mengatakan bahawa: 
"Tidak ada yang lebih besar di sisi Allah dari Al-Badaa."
iii. Dari Marazim Bin Hakeem مرازم بن حكيم katanya: Saya telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata yang bermaksud :
"Nabi tidak pernah meramal sehinggalah Allah mengakui dengan lima perkara iaitu: Dengan Al-Badaa’, kehendak, sujud, ubudiyah dan ketaatan."
iv. Daripada Rayyan Bin As-Salt الريان بن الصلت katanya yang bermaksud:
 "Aku telah mendengar Ar-Rida a.s berkata: Allah tidak bangkitkan Nabi melainkan dengan diharamkan arak dan dia mengakui bahawa ada bagi Allah itu Al-Badaa'."
 (اصول الكافي ص 40)

Sesungguhnya, mereka telah mendustakan Allah pada hal yang demikian, serta mendustakan Imam-imam mereka. Mereka menaruh sangkaan buruk terhadap Allah, itulah sangkaan orang-orang jahiliah. Mereka mendakwa bahawa Allah mahu (jawatan) Imamah diberikan kepada Abu Jaafar. Namun selepas dia mati, sebelum sempat menjadi Imam, ketika itu barulah Dia (Allah) tampak bahawa Imam ialah Abu Muhammad, lalu Dia melakukannya (melantiknya), iaitu seperti apa yang telah berlaku sebelumnya di mana Dia mahukan Ismail menjadi Imam, kemudiannya والعياذ بالله barulah ternampak bagi Allah pendapat baru, lalu Dia mengubah pendapat-Nya yang lalu untuk dijadikan Musa Al-Kazim, Imam bagi manusia. Begitulah cara mereka mereka-reka pembohongan ke atas Allah. Maha Suci Allah dari apa yang mereka tuduhkan, mengikut hawa nafsu mereka semata-mata. Maka Neraka Wail-lah bagi mereka dari apa yang mereka perkata dan labelkan.

Mereka lupa atau sengaja menutup pintu hati mereka (semoga Allah membinasakan mereka قاتلهم الله) bahawa segala pembohongan itu telah membawa kepada tuduhan Allah itu jahil dan ini adalah suatu kekufuran yang amat jelas lagi nyata.

Al-Kulaini telah memetik: Daripada Abu Hamzah Asy-Syimali, katanya yang bermaksud:
 "Aku telah dengar Abu Jaafar a.s. (22) mengatakan: Wahai Thabit, bahawa perkara ini telah diwaktukan masanya pada tujuh puluh oleh Allah Taala. Maka apabila terbunuhnya Al-Husain, bertambah marahlah Allah terhadap ahli bumi, lalu Dia melewatkan kepada seratus empat puluh (iaitu Allah tidak mengetahui Al-Husain akan mati) maka apabila ia mengetahui akan yang demikian, Dia pun melambatkan perkara itu."
(اصول الكافي ص 232 مطبوعة الهند)

Apa yang dikehendaki (dengan perkara ini) dalam percakapannya itu ialah kemunculan Al-Mahdi. Sesungguhnya, kata-kata dan dakwaan-dakwaan mereka itu, kesemuanya adalah kebatilan yang amat nyata. Dengan  berpegang kepada Al-Badaa’ والعياذ بالله pastinya akan melazimkan bahawa Allah tidak mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku, kemudian apabila berlaku, maka mengetahuilah Allah dengannya itu, lalu Dia mengubah pendirian-Nya yang terdahulu dan membuat pendapat yang baru, mengikut keadaan dan hal-hal yang baharu. Apa jua yang mengaitkan kejahilan Allah maka itu adalah kekufuran yang nyata.



PERKARA KETIGA 

AKIDAH I’SMAH  IMAM-IMAM YANG DUA BELAS

Muhammad bin Yakcob Al-Kulaini menyebut dalam Usul Al-Kafi yang bermaksud:
"Daripada Abu Abdullah a.s. katanya: Apa jua yang dibawa oleh Ali a.s. aku ambil (berpegang) dengannya dan apa yang dilarang, aku berhenti daripadanya. Dan baginya itu, daripada kelebihan adalah seperti apa yang ada bagi Muhammad s.a.w dan bagi Muhammad itu kelebihan di atas sekalian makhluk Allah."
Begitu juga berlakunya ke atas setiap orang Imam yang mendapat hidayah. Allah menjadikan mereka pasak bumi اركان الارض yang dapat dimanfaatkan oleh ahli bumi dengan hujahnya yang kukuh bagi mereka yang ada di bumi dan yang di bawah bumi.  Amirul-Mukmin a.s.  berkata: 
"Bahawa dia adalah rakan kongsi Allah di antara syurga dan neraka. Sayalah faruk (pembeza di antara hak dan batil) yang terbesar, sayalah tuan empunya tongkat dan tanda, diakui oleh semua malaikat, roh, dan para Rasul sepertimana yang mereka berikan kepada Muhammad."
 (اصول الكافي كتاب الحجة ص 117)

Al-Kulaini juga memetik kata imam Jaafar As-Sadiq yang bermaksud:
 "Kami adalah gedung ilmu Allah, kami adalah penterjemah-penterjemah suruhan Allah, kami adalah kaum yang maksum, Allah menyuruh supaya kami ditaati dan melarang daripada membuat maksiat kepada kami dan kami adalah hujah Allah ke atas yang di bawah langit dan yang di atas bumi."
(اصول الكافي ص 165)

Al-Kulaini menyebutkan juga: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s. berkata:
"Imam-Imam adalah setaraf dengan Rasul s.a.w, cuma mereka itu bukanlah anbiak, tidak dihalalkan bagi mereka wanita seperti apa yang dihalalkan kepada Nabi. Selain itu mereka adalah sama dengan martabat Rasul s.a.w."

Bab Fardu Mentaati Pra Imam

Daripada Abu As-Sabbah katanya: Aku menaik saksi bahawa aku telah dengar Abu Abdullah a.s berkata yang bermaksud: 
"Aku naik saksi bahawa Ali adalah Imam yang diwajibkan Allah untuk ditaati, Al-Hasan adalah Imam yang diwajibkan Allah untuk ditaati, Al-Husain adalah Imam yang diwajibkan oleh Allah untuk ditaati, Ali Ibnu Al-Husain adalah Imam yang diwajibkan Allah untuk ditaati dan Muhammad Bin Ali adalah Imam yang diwajibkan Allah untuk ditaati."
(اصول الكافي ص 177)

Golongan Syi'ah telah mencipta makna Imamah' dari kalangan mereka dengan  meletakkan ketinggian darjat dan martabat Imam sebagai maksum, sama seperti para Nabi Allah dan dijadikan sebagai orang yang alim tentang perkara yang ghaib. Mereka mengada-adakan riwayat-riwayat yang mereka cipta sendiri bagi menyokong tujuan-tujuan duniawi mereka. Riwayat-riwayat ini adalah palsu, penuh dengan segala pembohongan dan penipuan. Sebenarnya panggilan 'Imam' itu adalah dengan makna ikutan secara mutlaknya.  Gelaran ini dipakai untuk orang mukmin dan orang kafir, seperti Firman Allah di dalam al-Quran :

"......اني جاعلك للناس اماما ....".

                      Maksudnya:
i......Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia ………”.

[Surah Al-Baqarah: 124]

"..... فقاتلوا ائمة الكفر ....."
                Maksudnya:
ii.“… maka perangilah Imam-imam (ketua-ketua) kaum yang kafir itu, …”.
       [Surah At-Tawba: 12]

"وجعلنـهم ائمة يدعون الى النار ..."

               Maksudnya :
iii. “Dan Kami jadikan mereka Imam-imam (ketua-ketua dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya). …”.
                    [Surah Al-Qashash : 41 ]

Maka kalimah I’SMAH ini tidak menetapkan maknanya sebagai maksum معصوم iaitu terpelihara dari sebarang dosa kecil, apatah lagi dari dosa besar serta sifat-sifat mazmumah yang keji dan tidak juga membawa kepada makna ilmul-ghaib atau dengan makna bebas mengendalikan sebarang urusan atau perkara. Mereka tidak mempunyai hujah syar’iyah حجة شرعية yang membolehkan mereka menentukan sifat-sifat ini kepada Imam mereka. Memang betul bahawa dalam al-Quran telah ada disabitkan empat martabat itu pada Firman Allah Taala:

"من يطع الله والرسول فاولئك مع الذين انعم الله عليهم من النبيين والصديقين  والشهداء والصـلحين وحسن اولئك رفيقا".

             Maksudnya :
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat)”.      
             [Surah An-Nisaa : 69]
Dalam empat martabat tersebut, tidak ada sebarang jawatan imamah iaitu jawatan yang direka oleh kaum Syi'ah sebagai asas kepercayaan, pegangan dan pemahaman agama mereka, sedangkan Ali dan keluarganya r.anhum. mengingkarinya dengan sekeras-kerasnya bahawa perkataan al-imam itu dengan makna wajib ditaati atau dia itu seorang yang maksum.

Maka ketika Ali r.a mahu dibai’ahkan selepas kematian UTHMAN, mereka katakan yang bermaksud : 
"Hulurlah tanganmu untuk kami berjanji taat setia (bai’ah) kepada engkau sebagai khalifah. Katanya (Ali) tinggalkan daku dan kamu sekalian, carilah selainku. Andainya kamu kalian meninggalkan daku maka aku adalah salah seorang daripada kamu kalian, semoga aku ini menjadi orang yang paling mendengar dan paling patuh di kalangan kamu kalian kepada orang yang kamu lantik sebagai walil-amri kamu kalian, dan aku bagi kalian sebagai wazir adalah lebih baik daripada aku menjadi amir (Amirul-Mukminin)."

(نهج البلاغة الجزء الاول ص 183)

Ungkapan kalimah-kalimah ini adalah tercatat di dalam kitab NAHJUL-BALAGHAH نهج البلاغة iaitu salah satu buku rujukan yang paling muktamad bagi puak-puak Syi'ah.

Sekiranya jawatan al-Imamah dari Allah, nescaya tidaklah dia memberikan alasannya sepertinya itu kerana jawatan imamah yang datangnya dari Allah adalah wajib dipatuhi bagi imam dan pengikut-pengikutnya. 

Begitu juga apabila Al-Hasan r.a menyerahkan jawatan khalifah kepada Mu’awiyah r.a., lalu dia membai’ahkan Mu’awiyah.  Begitulah yang dilakukan oleh Al-Husain terhadap Mu’awiyah r.a.
(معرفة اخبار الرجال ص 72)


Sekiranya Al-Hasan dan Al-Husain r.a., kedua-duanya adalah imam yang ada nasnya dari Allah Taala, nescaya tidaklah mereka berdua itu membai’ahkan Muawaiyah r.a dan nescaya tidaklah mereka itu menyerahkan urusan itu kepadanya.

Kata Makmun Ar-Rasyid kepada Ali Ridha rahimahullah yang bererti:
"Sesungguh aku telah melihat untuk menarik diriku daripada jawatan khilafah dan aku mahu menyerahkannya kepada engkau dan aku berjanji taat setia kepada engkau. Katanya aku tak akan buat yang demikian itu secara taat selama-lamanya."
Ini juga menunjukkan bahawa Imam Ali Ridha rahimahullah tidak menerima jawatan al-Imamah kerana jawatan al-Imamah itu bukanlah dari perkara-perkara yang telah ada nas-nasnya yang diwajibkan, maka dengan sebab itulah golongan Ar-Rawafidh dan Syi'ah telah mengkafirkan para sahabat Rasulullah. Perkara ini akan diterangkan dalam babnya nanti Insya Allah.

Adapun sifat-sifat yang kami mempercayainya terhadap diri Rasulullah s.a.w maka ianya adalah perkara yang sabit dengan nas-nas al-Quran dan Hadis-hadis Nabi. Firman Allah di dalam al-Quran menjelaskan:

"وما ارسلنـك إلا رحمة للعــلمين".

                  Maksudnya :
i."Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
                       [Surah Al-Anbiyaa: 107]

"وما ارسلنـك إلا كافة للناس بشيرا ونذيرا ...".

                       Maksudnya:
ii. “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) …”.
[Surah Saba:28 ]

" قل يا ايها الناس اني رسول الله  اليكم جميعا ...".

            Maksudnya:
iii."Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua."
                   [Surah Al-Araaf :158]
Sesungguhnya para imam telah bersepakat bahawa Muhammad s.a.w adalah semulia-mulia insan manusia dengan martabat yang paling tertinggi, tiada sesiapa pun di kalangan manusia dan jin yang boleh ditandingi pada akhlak dan sifat-sifat mahmudahnya dan dia adalah maksum, yang wajib ditaati. Dia  adalah khatimul anbiak ( خاتم النبيين ),sementara semua Khalifah Rasydeen mengikuti sunnahnya pada segala aspek daripada perkara-perkara yang kecil hinggalah kepada perkara-perkara yang besar.  Mereka juga adalah orang-orang yang paling taqwa, zuhud dan  yang amat warak.Banyak lagi kelebihan mereka yang terus menjadi contoh tauladan kepada umat Islam setiap genarasi akan tetapi dalam isu I’SMAH (sebagai orang-orang yang terperlihara dari sebarang dosa kecil dan besar) mereka bukanlah maksum dan tidak pula menyamainya pada kelebihan dan kesempurnaan Rasul sebagaimana yang diada-adakan oleh golongan kaum Syi’ah terhadap  Imam-imam mereka.



PERKARA KE EMPAT 


AKIDAH BAHAWA AL-QURAN YANG ADA TELAH DIPINDA DAN DITUKAR

Golongan Syi'ah tidak beriman dengan al-Quran yang ada di tangan orang-orang Islam atas tiga sebab:

Pertama:

Menurut akidah Sy'iah, para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah pembohong. Mereka mempercayai bahawa mendustakan pembohongan  adalah ibadah.

Begitu juga dengan Imam-imam Ahlul-Bait adalah pendusta dan mereka adalah orang-orang yang berfahaman TAQIYAH. Mereka percaya bahawa pendustaan itu ibadah

Jika kesemua sahabat dan Imam Ahlul-Bait itu pendusta maka siapakah yang sebenarnya yang menyampaikan al-Quran yang mulia ini kepada mereka daripada Rasulullah s.a.w.?

Kedua:

Mengikut pegangan akidah mereka, para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah pembohong, merekalah yang meminda dan meriwayatkan al-Quran al-Karim dan Imam-imam Ahlul-Bait tidak melihatnya dan tidak mempercayainya.

Maka bagaimanakah Golongan Rawafidh الروافض dan Sy'iah menyandarkan kesahihan al-Quran ini yang ada dan kesempurnaannya?.

Ketiga:

Sebab ketiga merupakan riwayat-riwayat Sy'iah yang sahih (kononnya) di sisi mereka dalam kitab-kitab mereka yang muktamad (muktabar), melebihi dua ribu riwayat (yang dianggap mutawatirah pada mereka); kesemuanya menyatakan bahawa al-Quran yang ada di hadapan mata mereka itu adalah muharraf iaitu telah dipinda dan telah ditukar serta ditokok-tambah, kurang di sana dan lebih di sini.

Kami tidak pernah menjumpai satu riwayat pun yang betul dalam mana-mana kitab Sy'iah yang menunjukkan bahawa al-Quran yang ada di hadapan kami ini sempurna atau disempurnakan tanpa pindaan dan pertukaran, seolah-olah kedudukan al-Quran al-Majid dari segi kesabitannya lebih rendah dari kedudukan satu perkhabaran yang sahih di sisi Syi'ah.

Adapun yang dibantah oleh sebahagian golongan Syi'ah dengan kata-kata ulamak, hanyalah empat orang sahaja iaitu:
    1.      Asy-Syarif Al-Murtadha
2.      Abu Jaafar Attusi
3.      Abu Ali Attabarsi
4.      Syaikh as-Saduq (الصدوق
)
Mereka ini telah menafikan berlakunya tahrif pada al-Quran al-Karim maka bantahan mereka terhadap empat orang itu adalah bantahan yang tidak bermakna.
Maka golongan Sy'iah yang bersandarkan kepada kata-kata para Imam yang maksum, jamhur ahli al-hadis mereka dan riwayat-riwayat mereka yang melebihi dua ribu, kesemuanya berpegang kepada berlakunya tahrif iaitu pindaan. Justeru apakah sangat nilai kata-kata ulamak mereka yang empat orang itu, berbanding dengan kata-kata para imam yang maksum, jamhur ahli al-hadis di samping tokoh-tokoh ulamak Syi'ah yang kanan. Lagi pun, keempat-empat mereka itu, tidak mengatakan tentang tidak berlakunya tahrif melainkan kerana TAQIYAH disebabkan oleh sesuatu keadaan yang tidak membenarkan mereka mengatakan tentang wujudnya tahrif, terutama sekali apabila mereka mengetahui tentang besarnya fadilat TAQIYAH dan martabatnya yang tinggi di sisi mereka.

Di sini dipaparkan  sedikit ringkasan tentang riwayat-riwayat yang menunjukkan tahrif dalam Al-Quran yang telah dimuktamad dan ditashihkan dalam kitab-kitab Syi'ah yang muktabar:

i. Muhammad bin Yakub Al-Kulaini dalam kitab Usul Al-Kafi telah mengeluarkan di bawah tajuk Bab al-Quran tidak dikumpulkan kesemuanya, melainkan oleh imam-imam, kerana merekalah yang mengetahui segala ilmunya.

Dari Jabir, katanya: 
"Aku telah mendengar Abu Jaafar a.s berkata: Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang boleh mengaku bahawa dia itu telah mengumpulkan al-Quran keseluruhannya, sepertimana diturunkan oleh Allah, melainkan orang itu adalah seorang pembohong dan tidak ada yang mengumpul dan menghafaznya, sepertimana yang Allah turunkan melainkan Ali bin Talib dan imam-imam selepasnya."
ii. Ahmad bin Abu Talib At-Tabrasi mengatakan dalam kitab Ihtijaj (الاحتجاج) bahawa: Dari Abu Zar Bin Al-Ghifari bahawa ketika Nabi s.a.w wafat, Ali telah mengumpulkan al-Quran dan membawanya kepada orang-orang Al-Muhajirin dan Al-Ansar. Dia mengemukakan kepada mereka apa yang telah dipesan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w. Maka ketika Abu Bakar membukanya, dia telah mengeluarkan pada muka surat pertamanya, segala skandal (keburukan) kaum, maka melompatlah Umar dan katanya: 
"Ya, Ali, aku hendak pulangkan balik dan kami tidak memerlukannya." 
 Maka Ali a.s pun mengambil daripadnya dan beredar (bersurai). Kemudian dia membawa Zaid Bin Thabit, seorang pembaca al-Quran, maka berkatalah Umar:
"Bahawa Ali telah membawa kepada kami al-Quran yang terdapat di dalamnya segala skandal/salah laku (keburukan) orang-orang Al-Muhajirin dan Al-Ansar; kami berpedapat untuk menyusun al-Quran untuk digugur darinya apa jua keburukan orang-orang Muhajirin dan Al-Ansar",   lalu disambut baik oleh ZAID.

Kemudian dia berkata yang bermaksud: 
"Maka jika saya selesai daripada al-Quran mengenai apa yang kamu kalian mahukan dan Ali menunjukkan pula al-Quran yang telah disusunnya, tidakkah itu membatalkan segala apa yang telah kamu kalian lakukan?"
 
Maka kata Umar: 
"Apakah caranya?"  
Kata Zaid: 
"Kamu kalian lebih tahu tentang caranya." 
Maka kata Umar: 
"Apakah caranya yang boleh membuatkan kita selamat tanpa kita membunuhnya" 
Lalu dia merancang untuk membunuhnya melalui Khalid Bin Al-Waleed.
Akan tetapi dia pula tidak berupaya untuk melakukan yang demikian itu. Maka apabila Umar telah diminta untuk dijadikan khalifah, mereka telah meminta Ali a.s mengemukakan al-Quran kepada mereka supaya mereka dapat memindanya di antara mereka.

Maka kata Umar: 
"Wahai Abul-Hasan (Ali), jika kamu membawa al-Quran yang telah pun kamu membawanya kepada Abu Bakar supaya dapatlah kami mengadakan perjumpaan mengenainya."
 Maka katanya (Ali): 
"Jauh sekali, tidak ada kepada yang demikian itu jalan; apa yang saya bawakan kepada Abu Bakar (adalah) untuk mendirikan hujah ke atas kamu kalian supaya kamu kalian tidak berkata di hari kiamat: "إنا كنا عن هذا غافلين". Ertinya: “Sesungguhnya kami telah lalai tentang ini”. Atau untuk kamu kalian katakan: "ما جئتنا ببينة" (ertinya: engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan); bahawa al-Quran yang ada di sisi aku ini tidak boleh disentuh melainkan oleh orang-orang yang suci dan wasi-wasi yang bersih dari anakku." 

Maka kata Umar: 
"Apakah waktu kemunculanya diketahui?"
Maka katanya a.s:
"Ya, (iaitu) apabila Al-Qa’im (orang yang bertanggungjawab melaksanakannya) dari anakku bangun, mendedahkannya dan membawa manusia kepadanya."
(الاحتجاج الطبرسي ص 225 طبعة النجف وهكذا في التفسير الصافي ص 11 وكذا في فصل الخطاب ص 7)

iii. AN-NURI AT-TABRI النوري الطبري berkata dalam kitab FASLUL-KHITAB فصل الخطاب : Adalah bagi Amirul-Mukminin itu al-Quran yang khusus yang dia sendiri mengumpulkannya selepas kewafatan Nabi s.a.w, dengan membentangkan al-Quran itu kepada kaum, lalu mereka berpaling daripadanya. Maka terdindinglah daripada pandangan mata mereka.  Anak-anak mereka saling mewarisinya, imam  selepas imam sepertimana juga dengan segala apa jua yang dikhaskan untuk imamah (خصائص الامامة) dan khazanah-khazanah Kenabian. Mereka mendakwa ketika berhujah, Allah mempercepatkan kelepasannya, dia mendedahkan untuk manusia selepas kemunculannya, dia memerintahkan mereka dengan membacanya dan ia berlainan dengan al-Quran yang ada ini dari segi susunan, tartib surah-surah dan ayat-ayatnya, malahan kalimah-kalimahnya juga, iaitu dari segi tokok-tambahnya, dengan mengatakan Ali berada di sudut kebenaran dan kebenaran berada di sudut Ali.
Maka di dalam al-Quran yang ada sekarang ini, terdapat pertukaran dari dua sudut dan itulah yang dikehendaki.

(فصل الخطاب ص 7)

Demikianlah bunyinya maksudnya sebahagian daripada NAS dan HARFIAH, semoga Allah membinasakan mereka.

iv Ahmad Bin Abu Talib berkata dalam kitab Al-Ihtijaj, الاحتجاج karangan At-Tabrasiلطبرسي ا
“Kemudian keadaan keterpaksaan disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa ke atas mereka, telah memaksa mereka itu mengumpul, mengarang dan menjaminnya untuk mengukuhkan tunggak kekufuran mereka.
Oleh itu, mereka telah mengatakan dan terus mengatakan: Kata-Kata kemungkaran dan kebohongan.”
(الاحتجاج الطبرسي ص 383 لمصنف احمد بن ابي طالب الطبرسي


v. Al-Husain Annuri At-Tabrasi berkata dalam kitab Faslul-Khitab: 
"Diriwayatkan daripada kebanyakan orang-orang veteran (golongan tua yang berpengalaman) di kalangan golongan RAWAFIDH bahawa al-Quran yang ada di sisi kami, bukanlah yang Allah turunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w, malahan ianya adalah al-Quran yang telah ditukar, dipinda, ditambah dan dikurangkan padanya."
(Faslul-Khitab, cetakan Iran)

vi. Al-Mulla Hasan juga telah memetik: Daripada Abu Jaafar bahawa terdapat banyak ayat al-Quran itu telah ditolak dan tidak ditambah melainkan huruf-huruf.
(Tafsir As-Safi, ms 11, pengarangnya Al-Mula Hasan).

vii. Al-Mulla Hasan juga berkata: Faedah yang didapati dari kumpulan ahkbar ini dan lain-lainnya dari riwayat-riwayat, melalui Ahlul-Bait bahawa al-Quran yang berada di tangan kami, bukanlah sepertimana yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w, bahkan terdapat khilaf pada sebahagiannya, bukan seperti yang Allah turunkan dan ada yang dipesong dan ditukar. Sesungguhnya telah banyak perkara yang telah dipinda dan dipotong, di antaranya nama Ali dalam banyak tempat, salah satunya lafaz (sebutan) آل محمد bukan sekali dan juga nama-nama orang munafiqin.
Tertib dan susunannya juga adalah tidak mengikut apa yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya.

(Tafsir Assafi ms 13 bagi pengarangnya Al-Mulla Hasan).

viii. Al-Kulaini telah mengeluarkan: Dari Abu Abdullah a.s katanya: Bahawa al-Quran yang dibawa oleh JIBRIL AS kepada Muhammad s.a.w mengandungi tujuh belas ribu ayat (17,000 ayat).
(Dalam Usulul-Kafi, Cetakan India).

Sementara al-Quran yang ada di tangan kami hanyalah enam ribu, enam ratus, enam puluh enam (6,666 ayat) sahaja. Seolah-olahnya, dua pertiga telah pun ditolak/dimansuh. Hanya 1/3 sahaja yang tinggal. Dan kata pengarang kitab MIR’ATUL-UQUL مرآة العقول (CERMIN AQAL) dalam ulasannya terhadap Hadis itu yang dikeluarkan oleh Al-Kulaini daripada Abu Abdullah:
Maka perkhabaran itu adalah benar dan semua mengetahui bahawa perkhabaran itu benar.Kebanyakannya adalah nyata dan terang mengenai kekurangan yang terdapat dalam al-Quran akibat pindaan yang dilakukan.
Bahkan sangkaan saya, bahawa perkhabaran-perkhabaran pada Bab ini tidaklah setakat terhenti daripada perkhabaran-perkhabaran mengenai imamah. Maka bagaimanakah mereka itu dapat mensabitkanya dengan perkhabaran.
(Mir’aatul-Uqul مرآة العقول kitab yang menerangkan segala usul dan cabang, jilid kedua, ms 539 karangan: Al-Mulla Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi).
 ix. Berkata Al-Mulla Khalil Al-Qazwini, الملا خليل القزويني seorang penerang kitab Al-Kafi pada kebenaran hadis tersebut itu tadi dalam Bahasa Farsi yang diertikan dalam Bahasa Arab bermaksud:
"Bahawa apa yang dimaksudkan itu ialah tentang banyaknya ayat yang telah ditolak dari al-Quran, bukanlah dalam mashaf-mashaf yang termasyhur dan Hadis-hadis yang sahih. Mengikut kaedah-kaedah yang khusus dan umum, banyak ayat yang telah digugurkan daripada al-Quran dan banyaknya Hadis ini telah sampai ke satu tahap, sehinggalah dianggap mendustakan kesemuanya itu sebagai satu keberanian.
Dan dakwaan bahawa al-Quran yang ada ini di dalam mas’haf-mas’haf tidak sunyi daripada sebarang kemusykilan dan mengambil dalil sikap peduli para sahabat dan tokoh-tokoh Islam dalam usaha mereka mengemaskini al-Quran tidak boleh dijadikan dalil bahawa al-Quran itu terselamat, selepas diketahui apa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Begitu juga menggunakan ayat ini sebagai dalil  : " انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحفظون" (ertinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr: 9).  

Hujah yang diberikan ialah ayat ini datangnya dalam bentuk kata kerja lampau dan dalam surah Makkiyah, yakni  yang diturunkan di Makkah. Terdapat banyak lagi surah-surah Makkiyah selepas surah ini selain daripada surah-surah yang begitu banyak diturunkan di Madinah selepasnya. Maka tidak ada apa-apa pentunjuk yang menunjukkan pada keseluruhannya al-Quran itu terpelihara dan perbuatan memelihara al-Quran juga tidak menunjukkan terpeliharanya al-Quran itu di sisi orang ramai. Ada kemungkinan, ia terpelihara di sisi imam di zaman itu serta pengikut-pengikutnya sebagai orang-orang yang empunya segala rahsianya.
 (As-Safi الصافي, syarahan Usul Al-Kafi اصول الكافي   kitab kelebihan Al-Quran كتاب فضل القرءان   juzuk enam, Bab Annawadir النوادر).

x. Al-Husain An-Nuri Attabarsi berkata dalam Kitab Faslul-Khitabفصل الخطاب  : Akhbar-akhbar yang datangynya dari sumber-sumber yang khusus dari Al-Quran yang menunjukkan berlakunya penukaran bagi sesetengah kalimah, ayat-ayat dan surah-surahnya melalui salah satu cara yang diterangkan sebelumnya, sangatlah banyak sehingga berkatalah Sayed Nikmatullah Al-Jazaeri dalam beberapa karangannya sepertimana yang diceritakan mengenainya: Bahawa akhbar-akhbar yang menunjukkan mengenai yang demikian itu, melebihi dua ribu hadis; dan didakwa pertambahannya itu oleh jamaah seperti ALMUFID dan ALMUHAQQIQ ALDAMAD الداماد dan Al-A’llamah Almajlili dan yang lain-lainnya, bahkan Syaikh itu juga telah memberikan kenyataan dalam penyata ini dengan banyaknya, malahan terdapat jamaah yang mendakwa tentang tawaturnya; dan mereka ini akan disebutkan di akhir kajian ini.
(فصل الخطاب للحسين النوري الطبرسي ص 227)

xi. Annuri Attabarsi juga berkata: Sayed Al-Muhaddis Al-Jazaeri  السيد المحدث الجزائري berkata dalam (kitab) AL-ANWAR yang maknanya: Bahawa rakan-rakan الاصحاب telah melaksanakan اطبقوا kesahihan perkhabaran-perkhabaran yang berlebihan, bahkan yang mutawatirah المتواترة yang menunjukkan dengan nyata dan terang tentang berlakunya tahrif dalam Al-Quran dari segi bahasa,  bahan, ik’rab, (analisis bahasa) dan tasdiq iaitu perihal mempercayai dengannya.
(فصل الخطاب للحسين النوري الطبرسي ص31)

Annuri Attabarsi berkata: Banyak perkhabaran yang muktabar yang terang dan nyata tentang berlakunya tokok-tambah dalam Al-Quran.
(فصل الخطاب ص 211)

Annuri Attabarsi juga berkata: Ketahuilah bahawa akhbar-akhbar itu telah dipindahkan dari kitab-kitab yang muktabar, di mana sahabat-sahabat kita bergantung rujuk padanya dalam mensabitkan segala hukum syarak dan Hadis-Hadis Nabi.
(فصل الخطاب ص 228)

Sesungguhnya ulamak Syi'ah telah menerangkan banyak riwayat yang menunjukkan tedapatnya TAHRIF dalam Al-Quran secara terperinci dan Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi juga telah membawa dalil aqli دليل عقلي tentang tahrif tersebut dalam Al-Quran, di mana dia berkata dengan nasnya yang bermaksud:
"Dan akal menghukum bahawa jika al-Quran itu berada di merata tempat dan tersebar di kalangan manusia, sedangkan orang yang mengumpulkannya itu bukanlah seorang yang maksum."
Pastinya, kerja-kerja itu tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna. Akan tetapi, tidak syak bahawa manusia itu adalah ditaklifkan untuk beramal dengan apa yang ada dalam mas’haf dan membacanya sehinggalah munculnya seorang qa’im (orang yang bertanggungjawab membawa Quran yang asal). Maka ini adalah sesuatu yang mutawatir yang dapat diketahui daripada ahlul-bait a.s. Kebanyakan akhbar dalam bab ini menunjukkan tentang wujudnya kekurangan dan penukaran. Sebahagian besarnya akan muncul dalam bab-bab yang berikutnya nanti, terutama dalam kitab: Fadlul-Quran (فضل القرءان) dan kita akan dapat sebanyak mungkin tentang perkara ini,   Insya Allah Taala.
(مرآة العقول شرح الاصول والفروع المجلد1 ص 171 لمصنفه محمد الباقر المجلسي)

Selepas dipaparkan sebahagian dari riwayat-riwayat tersebut yang dibawa oleh orang-orang Syi'ah dalam kitab-kitab mereka sebagai suatu dokumen yang disahkan oleh pihak penerangan Syi'ah من جانب اعلام الشيعة bahawa perkara-perkara itu adalah mutawatir, benar dan nyata tentang tahrif itu dalam al-Quran.

Di sini disebutkan juga akidah mereka, menurut riwayat-riwayat ini, bahawa al-Quran yang ada ini adalah muharraf dan telah dipinda. Maka berkatalah tuan empunya (kitab) At-Tafsir As-Safi:
"Adapun iktiqad syeikh-syeikh kami dalam perkara-perkara yang demikian itu maka apa yang nyata dari Thiqahtul-Islam (kepercayaan Islam) Muhammad Bin Yaaqub Al-Kulaini ialah bahawa beliau mempercayai tentang adanya tokok-tambah dalam al-Quran ini, kerana beliau telah meriwayatkan riwayat-riwayat yang membawa kepada makna ini dalam kitabnya AL-KAFI الكافي dan beliau meyakini dengan apa yang diriwayatkannya itu di awal kitab tersebut."
Begitu juga dengan Ustaznya Ali bin Ibrahim Alqummi. Tafasirannya itu bersifat melampau. Demikian juga dengan Syeikh Ahmad Bin Abu Talib Attabarsi yang juga telah mengikuti jejak kedua mereka dalam kitabnya Al-Ihtijaj .
(التفسير الصافي ص 14 لمصنفه الملا حسن )

Ramai di kalangan golongan ilmuan ahli Syi'ah telah mengarang dan menyusun kitab-kitab secara bebas dalam perkara ini dengan mensabitkan al-Quran itu  sebagai telah dipinda dan diubah sepertimana disebutkan oleh Al-Husain bin Muhammad Taqi An-Nuri Attabarsi تقي النوري الطبرسي  dalam kitabnya yang dikenali ramai iaitu kitab: Faslul-Khitab Pada Pindaan Kitab Rabbul-Arbab (فصل الخطاب في تحريف كتاب رب الارباب). Antara lain  dia memperkatakan pada pendahuluan kata kitabnya bahawa:
 "Ini adalah kitab yang halus dan perjalanan yang mulia. Dibuat untuk aku sabitkan tahrif (pindaan) dan segala skandal oleh golongan orang yang zalim. Kitab ini kami namakan sebagai kitab: Faslul-Khitab Fi Tahrif Kitab Rabbul-Arbab." (فصل الخطاب في تحريف كتاب رب الارباب)
Kemudiannya dia menghitungkan kitab-kitab yang dikarang dalam perkara ini pada muka surat 29 dalam kitab yang sama, iaitu:

      1.         Kitab Attahrif كتاب التحريف
            2.         Kitab Attanzil Wattaghyir كتاب التنزيل والتغيير
         3.        Kitab Attanzil Minal Al-Quran Wattahrif كتاب التنزيل من  القرءان والتحريف
            4.         Kitab Attahrif Wattabdil كتاب التحريف والتبديل
            5.         Attanzil Wattahrif التنزيل والتحريف    

Kitab-kitab ini menunjukkan kepada kita bahawa pegangan akidah ini di sisi mereka adalah sebahagian daripada kewajipan dan keperluan-keperluan agama.  Mereka  telahpun menghasilkan berbagai kitab di dalamnya.
Alasan  yang diberikan oleh sesetengah golongan Sy'ah bahawa riwayat-riwayat yang dibawa adalah lemah maka itu  juga merupakan  suatu alasan yang dingin, oleh kerana kebanyakan pembawa pembaharuan Syi'ah dan ahli-ahli penerangan mereka telah membawa dan memetik riwayat-riwayat ini, lalu mereka menjadiknnya sebagai suatu dokumen.  Tiada seorang pun di kalangan mereka yang membawa riwayat-riwayat ini menerangkan bahawa akidahnya adalah berlawanan dan bertentangan dengannya, sebaliknya mereka percaya tentang wujudnya tahrif itu. Kami meminta dari ulamak Syi'ah, iaitu jika mereka mengakui bahawa al-Quran itu terpelihara dari sebarang pindaan dan perubahan di dalamnya maka wajiblah ke atas mereka itu:

Pertama
      
Membawa satu riwayat yang sahih daripada Imam-imam maksum mereka, sebagaimana tersebut di dalam mana-mana kitab yang mereka bergantung kepadanya, menunjukkan bahawa al-Quran itu terpelihara sepenuhnya, dan sempurna tanpa sebarang pindaan. Pastinya mereka tidak akan dapat mendatangkannya dengan riwayat ini pada bila-bila masa sampai hari kiamat.

Kedua:
           
Adalah melazimkan bagi mereka mengkafirkan sesiapa saja yang mengatakan bahawa:
Adanya pindaan dalam al-Quran dan mengisytiharkan akidah mereka ini di akhbar-akhbar dan majalah-majalah mereka.  Mereka  hendaklah juga berhenti dari perbuatan menyebarkan riwayat-riwayat yang menunjukkan tahrif itu pada  majlis-majlis mereka.  Malahan mereka itu hendaklah melepaskan diri mereka daripada orang-orangnya, termasuklah dalam majlis-majlis dan mahfal-mahfal mereka. Mereka hendaklah menyalahkan kitab-kitab yang mengandungi segala pembohongan dan kesesatan seperti Usulul Kafi dan Al-Ihtijaj dan lain-lainnya.

Sesungguhnya kita telah papar dan dedahkan dalam lembaran-lembaran ini Akidah Sy'iah mengenai pengtahrifan pada al-Quran yang disokong oleh riwayat-riwayat mutawatirah mereka dan kata-kata orang Syiah yang membawa pembaharuan, pentafsir-pentafsir dan ahli-ahli penerangan mereka. Oleh itu, sudah tentunya tidak ada yang dapat menginkarinya oleh sesiapa di kalangan mereka; dan teks-teks ini mendedahkan akidah-akidah mereka terhadap kitab  suci yang tidak terdapat sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Allah Tabaraka Wataala berfirman dalam kitab-Nya al-Quran:

الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2

                 Maksudnya :
i.“Alif, Lam, Miim”(1) “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." (2)
               [Surah Al-Baqarah : 1-2 ]


"انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحــفظون".


             Maksudnya :
ii.“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. 
                     [Surah Al-Hijr: 9 ]
  لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ (16) إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ (17) فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ (18) ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ (19)
                Maksudnya : 
iii.“Janganlah engkau gerakkan dengannya (utuk membaca Al-Quran) lisanmu (sebelum Jibril selesai) agar engkau bersegera (membaca) dengannya (Al-Quran) (16) sesungguhnya atas Kami mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya (17) maka tatkala Kami telah membacakannya maka ikutilah bacaannya (18) kemudian sungguh (kewajiban) atas Kami penjelasannya.” (19)
                      [ Surah Al-Qiamah:  16-19 ]

" وان كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا فأتوا بسورة 
من مثله ....."
                 Maksudnya :
iv.“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu … …”.
[Surah Al-Baqarah : 23]

" قل لئن اجتمعت الانس والجن على ان ياتوا بمثل هذا القرءان لا يأتون بمثله ولو كان بعضهم لبعض ظهيرا"

               Maksudnya:
 v.“Katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membatu sesama sendiri.”  
[ Surah Al-Israa:88 ]



Pada keseluruhannya umat Islam adalah sekata bahawa al-Quran yang ada pada mas’haf-mas’haf ini di tangan-tangan orang Islam di sebelah TIMUR mahupun di sebelah BARAT dan apa yang ada di antara keduanya dari awal surahnya hingga ke akhir Al-Mu’awwazatain adalah Kalam Allah Azza Wajalla dan Wahyu-Nya yang diturunkan ke  atas Nabi-Nya Muhammad s.a.w.
Sesiapa sahaja yang mengingkari walaupun satu huruf yang terkandung di dalamnya  maka dia adalah seorang yang kafir.
Malahan keseluruhan Ahli As-Sunnah berpegang teguh kepada bahawa orang yang mengatakan berlakunya tahrif dalam al-Quran itu adalah kafir dan terkeluar dari agama Islam.


[Lihat : 

 i.  Penulisan al-Quran dan Pengumpulannya
ii.  Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim
iii. Sejarah Pengumpulan al-Quran (Abu Bakar) ]



PERKARA KE LIMA 

AKIDAH MENGHINA : 
o   Rasul s.a.w.
o   Ali r.a.
o   Al-Hasan r.a.
o  
Al-Husain r.a.
Al-Majlisi telah menyatakan dalam Bahasa Farsi, yang memberi erti dalam Bahasa Arab yang bermaksud: 
"Diriwayatkan oleh An-Nak’mani النعماني dari Al-Imam Muhammad Al-Baqir a.s. bahawasanya dia berkata: Bila munculnya Imam Mahdi yang didokong oleh malaikat maka orang yang pertama menjanjikan taat setia (membai’ahnya) ialah Muhammad a.s., kemudiannya diikuti oleh Ali a.s.
Dan diriwayatkan oleh Syeikh Attusi الطوسي dan An-Nak’mani daripada Imam Ridha a.s. bahawa dari tanda-tanda munculnya Imam Al-Mahdi ialah dia ini akan muncul dalam keadaan bertelanjang bulat di hadapan matahari."
       (حق اليقين بالفارسية للعلامة محمد الباقر المجلسي ص 347)

Maka wahai saudaraku (semoga Allah merahmatimu), kamu lihatlah bagaimana mereka itu menghina Rasulullah s.a.w dan menghina Amirul-Mukminin Ali r.a. Mereka mendakwa pembohongan dan pendustaan bahawa mereka berdua akan membuat bai’ah (janji taat setia) untuk Al-Mahdi. Sehinggalah dikatakan oleh mereka bahawa Al-Mahdi itu akan muncul bertelanjang/bogel tanpa sebarang pakaian. Jenis agama apakah ini?! (Semoga Allah menghina mereka).

[Lihat : Adakah Benar 'Imam Mahadi' Akan Dibangkitkan? ]

Selanjutnya pengajaran fahaman  Syi'ah mengatakan secara dusta dan bohong bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
(من تمتع مرة كانت درجته كدرجة الحسين، ومن تمتع مرتين فدرجته كدرجة الحسن، ومن تمتع ثلاث مرات كانت درجته كدرجة علي بن ابي طالب، ومن تمتع اربع مرات فدرجته كدرجتي )
          Maksudnya :
"Barangsiapa bermut’ah sekali maka darjatnya adalah sama dengan darjat Al-Husain dan siapa bermut’ah dua kali maka darjatnya adalah sama dengan darjat Al-Hasan dan barang siapa bermut’ah tigak kali maka darjatanya adalah sama dengan darjat Ali Bin Abi Talib dan barang siapa bermut’ah empat kali maka darjatnya adalah sama dengan darjatku."
(تفسير منهج الصادقين ص 356 لمصنفه محمد الملا الكاشاني)

Lihatlah kalian kepada mereka yang bangang ini, sehinggalah ke tahap ini mereka menghina Al-Husain r.a. Kita yang berpegang teguh kepada iktiqad Ahli As-Sunnah wal-Jamaah beriktikad bahawa seseorang itu walau sekalipun dia beribadat kepada Allah dengan berbagai jenis ibadat, namun dia tidak akan boleh dalam apa keadaan pun, mencapai darjat paling rendah bagi mana-mana sahabat pun. Apatah lagi dengan penghulu pemuda ahli syurga yang  juga adalah cucu Rasulullah s.a.w.
Kemudiannya, bagaimana pula dengan darjat abangnya Al-Hasan dan darjat bapanya Amirul-Mukinin Ali Bin Abi Talib, Khalifah Ar-Rasyidin yang ke empat r.a.
Berkait dengan pembohongan dan kebiadaban mereka terhadap penghulu sekalian manusia dan seafdal-afdal Rasul Allah, mereka itu mengatakan bahawa sesiapa yang bermut’ah empat kali maka samalah darjatnya dengan darjat Nabi .. نعوذ بالله .

Al-Kulaini memetik dari kitab Usul Al-Kafi yang antara lainnya bermaksud:
 Bahawa Jibril telah turun kepada Muhammad s.a.w maka katanya: Ya Muhammad bahawa Allah memberikan perkhabaran baik dengan kelahiran seorang budak, diperanakkan oleh Fatimah; umat engkau membunuhnya dari selepas engkau maka katanya: Ya Jibril kusampaikan salam kepada Tuhanku, aku tidak berhajat kepada anak kelahiran itu dari Fatimah (yang akan) dibunuh oleh umatku selepas dariku, lalu dia pun naik. Kemudiannya dia turun maka dia berkata seperti itu juga.  Ya Jibril, kusampaikan salam kepada Tuhanku, aku tak berhajat kepada maulud itu, nantinya dibunuh oleh umatku selepas dariku, lalu naiklah Jibril ke langit. 
Kemudiannya dia turun. Maka katanya: Ya Muhammad bahawa Tuhan engkau menyampaikan salam dan memberi perkhabaran baik iaitu Dia akan jadikan pada zuriatnya itu imamah (jawatan Imam), wilayah (jawatan khalifah) dan wasiyah. Maka katanya: Sesungguhnya aku telah meredainya.
Kemudiannya diberitahu dihantar kepada Fatimah bahawa Allah telah memberikan kepadaku perkhabaran baik dengan kelahiran seorang maulud bagi engkau, dia dibunuh oleh umatku dari selepasku maka dia aku menghantar memberitahu kepadanya bahawa dia aku tidak berhajat kepada maulud (kelahiran bayi) yang akan dibunuh oleh umat engkau selepas engkau. Dan diberitahu dihantar kepadanya bahawa Allah Azza Wajalla telah menjadikan pada zuriyatnya imamah, wilayah, dan wasiyah.Maka aku memberitahu kepadanya bahawa aku telah reda, lalu dia mengandungnya dalam keadaan susah payah, dan melahirkannya dalam keadaan susah payah.Maka Al-Husain telah tidak disusu dari Fatimah a.s. dan tidak juga dengan mana-mana wanita lainnya; dianya dibawa kepada Nabi. Maka Nabi pun meletakkan ibu jarinya ابهامه ke dalam mulutnya maka dia pun menghisap ibu jarinya itu sehingga boleh mencukupi selama dua atau tiga hari.
(اصول الكافي للكليني ص294)


Ini adalah salah satu riwayat yang penuh dengan pembohongan oleh Al-Kafi, iaitu kitab yang dianggap sebagai kitab rujukan syiah yang paling utama, besar dan muktabar.
Al-Kulaini menyebut:  Dari Abu Abdullah a.s: Bahawa apabila Abdullah Ibni Ubai Bin Salul عبدالله ابن أبي بن سلول  mati, Nabi saw telah hadir pada jenazahnya maka kata Umar kepada Rasulullah saw: Apakah Allah tidak melarang engkau berdiri di atas kuburnya, lalu dia  diam. Maka dia berkata kepadanya: Celaka engkau! (woe unto you), apa engkau tahu tentang apa yang aku katakan? Aku telah katakan: “Ya Allah engkau isikanlah perutnya dengan api dan penuhkanlah kuburnya dengan api dan sambungkanlah dia dengan api”.
(فروع الكافي في كتاب الجنائز ص188)

Bagaimana syiah mengada-adakan cerita كيف تفتري الشيعة ke atas Nabi s.a.w di mana mereka mendakwa pembohongan dan pendustaan bahawa  Nabi s.a.w mendirikan sembahyang ke atas orang munafik itu, bukan untuk mendoakan baginya bahkan ia mendoakan ke atasnya. Ini  adalah kerja-kerja orang munafik; dan mengaitkan sifat nifak kepada Nabi adalah satu penghinaan yang paling besar terhadap Nabi s.a.w.
Dan Al-Kulaini meriwayatkan juga: Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa salah seorang dari orang-orang munafik telah mati maka keluarlah Al-Husain bin Ali berjalan-jalan, maka dia terjumpa anak angkat baginya maka kata Al-Husain a.s: Ke mana kamu hai polan hendak pergi?
 Maka katanya: Aku lari dari jenazah seorang munafik ini untuk disembahyangkan ke atasnya maka kata Al-Husain: Kamu lihat, berdirilah kamu di sebelah kananku; maka apa yang kamu dengar dari apa yang aku katakan maka hendaklah kamu ikut apa yang aku kata. Maka ketika ia hendak mengangkat takbir keatasnya, kata Al-Husain: Ya Allah, Kau laknatilah si polan, hamba Engkau ini ...  seribu laknat; Ya Allah Engkau hinakan hamba Engkau di hadapan hamba-hamba Engkau dan di negeri Engkau dan sampaikan api Engkau dan rasakan dia azab Engkau yang paling kuat maka sesungguhnya dia itu menolong musuh-musuh Engkau dan dia memusuhi wali-wali Engkau dan membenci ahli bait Nabi Engkau.
(فروع الكافي كتاب الجنائز ص 189)

Lihatlah (semoga Allah memberikan kamu Taufik-Nya untuk kebaikan) betapa beraninya puak Syi'ah ini mengada-adakan cerita pembohongan ke atas Al-Husain r.a . yang kononnya mereka itu menyayanginya, tetapi pada masa yang sama mereka mendakwa bahawa beliau telah menyembahyangkan ke atas seorang lelaki, lalu dia mendoakan ke atasnya dan melaknatinya.  Sedangkan sembahyang itu hanyalah untuk berdoa, memohon keampunan dan Rahmat-Nya.
Mereka itu mengaitkan nifak kepada Al-Husain secara bohong lagi dusta.نعوذ بالله من ذلك
Apakah fahaman agama kaum Syi'ah ini terbina di atas nifak! Jika  demikian halnya, apakah perlunya Rasulullah s.a.w menanggung segala kesakitan dan musibah dari kuffar musyrikin, orang-orang Yahudi dan lain-lainnya?
Andainya begitu, nescaya tidaklah berlakunya pertempuran KARBALA’ معركة الكربلاء dan nescaya tidaklah Al-Husain bin Ali r.a. mati syahid.


PERKARA KE ENAM 

AKIDAH MENGHINA UMMAHATUL MUKMININ:

Isteri-Isteri Nabi s.a.w:
Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi berkata dalam (kitab) Haqqul-Yaqin حق اليقين dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab yang ertinya seperti berikut:
"Dan akidah kami (akidah Syi'ah) dalam perkara PEMBEBASAN: Kami berlepas diri dari empat berhala: Abu Bakar, Umar, Uthman, Dan Mu’awiyah dan dari empat wanita: Aisyah, Hafsah, Hindun, Ummul-Hakam dan kesemua pengikut dan kumpulan mereka. Mereka itu adalah makhluk Allah yang paling jahat di atas muka bumi ini; dan bahawa iman seseorang itu kepada Allah, kepada Rasul-Nya dan kepada Imam-imam itu tidaklah sempurna melainkan selepas dia berlepas diri dari musuh-musuh mereka."
Sesungguhnya fahaman ini amat terang lagi nyata, bagaimana mereka itu mengingkari Firman Allah SWT:

"النبي اولى بالمؤمنين من انفسهم وازواجه امهاتهم .. "  الآية.

                 Maksudnya: 
Nabi lebih utama (lebih berhak) terhadap orang-orang beriman dari diri mereka sendiri dan isteri-isteri Nabi adalah ibu-ibu mereka (yang haram dinikahi) … …”.
               [ Surah Al-Ahzab : 6 ]

Dan kata Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi dalam kitab Kehidupan Hati-Hati (في حياة القلوب) dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arab, ertinya: Ibnu Babaweh meriwayatkan dalam Kitab I’lal Asy-Syara’ik’ في علل الشرائع bahawa Imam Muhammad Al-Baqir a.s. berkata: Apabila Imam Mahdi muncul maka dia akan menghidupkan AISYAH dan dia akan menjalankan keatasnya hudud sebagai membalas dendam untuk FATIMAH).
Inilah kemuncak kebiadaban dan kekejian terhadap isteri Rasulullah saw sehingga kami tak tahu apa yang hendak dikata tentang pembohongan ini. Kami serahkan perkara syiah ini dan ahli-ahli penerangan mereka kepada Allah untuk membalas keatas mereka.

Kata Syaikh mereka Maqbul Ahmad dalam terjemahannya bagi makna-makna al-Quran dalam Bahasa Urdhu yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Arabnya yang diertikan: 
 "Bahawa (seorang wanita) ketua tentera Al-Basrah البصرة dalam peristiwa al-Jamal telah melakukan fahisyah (zina) yang terang, mengikut ayat ini."
Di samping itu Ahmad Bin Abu Talib Attabarsi dalam kitab Al-Ihtijaj, juzuk pertama, muka surat 240 menyebutkan bahawa Ali a.s. telah berkata kepada Aisyah, Ummul Mukminin
"Demi Allah, tidak dia melihatku, melainkan aku melepaskannya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, urusan wanita-wanitaku adalah di tangan engkau selepasku, yakni Ali berhak selepas Rasulullah s.a.w نعوذ بالله untuk melepaskan siapa yang dia mahu di kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang suci."
Sesungguhnya fahaman iktiqad Syi'ah telah mencipta dusta dengan membawa riwayat-riwayat seumpama ini untuk menghina dan menjatuhkan darjat dan martabat Aisyah r.a. dari kedudukannya sebagai Saddeeqah, Ummul-mukminin r.a, terutama sekali kedudukan isteri-isteri Nabi s.a.w sebagai Ummahatul Mukminin; sedangkan Allah memuji mereka dalam al-Quran al-Karim. Firman Allah di dalam al-Quran yang ditujukan kepada Nabi s.a.w, berkait dengan perkara isteri-isterinya:

" لا يحل لك النساء من بعد ولا ان تبدل بهن من ازواج ولو اعجبك حسنهم إلا ما ملكت يمينك
وكان الله على كل شيء رقيبا".

                Maksudnya:
i.“Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isteri yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecualai hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
[ Surah Al-Ahzab : 52 ]


"النبي اولى بالمؤمنين من انفسهم وازواجه امهاتهم .....".

         Maksudnya :
ii. “Nabi lebih utama (lebih berhak) terhadap orang-orang beriman dari diri mereka sendiri dan isteri-isteri Nabi adalah ibu-ibu mereka (yang haram dinikahi) … …”.
                         [Surah Al-Ahzab :6 ]

"يا نساء النبي لستن كأحد من النساء .....". الاية

             Maksudnya: 
iii.“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain. …”. 
                  [ Surah Al-Ahzab: 32].


".... انما يريد الله ليذهب عنكم الرجس اهل البيت ويطهركم تطهيرا".

          Maksudnya: 
iv. “… … Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan (menghilangkan) dari kamu kalian kotoran (yang mencemarkan diri kamu) ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.  
              [Surah Al-Ahzab:  33].

Sebagaimana yang termaklum Allah menurunkan beberapa ayat al-Quran dalam surah An-Nuur untuk membersihkan dan membela kesucian Sayidah Aisyah r.a. terhadap fitnah yang sangat hina dan keji sebagaimana Firman-Nya:  
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الإثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ (11) لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُبِينٌ (12) لَوْلا جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاءِ فَأُولَئِكَ عِنْدَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ (13) وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (14) إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ (15 
                Maksudnya:
" Sesunguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. (11) 
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata : 'Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.' (12) 
Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (13) 
Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. (14) 
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Pada hal dia pada sisi Allah adalah besar." (15)

Allah befirman lagi :

"يعظكم الله ان تعودوا لمثله ابدا إن كنتم مؤمنين"

           Maksudnya: 
“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang seumpamanya ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.”
                [Surah An-Nur:17]
Ayat-ayat tersebut adalah amat terang lagi nyata ditujukan juga kepada orang-orang yang menggunakan fitnah besar terhadap Syidah Aishah r.a. untuk mengingkari penjelasan Allah mengenainya dan mengada-adakan serta membuat andaian dengan mencipta riwayat-riwayat yang penuh dusta. Sesungguhnya mereka itu adalah golongan orang-orang munafik yang keji, hina dan dilaknat Allah. 

Alangkah beraninya para penganut ajaran fahaman Syi'ah tanpa ada sebarang rasa takut dan segan silu terhadap Allah, mahupun dengan hamba-hamba-Nya; menghina para isteri Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya tidak ada seorang suami pun yang merelakan isterinya dihina dalam apa jua cara dan bentuk sekalipun, bahkan seorang lelaki yang mulia mungkin dia boleh menanggung kehinaan terhadap dirinya sendiri tetapi dia tak boleh menanggung penghinaan yang melibatkan isteri dan keluraganya.


PERKARA KE TUJUH 

AKIDAH MENGHINA:
o   anak-anak perempuan Nabi s.a.w dan
o   Sayidatun-Nisaa Fatimah Azzahraa r.anhunn.
Keseluruhan Ahli As-Sunnah Wal Jamaah adalah sepakat bahawa menurut al-Quran dan As-Sunnah, bilangan anak-anak perempuan Nabi s.a.w adalah empat orang iaitu Sayidah Zainab, Sayidah Ruqayyah, Sayidah Ummul Kalthum dan Sayidah Fatimah r.anhunn. Inilah juga pegangan kebanyakan orang awam Sy'iah, kecuali golongan Sy'iah dari India dan Pakistan. Mereka mengingkari ketiga-tiga anak perempuannya.  Mereka hanya mengiktiraf Fatimah Azzahraa sahaja dan yang lain bukanlah anak-anak Nabi s.a.w. Mereka ini telah menyalahi hukum Tuhan yang nyata:

"ادعوهم لأبائهم هو اقسط عند الله ..."
         Maksudnya:
 “Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber“bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. …”
[Surah Al-Ahzab: 5]

Mereka berbuat demikian kerana permusuhan dengan Uthman bin A’ffan Zi An-Nurain (ذي النورين) r.a. (dengan tujuan) supaya dia tak tercapai pangkat kemuliaannya yang tinggi yang telah berkahwin dengan Sayidah Ruqayyah. Apabila Sayidah Ruqayyah meninggal dunia, Nabi s.a.w telah mengahwinkan dia dengan Sayidah Ummul Kalthum. Oleh sebab itulah dia dikurniakan gelaran: ZUN-NURAIN (ذو النورين)

Firman Allah:

 " يا أيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين  

عليهن من جلــبيبهن ....". الاية

             Maksudnya:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); …”.
[Surah Al-Ahzab: 59]

Maka Allah menyebutkan anak-anak perempuan dalam Sighah Jamak yang menunjukkan bilangan anak-anak perempuannya تعدد بناته .
Ulamak Sy'iah pula menulis: Dia mengahwini Khadijah pada ketika adanya sebelum dibangkitkan menjadi Rasul: Al-Qasim, Ruqayyah, Zainab dan Ummul-Kalthum. Dia mendapat Fatimah alaiha assalam selepas menjadi Rasul.
 (اصول الكافي للكليني ص278)

Begitulah juga kata-kata imam yang maksum di sisi penganut fahaman  Syi'ah dan ulamak mereka adalah nyata dari segi bilangan anak-anak perempuan Nabi s.a.w. Hal ini tercatat di dalam kitab-kitab mereka yang berikut iaitu:
   o   مجالس المؤمنين ص 83

   o   التهذيب الجزء الاول ص 154

   o   تفسير مجمع البيان الجزء الثاني ص 233

   o   فروع الكافي الجزء الثاني ص 222

   o   فيض الاسلام ص 519

   o   نهج البلاغة الجزء الثاني ص 85

   o   قرب الاسناد ص 6

   o   تحفة العوام للسيد  احمد علي ص 113

   o   حيات القلوب الجزء الثاني ص 82 \559\223\560

   o   منتهى الامال الجزء الاول ص 89

   o   مرآة العقول الجزء الاول ص 352

Al-Kulaini menyebutnya dalam kitab فروع الكافي : Apabila Nabi s.a.w mengahwinkan Ali dengan Fatimah a.s., dia masuk ke dalamnya (ke dalam bilik Fatimah) di mana dia sedang menangis. Maka katanya: Apakah yang membuat kamu menangis? Demi Allah sekiranya ada di dalam ahli keluargaku, orang yang lebih baik darinya, nescaya tidaklah aku kahwinkan engkau dan tidak pula aku kahwinkan dia (Ali) tetapi Allah telah mengahwinkan kamu.
(فروع الكافي الجزء الثاني كتاب النكاح ص 157)

Al-Kulaini juga menyebut:
Dari Abu Abdullah a.s. katanya: Bahawa Fatimah a.s berkata: kepada Rasulullah: Kamu telah kahwinkan daku dengan mahar (emas kahwin) yang murah?
Maka kata Rasulullah s.a.w kepadanya: Bukanlah aku yang mengahwinkan engkau tetapi Allah yang mengahwinkan kamu dari langit.
(فروع الكافي الجزء الثاني ص 157)

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebutkan dalam Kitab جلاء العيون dalam Bahasa Farsi dan terjemahannya ke dalam Bahasa Arabnya seperti berikut:

Ertinya: Kata Imam Muhammad Al-Baqir a.s. dalam kitab Kasyful Ghummah كشف الغمة : Bahawa Fatimah pada suatu hari telah mengadu kepada Nabi saw  bahawa harta tidak sampai kepada  Ali untuk diagih-agihkan antara orang-orang faqir dan miskin?
Maka katanya a.s: Apakah kamu mahu aku memarahi saudaraku dan anak bapa saudaraku?
Ketahuilah (wahai Fatimah) bahawa kemarahannya adalah kemarahanku dan kemarahanku adalah kemarahan Allah. Maka berkatalah Fatimah: Bahawasanya aku meminta perlindungan dengan Allah daripada kemarahan Allah dan kemarahan Rasul-Nya.
(جلاء العيون ص 61 طبعة ايران)

Dari kedua riwayat itu tadi, (yang pertama dan yang kedua) nyatalah bahawa Sayidah Fatimah Azzahraa والعياذ بالله tidak reda perkahwinannya dengan Sayidina Ali r.a disebabkan kemiskinannya dan maharnya yang sedikit. Ini adalah suatu penghinaan yang besar terhadap Sayidatun-Nisaa, ahli syurga sedangkan dia merupakan salah seorang wanita yang paling zuhud di duia yang fanak ini dan seorang yang paling inginkan kepada darul-akhirah.
 
Bagaimanakah dapat dibayangkan seorang yang sepertinya itu tidak reda dengan perkahwinan yang diberkati ini semata-mata kerana dunia atau harta dan mahar yang sedikit, seperti apa yang dinyatakan. Dalam riwayat yang ketiga, dia bencikan Sayidina Ali r.a kerana menginfakkan harta kepada fakir miskin sehinggalah dia mengadu kepada Rasulullah saw.

Apakah mungkin perkara seperti ini boleh berlaku bagi seorang yang semulia itu, anak perempuan kepada seorang Nabi. Alangkah peliknya, orang-orang syiah ini.
Bagaimanakah mereka ini mendakwa kesayangan mereka yang amat sangat terhadap Fatimah Azzahraa, selepas apa yang telah mereka lakukan iaitu dengan mengaitkannya dengan perkara-perkara yang hina ini … yang tak layak bagi mana-mana wanita yang mulia yang ada harga diri.

Ahmad bin Abu Talib Attabarsi telah menyebut dalam kitab Al-Ihtijaj: Maka kata SALMAN: Apabila menjelang malam, Ali telah membawa Fatimah menaiki keldai dan dia telah memegang tangan kedua anaknya Al-Hasan dan Al-Husain. Maka tidak meninggalkan seorang pun dari ahli BADAR di kalangan Al-Muhajirin mahupun orang-orang Ansar melainkan dia datang ke rumahnya, seraya menyebutkan haknya dan dia mohon untuk kemenangannya.
Maka tidak ada yang menunaikan permintaannya itu, kecuali empat orang. Aku bertanya kepada Salman: Siapah keempat-empat mereka itu?

Katanya: Aku, Abu Zarr, Al-Miqdad dan Azzubir Bin Al-Awam. Dia datang kepada mereka pada malam yang kedua, kemudian pada malam yang ketiga. Maka tidak ada yang menyahut untukya selain dari kami. 
                        (الاحتجاج الطبرسي ص 157).


PERKARA  KE LAPAN 

AKIDAH MENGHINA:

o   Al-Abbas
o   Anaknya Abdullah (Ibn Abbas)
o   Aqil Bin Abu Talib r. anhum.

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebut dalam Bahasa Farsi, terjemahannya adalah seperti berikut:
Al-Kulaini meriwayatkan (kononnya) dengan sanad hasan بسند حسن bahawa dia telah menanyakan Imam Muhammad Al-Baqir di manakah letaknya maruah Bani Hasyim dan kekuatan mereka, dengan bilangan mereka yang betgitu ramai, selepas wafatnya Nabi s.a.w ketika Ali mengatasi Abu Bakar, Umar dan seluruh orang-orang munafikin?

Maka Al-Imam Muhammad Al-Baqir menjawab:  Siapakah yang tinggal di kalangan Bani Hasyim?
Jaafar dan Hamzah, kedua-dua mereka adalah orang-orang yang terdahulu sebagai orang-orang mukmin yang sempurna yang sudah pun mati, cuma yang tinggal hanyalah dua orang iaitu Al-Abbas dan Aqil. Kedua-duanya lemah keyakinan dan jiwa yang rendah yang baru sahaja berjinak-jinak dengan Islam.
(حيات القلوب الجزء الثاني ص وهذه الرواية موجودة في فروع الكافي .المجلد الثالث كتاب الروضة )

Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebut dalam Bahasa Farsi tentang Al-Abbas dalam kitab Hayatul-Qulub yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, yang bermaksud:
"Adalah nyata dari apa yang kami katakan bahawa Al-Abbas bukanlah di kalangan orang-orang mukmin yang sempurna dan Aqil juga adalah sama, dari segi kekurangan iman mereka."
Al-Majlisi juga menyatakan dalam Bahasa Farsi yang dialih kedalam Bahasa Arab yang  ertinya:

Imam Muhammad Al-Baqir meriwayatkan dari Imam Zainal Abidin a.s. dengan sanad yang muktamad bahawa ayat Al-Quran ini:
"ومن كان في هذه اعمى فهو في الآخرة اعمى واضل سبيلا"

            Maksudnya :
 “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya”. 
               [Surah Al-Israa:72]
Dari riwayat-riwayat ini nyatalah bahawa mereka itu menghina bapa saudara Rasulullah s.a.w Sayidina Al-Abbas r.a. dan juga Sayidina Aqil dengan tuduhan lemah keyakinan dan kurang iman serta menghina Al-Abbas dan anaknya Sayidina Abdullah Ibnu Abbas r.a. والعياذ بالله


PERKARA  KE SEMBILAN 

AKIDAH MENGHINA :
    o   Khulafa Ar-Rasyidin
o   Orang-orang Muhajirin dan Ansar r.a.
Al-Kulaini menyebutkan dalam Kitab FURUK’ AL-KAFI فروع الكافي daripada Abu Jaafar a.s: selepas Nabi saw wafat, manusia kesemuanya telah jatuh murtad kecuali tiga orang. Maka aku bertanya: Siapakah mereka yang tiga itu?
Katanya: Al-Miqdad Bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi.
(فروع الكافي للكليني كتاب الروضة ص 115 )

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebut dalam Bahasa Farsi, yang diterjemahan ke dalam bahasa Arab, ertinya: Bahawa Abu Bakar dan Umar, kedua-duanya adalah Fir’aun dan Haman.
(حق اليقين للمجلسي ص 522)

Al-Majlisi juga menyebut dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arabnya:
Telah ada disebutkan dalam Kitab TAQRIB AL-MAARIF تقريب المعارف bahawa dia telah berkata kepada Ali bin Al-Husain, anak angkatnya: Ada bagiku keatasmu hak berkhidmat, maka berilah tahu kepadaku tentang Abu Bakar dan Umar?
Maka kata Ali bin Al-Husain: Bahawa kedua mereka itu adalah kafir, (orang) yang menyayangi mereka juga adalah kafir.
(حق اليقين للمجلسي ص 522).

Dan diriwayatkan juga Abu Hamzah Attamali bahawa dia telah menanyakan Imam Zainal-Abidin tentang Abu Bakar dan Umar. Maka katanya: Mereka berdua adalah kafir dan sesiapa yang menyokong mereka juga adalah kafir. Dalam Bab ini banyak Hadis dalam berbagai kitab, kebanyakannya telah ada disebut dalam kitab Bihar Al-Anwar. بحار الانوار
Al-Majlisi juga meyatakan dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arabnya, ertinya:
Dan dia ditanya oleh Mufadhal مفضل mengenai Firaun dan Hamman dalam ayat ini maka ia menjawab: Bahawa yang dimaksudkan dengan keduanya itu ialah Abu Bakar dan Umar والعياذ بالله  

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebut dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab: Kata Salman: Semua orang selepas Rasulullah telah murtad kecuali empat; dan manusia selepas Rasul, kedudukan mereka adalah bagai kedudukan Harun dan para pengikutnya dan bagai kedudukan lembu dengan para penyembahnya. Maka ALI adalah bagai kedudukan HARUN dan Abu Bakar adalah bagai kedudukan lembu dan Umar bagai kedudukan AS-SAAMIRIY. السامري
Firman Allah di dalam al-Quran amat jelas lagi sahih memuji golongan orang Muhajirin dan Asar dan para sahabat Rasulullah s.a.w. dengan mengurniakan darjat serta martabat tertinggi Radhiallhu'anhum yang bermaksud Allah reda terhadap mereka.

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ  
                        Maksudnya :
" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama mula beriman memeluk agama Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka juga reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." 
                      [Al-Quran  سورة التوبة  surah At-Taubah : 100  ]

Dalam surah Al-Fath ayat 29 pula diperjelaskan lagi :  

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَ الَّذينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَماءُ بَيْنَهُمْ تَراهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَ رِضْواناً سيماهُمْ في‏ وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْراةِ وَ مَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوى‏ عَلى‏ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَ أَجْراً عَظيماً

               Maksudnya :
“Muhammad itu adalah Utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang- orang yang beriman dan mengerjakan amal yang salih di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.  
Rasulullah s.a.w. amat memuliakan dan menyanjung tinggai para sahabat baginda dalam segala aspek penghayatan agama Islam. Baginda mengibaratkan perbezaan ketinggian darjat dan martabat kemuliaan para sahabat baginda dengan golongan insan mukmin lain adalah seperti sabda baginda:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَتَسُبُّوا أَصْحَابِيْ فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَابَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ 
                  (صحيح البخاري)
               Yang bermaksud :
Sabda Rasulullah s.a.w. :" Janganlah kalian mencaci para sahabatku, jika di antara kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, maka belum menyamai segenggam dari mereka tidak pula setengah genggam dari mereka. "  (Shahih Bukhari)    
Begitu juga terdapat banyak Hadis betapa Raslulullah s.a.w memuji-muji para sahabat baginda seperti yang dimaksudkan:
  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
“Umatku yang paling penyayang terhadap sesamanya adalah Abu Bakar,
Sahabatku yang paling gigih dan tegas untuk menegakkan perintah Allah adalah Umar,
Sahabatku yang paling pemalu adalah Usman,
Sahabatku yang paling mengetahui halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal,
Sahabatku yang paling menguasai Ilmu Faraidh (Ilmu Waris) adalah Zaid bin Tsabit,
Sahabatku yang paling bagus membaca dan mengerti Al-Quranul Karim adalah Ubayd bin Ka’ab.
Setiap umat pasti memiliki orang yang paling dipercayai, dan orang yang paling dipercaya oleh umatku ini adalah Abu Ubaydah bin Jarrah.
Sahabatku yang paling tepat memberikan hukum adalah  Ali bin Abi Thalib.
Umatku yang paling zuhud dan setia adalah Abu Dzar,
Umatku yang paling banyak beribadah dan bertaqwa adalah Abu Darda,
Umatku yang paling penyantun dan dermawan adalah Muawiyah bin Abu Sofyan.” Radhiyallahu anhum ajma’in.” (HR. Tirmidzi)
Di atas landasan ini jugalah pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah memuliakan semua para sahabat Rasulullah s.a.w seperti yang disebut:
"....Hendaklah diiktiqadkan kelebihan martabat sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. itu dan tertib-tertibnya kelebihan mereka itu. Adalah seafdhal-afdhal manusia kemudian daripada Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Usman dan kemudian Ali Radziallahu Anhum. Hendaklah menaruh baik sangkaan kepada kesemua sahabat Rasullullah s.a.w. dengan memuji mereka itu sebagaimana Allah SWT dan Rasul-Nya memuji mereka sekalian. Semuanya itu ada tersebut menunjukkan puji-pujian itu di dalam al-Quran al-'Azim dan beberapa Hadis Nabi Muhammad s.a.w...."
Ini bererti mereka yang memusuhi para sahabat Rasulullah s.a.w adalah musuh Allah, Rasul-Nya, agama Islam dan seluruh umat muslimin..

Abdullah bin Saba’ yang juga dikenali dengan sebutan Ibnu Sauda’ adalah seorang Yahudi yang berasal dari negeri Yaman, dari daerah Shan’a (Ibu kota Yaman). Ia berpura-pura masuk Islam pada masa pemerintahan Usman bin ‘Affan untuk menghancurkan Islam dari dalam. 
 
Dia dengan sokongan kuat para pengikutnya telah menyebarkan akidah-akidah sesat mereka dengan mereka-reka riwayat-riwayat palsu, penuh dengan pembohongan terhadap imam-imam mereka sendiri; mereka mencipta tafsir-tafsir dari sisi mereka bagi Kalam Allah. Kesemuanya adalah pembohongan ke atas para sahabat Nabi s.a.w dan permusuhan bagi Islam dan dan umatnya kerana sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah saksi-saksi al-Quran dan Kenabian dan As-Sunnah.  Maka perbuatan menghina para sahabat Rasulullah s.a.w pada hakikatnya sama seperti menikam saksi-saksi al-Quran serta secara langsung menghina dan mencerca al-Quran, Malaikat Jibril AS, Rasulullah s.a.w, kebenaran agama Islam, As-Sunnah dan Kenabian. Semoga Allah memelihara kita daripada setiap fitnah dan kesesatan dengan Kelebihan-Nya بفضله وكرمه  , Kurnia-Nya dan KemurahaNya .. Amin.



PERKARA  KE SEPULUH 

AKIDAH MENGHINA UMMAHATUL MUKMININ DAN BANI FATIMAH R.A. 

Bahawa pengasas-pengasas fahaman Syi'ah telah mensabitkan bagi imam-imam mereka I’SMAH عصمة (iaitu perihal maksumnya imam-imam mereka) seperti Rasul s.a.w.  
Sebagaimana mereka wajib beriman dengan Rasul, begitu juga adalah wajib ke atas mereka mentaati imam-imam mereka. Mereka telah mendakwa bahawa imam-imam mereka mempunyai sifat-sifat dan kelebihan-kelebihan yang tidak ada pada sesiapapun melainkan Allah.
Oleh itu, mereka mendakwa bahawa imam-imam mereka, mengetahui apa yang telah ada dan yang akan ada.  Mereka juga mengetahui waktu mati mereka malahan mereka tidak akan mati melainkan dengan pilihan mereka sendiri. Di sisi mereka ada tongkat Musa, cincin Sulaiman a.s, nama yang terbesar الاسم الاعظم dan senjata imamah. Mereka adalah umat yang paling berani serta kelebihan-kelebihan yang lainnya. Ini satu pihak, dan dari pihak lainnya pula walaupun mereka mensabitkan bagi mereka kelebihan-kelebihan dan perkara-perkara yang luar biasa dan segala mukjizat dan khurafat, mereka juga mensabitkan bagi diri mereka sebagai orang-orang munafik dan penakut; dan mereka adalah orang-orang yang berdusta dan sebagainya.

Berikut diturunkan sebahagian daripada kata-kata dan riwayat-riwayat mereka yang dipetik daripada kitab-kitab utama mereka yang menjadi rujukan fahaman aliran Syi'ah.
Bahawa mereka telah menulis tentang perkahwinan Umar r.a dengan Ummul Kalsum Binti Ali r.a.
Kata Imam Jaafar As-Sadiq:
 "Ia adalah faraj yang pertama yang telah kami merampasnya."
(فروع الكافي جـ 2)

نعوذ بالله  kami berlindung dengan Allah daripada sikap kurang ajar dan biadab terhadap Sayidah, bapanya saudara-saudaranya Ali dan Al-Husain r.a.

Al-Kulaini memetik daripada Ibni Abu Ameer Al-Ak’jami الاعجمي katanya: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: 
Ya Abu Umar bahawa Sembilan Per Sepuluh agama adalah pada taqiyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak ada baginya taqiyah dan taqiyah adalah pada segala sesuatu.
(اصول الكافي ص 482)

Dipetik daripada Abu Abdullah a.s, katanya: 
Bertaqwalah kamu kalian di atas agama kamu dan lindungilah ia dengan taqiyah. Sesungguhnya tidak ada iman bagi sesiapa yang tiada taqiyah baginya. 
                        (اصول الكافي ص 483).

Petikan  kata-kata daripada Muammar Bin Khallad معمر بن خلاد
 "Aku telah bertanya kepada Abul- Hasan a.s. berkaitan dengan para penguasa maka kata Jaafar a.s. taqiyah itu adalah (sebahagian) dari agamaku dan agama datuk-moyangku; dan tiada iman bagi siapa yang tiada taqiyah baginya."
(اصول الكافي ص484).

Al-Kulaini telah memetik daripada Zararah Bin Aak’yun زرارة بن اعين daripada Abu Jaafar a.s, katanya: Aku telah bertanya mengenai satu masalah maka dia memberikan jawapannya kepadaku; kemudiannya datanglah seorang lelaki lain; diapun bertanya mengenainya juga maka dia ini diberikan jawapan yang berlainan dengan apa yang dia jawab kepadaku. Kemudiannya pula datanglah seorang lagi maka dia diberikan jawapan yang berlainan dari apa yang dia jawab kepadaku dan dari apa yang dia jawab kepada kawanku.
Apabila kedua-dua lelaki itu keluar, aku katakan: Wahai putera Rasulullah, dua orang dari Iraq dari kumpulan Syi'ah kalian, mereka ini datang bertanya maka engkau telah berikan jawapannya kepada setiap mereka itu jawapan yang berlainan!
Maka katanya: Wahai Zararah, itulah yang terbaik dan lebih kekal bagi kami dan bagi kamu kalian.
(اصول الكافي ص171 )

Apa yang dapat difahami daripada riwayat-riwayat ini ialah bahawa imam-imam ini menyembunyikan apa jua masalah. Ada kalanya mereka pinda dan ubah jawapan-jawapan mereka dari seorang ke seorang yang lain; dan menyembunyi sesuatu masalah adalah sebahagian besar agama mereka. Mereka meriwayatkan secara palsu. Bagi mereka yang menyembunyikan agama Allah,  akan diberi kekuatan; dan orang-orang yang mendedahkan kebenaran agama Allah, mereka akan dihina oleh Allah. 

Jika itulah caranya imam-imam yang maksum di sisi mereka maka bagaimanakah mereka ini boleh dipercayai sedangkan mereka itu lebih kurang sealiran dengan Rabbi Pendita Yahudi dalam memahami dan mentakrifkan agama? Tindakan mereka menyembunyikan yang benar adalah perbuatan orang munafik  dan satu penghinaan yang amat keji terhadap imam-imam ahlil-bait.



PERKARA  KE SEBELAS 

AKIDAH TAQIYAH DAN FADHILAT-FADHILATNYA DI SISI MEREKA 

Makna taqiyah di sisi Syi'ah ialah penipuan semata-mata atau nifaq yang nyata sebagaimana yang terkandung dalam riwayat-riwayat mereka. Atau dimaksudkan juga sebagai merahsiakan keyakinan al-haq dan nenutupi diri dalam keyakinan dengan mewar-warkan dan menghebahkan pembohongan.
Berikut adalah sebahagian dari riwayat-riwayat mengenai akidah Syi'ah berkaitan dengan taqiyah dan fadilat-fadilatnya dari kitab-kitab mereka yang muktabar.
Al-Kulaini memetik daripada Ibnu Amir Al-Ak’jami ابن عمير الاعجمي katanya: Abu Abdullah a.s mengatakan kepadaku: Wahai Abu Umar bahawa sembilan per sepuluh agama adalah pada taqiyah dan tiada agama bagi siapa yang tiada baginya taqiyah dan taqiyah adalah pada tiap sesuatu.
Dan Al-Kulaini memetik daripada Abu Abdullah a.s pada firman Allah:

"ولا تستوي الحسنة ولا السيئة ....".
Yang ertinya:
Dan tidaklah sama perbuatan yang baik (الحسنة) dan perbuatan yang jahat (السيئة) …..”.
[Surah Fussilat: 34]

Katanya: الحسنة ialah taqiyah dan السيئة ialah penyebaran.
Dan Firman Allah Azza Wajalla: 


                "ادفع بالتي هي احسن السيئة" 

                  Maksudnya:
“Tolaklah kejahatan (yang dilakukan kepadamu) dengan cara yang sebaik-baiknya (التي هي احسن)……”.
[Surah Al-Mukminun : 96]
Katanya: التي هي احسن  (yang sebaik-baiknya) ialah taqiyah.



Taqiyah Pada Setiap Darurat

Al-Kulaini memetik dari Abu Jaafar a.s katanya:  Taqiyah ada pada setiap darurat dan orang yang terlibat adalah lebih arif ketika terkena.
(اصول الكافي ص482)
Menyimpan Rahsia:
Dan Al-Kulaini memetik daripada Sulaiman Khalid katanya: Abu Abdullah a.s berkata bahawasanya kamu kalian adalah di atas agama orang yang menyimpan rahsia, dia akan diperkasa oleh Allah dan siapa yang membongkarnya, dia akan dihina oleh Allah.
Ketahuilah bahawa apa yang telah dinyatakan sebelum ini bersabit dengan akidah syiah dan riwayat-riwayat mereka adalah menyalahi Nusus-Nusus al-Quran.

Allah berfirman:
"يا ايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك وإن لم تفعل فما بلغت رسالته ... "
               Maksudnya :
i.“Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan Perutusan-Nya ……”.
[ Surah Al-Maaidah: 67]

"هو الذي ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ......"  
              Maksudnya: 
ii.“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dengan petunjuk dan agama yang benar (agama Islam) supaya Dia memenangkannnya atas segala agama (yang lain) ……”
[Surah As-Saff, Ayat 9]


"واتل ما اوحي اليك من كتاب ربك ... "
          Maksudnya:
 iii.“Dan bacalah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu …”
[Surah Al-Kahf : 27]


"فاصدع بما تؤمر واعرض عن المشركين"

     Maksudnya: 
iv.“Maka sampaikanlah secara berterus terang dengan apa yang kamu diperintahkan (wahai Muhammad), dan berpalinglah kamu dari orang-orang yang musyrik itu.”
                    [Surah Al-Hijr : 94]

".... اليوم يئس الذين كفروا من دينكم فلا تخشوهم واخشون .... "
            Maksudnya:
v.“….. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa dari agama kamu; maka janganlah kamu takut kepada mereka, dan (sebaliknya hendaklah) kamu takut kepadaKu .…”.
[Surah Al-Maaidah : 3]

" يـأ يها الذين ءامنوا اتقوا الله وكونوا مع الصــد قين "
               Maksudnya:
vi. “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama dengan orang-orang yang benar”.
[ Surah At-Taubah: 119 ]
"ان الذين يكتمون ما انزلنا من البينــت والهدى من بعد ما بينــه للناس في الكتــب اولئك يلعنهم الله ويلعنهم اللـعنون"
Maksudnya: 
vii.“Sesungguhnya  orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunujk hidayah, dari sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh para pelaknat (para malaikat dan orang-orang mukmin)”.
[ Surah Al-Baqarah: 159]


Hukum Taqiyah Dalam Islam

Taqiyah adalah lebih dahsyat haramnya daripada memakan daging babi. Babi diharuskan bagi orang yang memakannya jika terpaksa ketika dalam keadaan darurat, begitu juga dengan taqiyah jika terpaksa, diharuskan tetapi hanya ketika berada dalam keadaan seperti itu sahaja. Jika seorang manusia itu tidak mahu memakan daging babi dalam keadaan darurat, lalu dia pun mati makanya dia telah berdosa di sisi Allah. Hal keadaan ini adalah berlainan dengan taqiyah kerana jika ia tidak mahu menggunapakai taqiyah dalam keadaan darurat, lalu dia mati maka besarlah darjat dan pahalanya di sisi Allah. Bahkan sesungguhnya sesiapa yang mati kerana agama Allah maka dia akan diberi ganjaran pahala yang besar di atas kematiannya itu.


PERKARA  KE DUA BELAS 

AKIDAH MUT'AH متعة  Dan FADILATNYA:
Fat’hullah Al-Kasyani menyebutkan dalam tafsirnya mengenai Rasulullah s.a.w bahawasanya dia bersabda:
“Siapa yang bermut’ah satu kali, darjatnya adalah seperti darjat Al-Hsain a.s. dan siapa bermut’ah dua kali, darjatnya adalah seperti darjat al-Hasan a.s. dan siapa bermut’ah tiga kali, darjatnya adalah seperti darjat Ali bin Talib a.s. dan siapa bermut’ah empat kali maka darjatnya adalah seperti darjatku”.
(تفسير منهج الصادقين ص 356 مصنفه ملا فتح الله كاشاني )

Al-Kasyani juga menyebutkan: Bahawa Nabi saw telah bersabda:
 “Dan siapa yang keluar daripada dunia dan dia tak pernah bermut’ah, dia datang hari kiamat dalam keadaan cacat.
(تفسير منهج الصادقين ص 356 مصنفه ملا فتح الله كاشاني)

Dalam tafsirnya, Al-Kasyani juga dipetik dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, ertinya: 

Daripada Rasulullah s..bahawasanya dia bersabda:
“Jibril telah datang kepadaku dengan suatu hadiah daripada Tuhanku; dan hadiah itu ialah mut’ah dengan wanita-wanita mukminah; hadiah ini tidak diberikan kepada sesiapa sebelumku di kalangan para Nabi; ketahuilah kalian bahawa mut’ah itu telah dikhaskan (secara khusus) oleh Allah kerana kemuliaanku keatas sekalian Nabi yang terdahulu; dan siapa bermut’ah sekali seumur hidupnya; dia telah menjadi ahli syurga; dan jika orang yang bermut’ah itu berjumpa seorang lelaki yang bermut’ah dengan seorang wanita yang bermut’ah di satu tempat yang sama, seorang malaikat turun kepada mereka untuk menjaga kedua mereka itu sehinggalah mereka bersurai; dan jika mereka bercakap di antara satu sama lain maka segala yang dibualkan itu menjadi zikir dan tasbih; dan jika salah seorang dari mereka itu, berpegang tangan (di antara mereka berdua), terkeluarlah dari jari-jari kedua mereka segala dosa dan kesalahan; dan jika salah seorang mereka berdua mengucupi seorang lagi, dituliskan bagi mereka berdua dengan setiap kucupan itu pahala haji dan umrah; dan dituliskan pada jimak mereka berdua dengan setiap syahwat dan kelazatannya itu satu kebajikan umpama gunung yang tinggi; dan jika mereka berdua ini mandi,  dan menitislah air itu, Allah Taala jadikan dengan setiap titisan air itu, malaikat mentasbih dan mentaqdiskan Allah dimana pahalanya dituliskan untuk mereka berdua sehingga hari kiamat. 
Wahai Ali, orang yang menyangkakan Sunnah ini (mut’ah ini sebagai satu) perkara ringan dan lemah dan dia tidak menyukainya maka dia itu bukanlah daripada syiahku dan aku berlepas diri daripadanya. Kata Jibril AS : Wahai Muhammad s.a.w: Satu darham (wang) yang dibelanjakan oleh seorang mukmin itu untuk mut’ah adalah lebih baik di sisi Allah dari seribu darham, dibelanjakan pada bukan mut’ah. Wahai Muhammad, dalam syurga ada satu kumpulan dari Hurul Ain الحور العين dijadikan Allah untuk ahli mut’ah. 
Wahai Muhammad, apabila seorang mukmin itu berakad dengan seorang mukminah dengan akad mut’ah maka tidak dia bangun dari tempatnya melainkan diampunkan oleh Allah baginya dan diampunkan juga untuk mukminah itu. " 
Diriwayatkan daripada As-Sadiq a.s. bahawa mut’ah itu adalah dari agamaku dan agama datuk-nenek kami maka yang beramal dengannya, dia beramal dengan agama kami dan yang mengingkarinya, dia mengingkari agama kami, bahkan dia itu beragama bukan dengan agama kami; dan anak mut’ah adalah lebih baik dari anak isteri yang kekal; الزوجة الدائمة dan orang yang ingkar mut’ah adalah kafir murtad.
(منهج الصادقين للملا فتح الله الكاشاني ص 356)

Dan disebutkan oleh empunya kitab منتهى الآمال   dalam Bahasa Farsi dan terjemahannya ke  dalam Bahasa Arab, yang bererti: 
Diriwayatkan juga daripada As-Sadiq a.s. bahawasanya dia berkata: Tidak ada seorang lelaki yang telah bermut’ah, kemudiannya dia mandi, melainkan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan tujuh puluh malaikat dari setiap titik air yang luruh jatuh dari badannya itu untuk beristighfar baginya hingga hari kiamat, melaknatkan keatas sesiapa yang lari mengelak daripadanya sehingga berlakunya hari kiamat.
Dan sesungguhnya telah ada beberapa riwayat, menyatakan tentang fadilat-fadilat mut’ah dalam Risalah A’jaalah Naafi’ah في عجالة نافعة dalam Bahasa Urdu iaitu terjemahan bagi Risalah Mut’ah bagi Al-Majlisi akan kami sebutkan terjemahan sebahagiannya dalam Bahasa Arab, ertinya: Kata Ali Amirul 
Mukminin a.s.: Barang siapa menyusahkan Sunnah (
ةالمتع) ini dan dia tidak menerimanya maka ia bukanlah dari Syi’ahku dan aku berlepas diri daripadanya.                                                                                                                                                                                                                       ترجمة رسالة المتعة للعلامة محمد الباقر المجلسي ص   15  )                                    
 Berkata Sayidul- A’lam (penghulu alam) s.a.w سيد العالم
Siapa bermut’ah dengan seorang wanita mukminah maka seolah-olahnya dia telah melawat ka'abah tujuh puluh kali.      (عجالة حسنة)
Maka kata Rasulullah s.a.w: 
"Siapa bermut’ah sekali, dia dibebaskan satu pertiga jasadnya daripada api neraka Jahannam; dan siapa bermut’ah dua kali, dia dibebaskan dua pertiga jasadnya daripada api jahanam; dan siapa yang menghidupkan Sunnah ini tiga kali, amanlah seluruh badannya daripada api jahanam yang membakar itu."
(عجالة حسنة ص 16)

Sabda Rasulullah, penghulu sekalian manusia: 
Wahai Ali sayugianya orang-orang mukminin dan mukminat di galakkan bermut’ah walau pun sekali sebelum mereka berpindah daripada dunia ke akhirat.”
Allah telah bersumpah dengan Diri-Nya bahawa Dia tidak mengazabkan seorang lelaki atau perempuan yang telah bermut’ah. Dan siapa yang berusaha pada kebaikan ini (mut’ah) dan berusaha meningkatkannya, Allah angkatkan darjatnya. 

                     (عجالة نافعة ص 16)

Al-Kasyani telah memetik dari tafsirnya, riwayat yang panjang dalam Bahasa Farsi bahawa Nabi saw ditanya:  Apa dia ganjaran orang yang berusaha dalam bab ini (mut’ah) maka katanya: Baginya ialah ganjaran mereka berdua iaitu orang yang berusaha di antara kedua mereka yang bermut’ah dalam kata lain, dia memperolehi ganjaran lelaki yang bermut’ah dan ganjaran perempuan yang bermut’ah.

Abu Jaafar Al-Kummi ابو جعفر القمي memetik dari kitab: من لا يحضره الفقيه (Man La Yahduruhu Alfaqih) iaitu salah satu dari empat kitab yang sahih bagi orang-orang syiah: 
Meriwayatkan bahawa orang mukmin tidak (akan) sempurna sehinggalah ia bermut’ah.
الفقيه ص330 لأبي حعفر محمد بن بابويه القمي)

Al-Qummi juga memetik kata Abu Jaafar a.s: Bahawa Nabi saw ketika diisrakkan ke langit katanya: Jibril a.s. telah mendapatkan daku, katanya: Wahai Muhammad bahawa Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Bahawa aku telah ampunkan bagi orang-orang yang bermut’ah di kalangan umatmu dengan wanita-wanita.
(من لا يحضره الفقيه ص330 لأبي حعفر بن بابويه القمي)

Al-Qummi juga memetik: As-Sadiq a.s الصادق berkata: 
"Bahawa aku bencikan lelaki yang mati, sedangkan dia telah tertinggal keatasnya salah satu sifat (ciri) Rasulullah saw; dia telah tidak mengerjakannya maka aku katakan: Adakah ia tamatuk’ Rasulullah s.a.w? Katanya: Ya.
(من لم يحضره الفقيه ص 329 لأبي حعفر محمد بن بابويه القمي).

Al-Qummi juga memetik dari Abdullah Bin Sinan عبدالله بن سنان daripada Abu Abdullahh a.s. katanya: Bahawa Allah Tabaraka Wa Taala telah mengharamkan ke atas Syi'ah kami apa yang memabukkan dari setiap minuman dan digantikan dengan mut’ah.

(من لم يحضره الفقيه ص 330 ومنتهى الآمال جـ 3 ص341 )


Rukun Mut’ah Dan Hukum-Hukumnya Bagi Orang-Orang Syiah

Al-Mulla Fathullah Al-Kasyani الملا فتح الله الكاشاني dalam tafsirnya, منهج الصادقين   dalam Bahasa Farsi dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab:
Ketahuilah bahawa terdapat lima (5) Rukun Aqad Mut’ah :

1.  Suami
2.  Isteri
3.  Mahar
4.  Sighah Ijab
5.  Sighah Qubul
(تفسير منهج الصادقين ص 357 للكاشاني)

Al-Kasyani juga memetik dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arab yang bererti:
 "Ketahuilah bahawa bilangan isteri dalam mut’ah tidak terhad dan tidak dilazimkan bagi lelaki nafakah, tempat tinggal dan pakaian. Dan tidak disabitkan bagi mereka itu hak saling mewarisi di antara suami-isteri yang bermut’ah. Dan perkara-perkara ini disabitkan dalam akad yang bersifat kekal."
(تفسير منهج الصادقين ص 352 للكاشاني)

Abu Jaafar Attusi ابو جعفر الطوسي memetik yang bermaksud: 
"Dan Abu Abdullah a.s. ditanya mengenai mut’ah, apakah ia daripada empat (isteri) maka katanya:  Tidak dan tidak daripada tujuh puluh."
Daripada Abu Abdullah a.s katanya yang bererti : 
Disebutkan kepadanya mut’ah, apakah ia daripada empat: Katanya: Kawinlah daripada mereka seribu maka sesungguhnya mereka itu adalah wanita-wanita yang disewakan, mereka tidak dicerai dan tidak pula ditalak akan tetapi dia adalah yang disewa. 
               (التهذيب جـ 3 ص 188 لأبي جعفر محمد بن الحسن الطوسي )

Mahar Mut’ah:
Dipetik oleh Attusi dari kitab Attahzib التهذيب   yang bererti:
"Adapun mahar itu dalam mut’ah adalah apa yang diredai oleh mereka berdua, sama ada sedikit mahu pun banyak. Aku katakan kepada Abu Abdullah a.s. apakah yang paling sedikit untuk dikahwini dengannya mut’ah?
Katanya: Setapak tangan daripada gandum."
              (التهذيب جـ 2 ص 188 لأبي محمد بن الحسن الطوسي).

Tiada Saksi Dan Tiada Pemberitahuan Untuk Bermut’ah

Dipetik oleh Attusi di dalam AT-TAHZIB yang bererti:
 Tiada dalam mut’ah saksi dan tidak diiklankan/diumumkan (diisytiharkan).
(التهذيب جـ2 ص 188  لا بي محمد بن الحسن الطوسي ).

Attusi juga memetik daripada Abu Jaafar a.s, katanya:
 Dijadikan bayinah البينة pada nikah hanyalah kerana harta pusaka. من اجل المواريث

(التهذيب جـ2 ص 186لأبي محمد بن الحسن الطوسي)

Abu Jaafar Attusi juga dalam kitab At-Tahzib التهذيب menyebutkan: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s. mengenai seorang lelaki, mengahwini seorang wanita dengan sepotong kayu gaharu? Katanya: Tidak mengapa tetapi jika selesai, dia hendaklah memalingkan mukanya dan janganlah dia melihatnya.
(التهذيب جـ2 ص 190 لأبي محمد بن الحسن الطوسي).

Disebutkan juga dalam At-Tahzib: Tidak mengapa dia bermut’ah dengan seorang wanita dari Bani Hasyim الهاشمية.
(التهذيب جـ2 ص 193 لأبي محمد بن الحسن الطوسي)

Al-Kulaini menyebut dalam kitab Al-Kafi: Daripada Abu Abdullah a.s, katanya: 
Seorang wanita telah datang kepada Umar maka katanya: Bahawa aku ini Zainab maka engkau bersihkan daku, lalu dia perintahkan direjam. Bila diberitahu kepada Amirul Mukminin a.s, maka katanya: Bagaimana engkau Zainab maka katanya: Aku telah melalui sebatang jalan di sebuah kampung maka aku telah mengalami kedahgaan yang amat kuat, lalu aku minta daripada seorang Badwi untuk diberikan minuman, tetapi dia enggan memberikan minuman, kecuali aku membolehkan diriku ini dikuasai dan apabila aku sudah tak tahan lagi dengan kedahagaan itu dan aku merasa takut ke atas diriku, diapun memberikan air untuk diminum, lalu aku merelakan diriku. Maka Amirul Mukminin a.s. mengatakan: Bahawa itu adalah suatu perkahwinan, Demi Kakbah.
(  جـ2 ص 198فروع الكافي

سبحان الله (Maha Suci Allah), sesungguhnya hawa nafsu telah mengatasi Syi'ah, lalu mereka itu mengaitnya dengan Amirul Mukminin Ali Bin Abu Talib sebegini  pembohongannya atau apakah ini diterima akal, apabila seorang yang zalim berzina dengan seorang wanita yang dipaksa, diugut mati dengan kedahagaan sehinggalah terpaksa mengikut kehendak jahatnya itu maka kesemuanya dianggap oleh Syi'ah sebagai satu perkahwinan syarii (yang sah). Apakah tidak perkara seperti ini akan membuka pintu yang luas kepada orang-orang jahat bagi membolehkan mereka itu mengambil mana-mana wanita yang mulia, kemdiannya dipaksa dengan apa cara untuk melakukan perzinaan yang dianggap sebagai suatu perkahwinan yang sah oleh penganut fahaman  Syi'ah.
Allah menyaksikan bahawa Islam berlepas diri daripada segala kekotoran ini. Kemudian pereka fahaman Syi'ah mengambIl dalil, kononnya diharuskan bermut’ah dengan merujuk Firman Allah:

  ".... فما استمتعتم به منهن فآتوهن اجورهن فريضة ...."
Maksudnya: 
“….. kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu) maka berilah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna) sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) …..”.
[Surah An-Nisaa: 24]

Ijmak telah sepakat dan sekata untuk tidak mengharuskan mut’ah dan diharamkan; tidak ada sebarang khilaf pada yang demikian itu di kalangan ulamak amsar علماء الامصار kecuali golongan Sy'iah.
Dan dalil (hujah) tentang pengharaman mut’ah ialah Firman Allah:

قد افلح المؤمنون (1) الذين هم في صلاتهم خاشعون
(2) والذين هم عن اللغو معرضون (3) والذين هم
للزكاة فاعلون (4)  والذين هم لفروجهم حافظون (5)
إلا على ازواجهم او ما ملكت ايمانهم فانهم غير ملومين
(6) فمن ابتغى وراء ذلك فأولئك هم العادون (7)
       Maksudnya: 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (1) orang-orang yang ketika dalam sembahyang, mereka khusuk (2) Dan orang-orang yang dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, (mereka) berpaling (menjauhkan diri) (3) Dan orang-orang yang menunaikan zakat itu) (4) Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya; (5) Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela (dalam menggaulinya) (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas." (7).
                      [Surah Al-Mukminun : 1]

Maka sabitlah daripada ayat-ayat ini bahawa (mut’ah) tidak dihalalkan bagi lelaki kecuali isterinya atau hamba sahayanya dan jika ia mahu mengambil jalan selain jalan ini maka sesungguhnya dia itu adalah salah seorang yang melampau.

Adalah diketahui umum bahawa lelaki yang menguasai seorang wanita melalui mut’ah maka wanita itu bukanlah seorang wanita yang dinikahi. Kerana dalam mut’ah tidak disyaratkan saksi, tidak ada baginya nafakah, tidak ada baginya harta pusaka, tidak ada baginya talak (cerai). Begitu juga, tidak ada sekatan, iaitu empat orang sahaja, tidak boleh dijual, dihibah atau dimerdekakan sepertimana halnya pada yang dimiliki. Maka bagaimanakah mut’ah itu menjadi halal?

Firman Allah :
"..... فإن خفتم ألا تعدلوا فواحدة او ماملكت ايمانكم ...."
         Maksudnya : 
“…… maka jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki …”.
                  [Surah An-Nisaa : 3]
Maka sesiapa yang takut untuk berlaku adil, maka hendaklah dia memadai dengan seorang atau dengan hamba-hamba perempuan yang dimiliki. Di manakah mut’ah

Begitu juga Firman-Nya:
"ومن لم يستطع منكم طولا ان ينكح المحصنــت المؤمنات فمن ما ملكت ايمانكم ....".
            Maksudnya: 
i.“Dan sesiapa (di antara kamu) yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki … ...”.  
                   [Surah An-Nisaa: 25].
" .... ذلك لمن خشي العنت منكم وأن تصبروا خير لكم والله غفور رحيم"

            Maksudnya :
ii.“……. itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan (hendaklah kalian) bersabar (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan), itu adalah lebih baik bagi kamu kalian. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. 
[Surah An-Nisaa :25]

Maknanya: Sekiranya mut’ah itu halal nescaya disebutkan, lebih-lebih lagi apabila disebutkan: "من خشي العنت" 

yang bererti: 
“orang-orang bimbang melakukan zina” dan tidak disebutkan mut’ah maka ini menunjukkan bahawa mut’ah itu adalah haram.

" وليستعفف الذين لا يجدون نكاحا حتى يغنيهم الله من فضله ....".

                    Maksudnya:
Dan hendaklah menjaga kehormatan diri, orang-orang yang tidak (mampu) mendapati untuk menikah sehingga Allah mencukupi mereka dari limpah kurnia-Nya … …”.
           [Surah An-Nur: 33].
Dan Allah tidak perintahkan orang yang tidak mampu nikah supaya dia bermut’ah dengan wanita untuk berseronok-seronok dengannya sehinggalah Allah mencukupkan dia daripada kurniaan-Nya bukan berzina.  Ayat ini menunjukkan tidak ada langsung mengenai mut’ah dan ini adalah suatu yang cukup terang tentang haramnya mut’ah.
Golongan Ar-Rawafidh (Sy'iah), mereka ini mengambil dalil dari beberapa Hadis yang ada disebutkan dalam kitab mereka yang kononnya sahih. Kesemua imam, salaf dan khalaf di kalangan ahli As-Sunnah adalah sekata dalam perkara ini maka tidaklah ada apa-apa dalil bagi mereka itu (Sy'iah) padanya.
Dan hujah pengharaman mut’ah juga ialah sabdanya s.a.w:
  "اني كنت اذنت لكم في الاستمتاع من النساء وان الله قد حرم ذلك الى يوم القيامة فمن كان عنده منهن شئ فليخل سبيله، ولا تأخذوا مما أتيتموهن شيئا".
              Maksudnya :
“Bahawasanya aku telah mengizinkan bagi kamu kalian untuk beristimtak’ dengan wanita-wanita dan bahawasanya Allah telah pun mengharamkan yang demikian itu hinggalah hari kiamat. Maka sesiapa yang ada mempuyai sesuatu pada diri mereka maka hendaklah ia membiarkannya pergi, dan janganlah kalian mengambil dari apa yang kamu kalian telah berikan kepada mereka apa-apa suatupun.”
(صحيح مسلم جـ 1 ص 451 طبعة الهند)

Demikian juga dengan apa yang dikeluarkan oleh Muslim: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang dari mut’ah dan katanya:
ألا  إنها حرام من يومكم هذا الى يوم القيامة ومن كان اعطى شيئا فلا يأخذه.
Maksudnya         
"Sesungguhnya ia adalah haram dari hari kamu ini sehinggalah ke hari kiamat; dan siapa yang telah memberi sesuatu maka janganlah ia mengambilnya (semula)."
 (مسلم جـ 1 ص 452 الطبعة الهندية)

At-Tarmizi telah memetik daripada Ibnu Abbas r.a, katanya yang bererti:
 "Mut’ah itu adalah di awal Islam, di mana seorang lelaki yang datang ke sebuah negeri, dia tidak ada baginya kenalan, lalu dia pun mengahwini seorang wanita dengan kadar selama mana dia mahu tinggal di negeri itu. Tujuannya ialah supaya barangannya dapat dijaga oleh wanita berkenaan dan supayanya terjagalah pula kehendaknya sehinggalah turunnya ayat ini:

".... إلا على ازواجهم او ما ملكت ايمانهم ... "


         Maksudnya: 
“… Kecuali kepada isteri-isterinya atau hamba-hamba sahayanya …”. 
                  [Surah Al-Mukminun : 6]

 (الترمذي ص 133 طبعة باكستان)


Kata Al-Haazimi الحازمي: Bahawa Nabi s.a.w tidak pernah membenarkan mereka sama-sekali (untuk melakukan mut’ah) semasa mereka berada di rumah-rumah dan di negara sendiri. Apa yang dibenarkan bagi mereka ialah di masa-masa, mengikut keadaan darurat sehinggalah diharamkan keatas mereka hingga ke hari kiamat.
Di dalam kitab-kitab syiah juga, diriwayatkan dari Ali a.s, katanya: Rasulullah saw telah mengharamkan pada hari Khaibar daging keldai dan nikah mut’ah.

(التهذيب جـ 2 ص 186 الاستبصار جـ 3 ص 142)

Selepas apa yang kami telah dapat dari dalil-dalil yang sebenar dan qat’ii tentang pengharaman "Nikah Mut’ah" maka hendaklah kita lihat dari segi pandangan akli yang mudah, tanpa (dipengaruhi oleh) hawa nafsu dan tanpa ada sebarang salah anggap dimana seorang lelaki itu hanya dibenarka berkahwin empat orang sahaja, sementara golongan Rawafidh (الروافض) dan Syi'ah, mereka itu dibenarkan bermut’ah walau seribu wanita, seperti mana yang diterangkan sebelum ini. Inilah yang membawa kepada ramainya bilangan anak-anak mereka, lalu berlakulah kepincangan dalam sistem pernikahan dan harta pusaka, kerana kesahihan sesuatu pernikahan itu hanya diketahui melalui kesahihan nasab keturunan, tetapi disebabkan ramainya (anak-anak mut’ah)  maka ini sudah  tentu tidak mungkin dapat dibolehkan dalam keadaan yang  sedemikian itu. 
Sebagai contoh, katakan: Seorang lelaki telah pergi mengembara atau  melancong ke satu tempat yang jauh  dan melakukan mut’ah dengan seorang wanita di setiap bandar sehinggalah hasil daripada perkahwinan itu dia mendapat berapa orang  anak-anak lelaki dan perempuan. Andai kata dia ditakdirkan datang semula, lalu dia pun atau salah seorang saudara-saudarnya atau anak-anak perempuannya singgah di bandar-bandar tersebut; maka dia pun beraqad-nikah dengan beberapa wanita. Maka apakah yang boleh menghalangnya dari terjebak dengan mana-mana anak perempuannya sendiri? Ketika itu, dia telah berakad-nikah dengan sebahagian anak-anak perempuannya atau dengan anak-anak perempuan saudaranya atau saudara perempuannya sendiri.

Apa yang lebih meghairankan lagi, selepas segalanya ini, ialah mut’ah yang Syi'ah berpegang dengannya itu pula dikira sebagai dalil bagi mereka bahawa mut’ah itu telah berlaku pada permulaan zaman Nabi s.a.w dan perkara itu disabitkan oleh mereka dengan adanya saksi-saksi yang mereka mengatahuinya melalui kitab-kitab mereka.
Maka mut’ah yang diadakan oleh Syi'ah secara terbuka akhir-akhir ini, mereka tidak mensyaratkan sebarang saksi. Maka bagaimanakah dapat disahkan dalil-dalil mereka tentang kesahihan mut’ah ini dengan apa yang mereka sabitkan iaitu pada permulaan zaman Nabi s.a.w.?

Kepada kamu kalian, inilah riwayat-riwayat rekaan mereka:
Imam Jaafar As-Sadiq ditanya: Orang-Orang Islam di era zaman Nabi s.a.w berkahwin tanpa ada bayinah (keterangan), katanya: Tidak.
(التهذيب جـ 2 ص 189).

Riwayat ini telah disebutkan oleh mereka dalam Bab Mut’ah:


 “Mereka Berkahwin”.

Yang dimaksudkan ialah mut’ah. Pengarang menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan itu bukanlah Nikah Yang Kekal, tetapi mut’ah atau dalam istilah biasa orang Melayu "Kahwin Kontrak".

Image result for kawin mutah syiah


PERKARA  KE TIGA BELAS 

AKIDAH MEMINJAM FARAJ YANG DIHARUSKAN :

Abu Jaafar Muhammad Bin Al-Hasan Attusi telah memetik dalam kitab Al-Istibsar الاستبصار dari Muhammad Bin Muslim dari Abu Jaafar a.s, katanya: 
"Aku telah katakan kepadanya: Seorang lelaki boleh menghalalkan bagi saudaranya, faraj jariyahnya? Katanya: Ya, tidak mengapa dengannya itu, baginya halal apa yang dia itu halalkan untuknya daripadanya (jariyahnya itu).
(الاستبصار جـ 3 ص 136 ابي جعفر محمد بن الحسن الطوسي )

Ungkapan kata yang dipetik oleh Attusi dalam kitab Al-Istibsar الاستبصار daripada Muhammad Bin Madharib محمد بن مضارب katanya yang diertikan: 
"Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Wahai Muhammad, engkau ambillah jariyah ini untuk berkhidmat dengan engkau dan engkau akan dapat habuan daripadanya maka jika dia keluar maka engkau pulangkanlah dia kepada kami."
(الاستبصار جـ 3 ص 136 وفروع الكافي جـ 2 ص 200 لمحمد بن يعقوب الكليني)


PERKARA  KE EMPAT BELAS 

AKIDAH MELIWAT WANITA YANG DIHARUSKAN 

Abu Jaafar Muhammad Bin Al-Hasan Attusi telah menyebut dalam kitab Al-Istibsar: Daripada Abdullah bin Abu Yaafur عبدالله بن ابي يعفور katanya: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s, mengenai lelaki yang mendatangi perempuan dari duburnya, katanya:
" Tidak mengapa jika dia merelakan."
Dipetik juga dari kitab Al-Istibsar: Dari Musa Bin Abdul Malik mengenai seorang lelaki, katanya:
Aku bertanya kepada Abul Hasan Ar-Ridha a.s mengenai lelaki yang mendatangi perempuan dari belakang, pada duburnya maka katanya: Itu telah dihalalkan oleh ayat daripada Al-Quran iaitu kata Nabi Lut a.s: "... هؤلاء بناتي هن اطهر لكم ..." (ertinya: “.… wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu …”).
[Surah Lut:  78]

Sesungguhnya dia telah tahu bahawa mereka itu tidak mahukan faraj.
(الاستبصار جـ 3 ص 243)

Dalam Istibsar juga: Daripada Yunus Bin A’mmar يونس بن عمار katanya: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s atau kepada Abul-Hasan a.s: Bahawa aku mungkin telah mendatangi seorang jariyah dari belakangnya iaitu dari duburnya dan dia terkoyak maka aku berjanji ke atas diriku ini, andainya aku kembali kepada mana-mana wanita sebegitu caranya maka keatasku sedekah sebayak satu darham dan ini telah memberatkan daku, katanya: Tidak ada keatas diri engkau itu apa-apa. Yang demikian itu adalah hak engkau.

Di dalam Kitab Istibsar juga ada menyebut yang bererti: 
Dari Hammad Bin Uthman, katanya: 
"Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s atau engkau beritahu saya, siapakah yang bertanya kepadanya tentang seorang lelaki yang mendatangkan seorang perempuan pada kedudukan itu, sedangkan di dalam rumah itu terdapat jamaah di dalamnya. Maka dia berkata kepadaku dengan meninggikan suaranya: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang membebankan orang yang di bawah pemilikannya dengan apa yang dia tidak mampu menanggungnya maka hendaklah dia menjualnya, kemudian dia melihat pada muka-muka Ahlil Bait, kemudiannya dia mendengar kepada aku, lalu dia berkata: Tidak mengapa dengannya."
(الاستبصار جـ 3 ص 243)

Orang empunya Kitab Istibsar صاحب الاستبصار dalam ulasannya tentang dua perkhabaran, terdapat di dalam keduanya larangan meliwati wanita maka katanya: Ada dua wajah (pandangan) dalam kedua-dua perkhabaran ini, salah satunya bersabit dengan kebencian kerana apa yang lebih afdal ialah mengelakkan diri dari yang demikian itu, walaupun perkara itu bukanlah sesuatu yang dilarang. Ada kemungkinan juga bahawa kedua-dua perkhabaran itu dibuat atas dasar taqiyah, kerana terdapat salah seorang di kalangan orang awam yang tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku.

(الاستبصار جـ 3 ص 244)

Walau apapun maka perkara ini adalah nyata salah dan batilnya serta menyalahi dengan apa yang telah didatangkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bahkan kesemua ini adalah semata-mata menurut hawa nafsu.

Pengharaman meliwati wanita yang disabitkan dalam Al-Quran dan Sunnah:

Firman Allah Azza Wajalla:

" نساؤكم حرث لكم فأتوا حرثكم انى شئتم"
        Maksudnya: 
i.“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai …”.Bahawa Allah telah mengizinkan untuk ditadangi di tempat al-harthu (الحرث) iaitu alfarju dan tidak diizinkan di tempat al-farthu الفرث) iaitu dubur.
[Surah Al-Baqarah : 223 ] 
" يسألونك عن المحيض قل هو اذى فاعتزلوا النساء في  
المحيض ولا تقربوهن حتى يطهرن ..." .
             Maksudnya:
ii.“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum haid). Katakanlah: Darah haid itu adalah AZA (اذى maka jauhilah wanita-wanita (isteri-isteri) di dalam masa haid dan janganlah kamu hampiri mereka sebelum mereka suci.
[Surah Al-Baqarah: 222]

Dalam ayat ini, Allah telah melarang dari mendatangi wanita pada alfarju ketika dalam haid, sekalipun ia tidak lama, kecuali dalam beberapa hari sahaja. Apatah lagi dubur, tempat buangan najas yang berterusan. Ayat ini juga menerangkan tentang apa yang dilarang, hanyalah alfarju sahaja dan bukannya dubur, kerana haid itu bersangkut paut dengan farju. Adapun dubur maka keadaannya adalah seperti sebelum haid. Andainya diharuskan untuk didatangi sebelum haid makanya tidakalah ia menjadi larangan sekarang juga.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda yang mafhumnya: 
“Barangsiapa mendapatkan seorang tukang sihir, lalu dia mempercayainya dengan apa yang dia kata atau dia telah mendatangi isterinya ketika dalam haidh ataupun ia mendatangi isterinya itu dari duburnya maka sesungguhnya dia itu telah berlepas diri dari apa yang diturunkan ke atas Muhammad s.a.w. 
(ابو داود وكتاب الكهانة والتطهير ص 545)

 Nabi s.a.w bersabda: 

            "ملعون من أتى امرأة في دبرها"

             Maksudnya: 
"Adalah dilaknati sesiapa yang mendatangi seseorang wanita dari duburnya.”

PERKARA  KE LIMA BELAS 

AKIKDAH AR-RAJ'AH  الرجعة
Syaikh Abbas Al-Qummi dalam kitab Muntahal Amaal منتهى الامال dalam Bahasa Farsi, ertinya: As-Sadiq a.s berkata:
 “Bukanlah dia itu daripada kami, sesiapa yang tidak beriman dengan raj’ah kami (iaitu kembalian semula kami) dan tidak mengakui halalnya mut’ah”.
(منتهى الامال جـ 2 ص 341 للشيخ عباس القمي)

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyatakan dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arab, maknanya:
Ibnu Babawaih meriwayatkan dalam kitab e’lal asy-syara’ik’ علل الشرائع mengenai Imam Muhammad Al-Baqir a.s bahawa dia telah berkata: Apabila munculnya Al-Mahdi maka dia akan menghidupkan Aisyah dan dia akan jalankan keatasnya hukuman hudud.
(حق اليقين ص 347 لمحمد الباقر المجلسي)

Maqbul Ahmad Asy-Syii مقبول احمد الشيعي telah memetik terjemahannya bagi Al-Quran dalam Bahasa Urdu yang diterjemahkan ke Bahasa Arab: Diriwayatkan daripada Imam Muhammad Al-Baqir a.s dalam tafsir Al-Qummi dan tafsir Al-Eiasyi العياشي bahawa apa yang dikehendaki maknanya dalam ayat ini iaitu perkataan: al-akhirah: الاخرة ialah Ar-Raj’ah.
Ar-Raj’ah ialah bahawa Rasulullah saw dan imam-imam a.s, terutama sekali di kalangan orang-orang mukmin dan kafir akan kembali ke dunia sebelum berlakunya assa’ah الساعة iaitu hari kiamat untuk meninggikan kebaikan dan keimanan, seterusnya menghapuskan kekufuran dan kemaksiatan.
(ترجمة مقبول احمد ص 535)

Al-Mulla Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebutkan dalam kitab HAQQUL-YAQIN حق اليقين secara terperinci dalam Bahasa Farsi,  yang bererti:Apabila munculnya Al-Mahdi a.s (sebelum kiamat) maka akan terbelahlah dinding kubur Rasulullah dan terkeluarlah Abu Bakar dan Umar dari kubur masing-masing, lalu dia menghidupkan mereka berdua, kemudiannya disalibkan kedua-duanya, wal-iyazubillah  والعياذ بالله .
Kemudian disebutkan juga dari Al-Mahdi dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arabnya iaitu: 
"Kemudian dia perintahkan manusia berkumpul. Maka segala kezaliman dan kekufuran yang lahir dari permulaan alam sehinggalah ke akhirnya, kesemuanya itu akan ditulis ke atas mereka berdua iaitu Abu Bakar dan Umar. Dan apa jua darah keluarga Muhammad yang tumpah pada sebarang masa, malahan setiap titik darah yang tumpah tanpa hak dan setiap persetubuhan haram yang telah berlaku dan setiap harta riba atau harta haram yang telah dimakan dan setiap dosa dan kezaliman yang telah berlaku, sehinggalah ke saat munculnya Al-Mahdi maka segalanya itu akan dikira dalam perbuatan-perbuatan mereka berdua (Abu Bakar dan Umar)."

(حق اليقين ص 360 الملا محمد الباقر المجلسي)

Al-A’llamah Muhammad Baqir Al-Majlisi juga ada memetik selepasnya juga: An-Nakmani meriwayatkan dari Imam Muhammad Al-Baqir a.s bahawasanya dia berkata: 
"Ketika munculnya Imam Mahdi maka orang yang pertama yang menyatakan taat setia ialah Muhammad a.s, kemudiannya Ali a.s yang dibantu para malaikat."
Syaikh Attusi dan An-Nakmani meriwayatkan dari Imam Ridha a.s bahawa dari tanda-tanda munculnya Al-Mahdi, dia akan keluar telanjang bulat di hadapan matahari dan melaungkan: 
"Inilah dia Amirul Mukminin telah kembali untuk membinasakan orang-orang yang zalim."
(حق اليقين ص 347 )

Inilah sebahagian daripada pembohongan-pembohongan Syi'ah yang paling besar… menyalahi barang apa yang telah dibawa oleh agama Islam. Kesemua agama langit adalah sekata bahawa di dunia ini manusia bekerja, kemudiannya dia akan mati; seterusnya dikumpulkan di padang mahsyar di hari kiamat. Di sanalah Allah akan menghitungnya dari segala amalannya. Tetapi apa yang dimahukan oleh orang-orang syiah ialah cerita pembohongan yang sengaja diada-adakan untuk mereka melantik Al-Mahdi di makam (tempat) Penghitung bagi sekalian manusia.
Segala riwayat ini, yang penuh dengan segala pembohongan, merupakan penghinaan yang besar terhadap Rasulullah s.a.w dan Sayidina Ali bin Talib r.a. dengan menggunakan mereka sebagai sandaran ketika melafazkan ikrar taat setia kepada Al-Mahdi untuk dijadikan pula sebagai anak mereka berdua yang akan muncul bertelanjang bulat, tanpa sebarang pakaian.

Mengenai Abu Bakar dan Umar r.anhuma dan apa yang telah ditunjukkan kepada mereka berdua dari kebencian dan permusuhan tidaklah perlu diulas, kerana ia adalah bercanggah dengan petikan (apa yang dipetik) dan akal. Bagaimanakah boleh diterima akal tentang orang yang dipertanggungkan untuk memikul segala dosa oran-orang sebelumnya.

Sesungguhnya mata-mata mereka itu tidak buta tetapi hati-hati mereka yang di dada itulah yang buta. 
 "... فإنها لا تعمى الابصار ولكن تعمى القلوب التي في الصدور".  
             Maksudnya :
“… bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”. 
               [Surah Al-Hijr: 46].

                       PERKARA  KE ENAM BELAS 

AKIDAH TANAH LIAT  الطينة :

Muhammad Bin Yakub Al-Kulaini telah menyebut di dalam Kitab Usul Alkafi (Bab tanah liat orang mukmin dan orang kafir) dan dia telah membawa di dalamnya beberapa riwayat.
Kami sebutkan sebahagiannya: Daripada Abdullah Bin Kisan, daripada Abu Abdullah a.s katanya: Aku telah katakan kepadanya: Aku jadikan diriku ini tebusan engkau: Aku ini Abdullah Bin Kisan, anak angkat engkau. katanya: Adapun nasab maka aku mengenalinya, tetapi aku tidak mengenali engkau, katanya: Aku telah katakan kepadanya: Bahawa aku telah diperanakkan di bukit dan aku telah dibesarkan di bumi Farsi; aku bercampur dengan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan dan lain-lainnya; maka aku bercampur gaul dengan lelaki, lalu aku lihat akhlaknya yang baik, perangainya yang elok dan beramanah; kemudiannya aku cari dan cari  mengenai permusuhan engkau, aku campuri lelaki maka aku lihat padanya buruk kelakuan, kurang beramanah dan tidak berakhlak; kemudian aku cari dan cari tentang pemerintahan engkau maka bagaimana ia boleh terjadi sedemikian itu?

Katanya: Maka dia berkata kepadaku: Apakah engkau tidak tahu wahai anak Kisan bahawa Allah Azza Wajalla telah mengambil tanah (طينة) dari syurga dan tanah dari neraka maka dicampurkan kesemuanya, kemudiannya dia mengeluarkan yang ini daripada yang ini dan yang ini daripada yang ini maka tidaklah aku lihat dari orang-orang itu yang ada amanah, elok akhlaknya. Maka dari apa yang ada kena mengena dengan tanah liat syurga, mereka sedang kembali kepada apa yang mereka itu dijadikan daripadanya. Dan aku tidak lihat daripada orang-orang itu, kurang amanahnya, buruk perangainya dan tidak berakhlak. Maka dari apa yang ada kena mengena dengan tanah liat daripada api, mereka kembali kepada apa yang mereka itu dijadikan daripadanya.


PERKARA  KE TUJUH BELAS 

Akidah Ihtisab Pada Ratapan, Mencarikkan Poket Dan Memukul Pipi  Ke atas Kematian Syahid Al-Husain R.A.          
Para penganut penganut fahaman Syiah mengadakan ihtifal (perayaan) dan majlis-majlis untuk memekik dan meraung dalam upacara meratap. Mereka mengadakan perarakan-perarakan secara besar-besaran di tengah-tengah jalan raya dan di medan perhimpunan bagi memperingati syahadah (mati syahid) Al-Husain r.a. pada 10 awal Bulan Muharram pada tiap tahun.
Dengan kepercayaan bahawa ia adalah untuk mendekatkan diri dengan Tuhan (قربات). Dalam upacara ritual ini mereka memukul pipi-pipi mereka dengan tangan-tangan, dada-dada mereka dan belakang-belakang mereka. Mereka mencarik-carikkan poket-poket pakaian, meratap, menangis, terpekek-pekek, menjerit-jerit dengan laungan-laungan:
Ya Husain ... Ya Husain …,, 
Kebiasannnya tradisi ihtifal ini diadakan  pada hari yang ke sepuluh dari tiap-tiap bulan Muharam. Maka berlakulah hiruk-pikuk, penuh dengan kata-kata kecelakaan, hingga sampai kemucaknya; mereka keluar pada hari itu dalam keadaan saling terikat dan berbaris. Mereka membawa keranda menggambarkan keranda jenazah Al-Husain yang dibuat dari kayu dan sebagainya. Mereka memandu kuda yang berhias dengan berbagai hiasan bagi menggambarkan dengannya itu keadaan Al-Husain di KARBALA dengan kuda dan kumpulan-kumpulannya. Mereka mengupah pekerja-pekerja dengan bayaran-bayaran yang tinggi supaya mereka itu mengambil bahagian dalam kebisingan itu dan dalam keadaan huru-hara. Mereka memaki-hamun para sahabat Rasulullah s.a.w dan berlepas diri daripada mereka.
Sesungguhnya, kerja-kerja seperti ini membawa kepada perbuatan-perbuatan jahiliah terdahulu yang boleh mengundang pergaduhan dengan orang-orang ahli as-sunnah, terutama sekali ketika mereka itu mencaci para sahabat Rasulullah s.a.w, menikam serta melepaskan diri daripada khulafak Abu Bakar, Umar dan Uthman dan inilah yang menyebabkan pertumpahan darah mereka yang tak bersalah.
Para penganut ajaran Syi'ah mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam upacara meratap ke atas kematian Al-Husain dengan tanggapan, persepsi dan  mengiktikadkan itu adalah asas agama mereka dan syi’ar (slogan) yang paling besar. Mereka mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi untuk menangis dalam upacara meratap.
Maka apabila mereka menjadi dewasa, mereka sudah pun biasa dan terdidik menangis bila sahaja mereka mahukan. Tangisan mereka itu adalah perkara pilihan dan kesedihan mereka adalah kesedihan yang dibuat-buat dan direka-reka, sedangkan dalam pengajaran syari’at agama Islam yang suci telah menekankan tentang larangan meratap, mencarikkan poket-poket dan memukul pipi-pipi mereka. 

Antara Hadis sebagai dalil ditegah dan diharamkan meratapi orang yang meninggal dunia ialah:
رَوَي مُسْلِمٌ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ 
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اثْنَتَانِ 
فِى النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ: الطَّعْنُ فِى 
النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
                            Maksudnya : 
i."Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasalam bersabda: 'Dua hal yang ada pada manusia dan keduanya menyebabkan mereka kafir: mengingkari keturunan dan meratapi kematian'.” (HR. Muslim)
رَوَي مُسْلِمٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ 
اللَّهِ صَلَّى اللهُ 
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ 
أَوْ شَقَّ 
الْجُيُوبَ أَوْ دَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ
                         Maksudnya : 
ii."Muslim meriwayatkan dari Abdullah radhiallahu anhu ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasalam bersabda: 'Bukanlah dari golongan kami orang yang menampari pipi (ketika ditimpa kematian), merobek pakaian dan yang mengeluh serta meratapi seperti kebiasaan jahiliah.” (HR. Muslim)
Related image



Demikianlah catatan gambaran ringkas pegangan akidah penganut ajaran  aliran Syiah Jaafariyah Ar-Rawafid yang dua belas. Contoh-contoh yang dipaparkan pada setiap bab adalah dipetik daripada sumber-sumber rujukan kitab mereka. Sesiapa yang berhajat untuk mengetahui lebih mendalam atau membuat penyelidikan lebih komprehensif terhadapnya adalah amat dialu-alukan untuk meneliti kandungan asalnya yang terdapat di dalam sumber-sumber Syi'ah. Jangan terperanjat jika terdapat pengajaran dan kata-kata yang jauh lebih dahsyat bunyinya berbanding dengan apa yang dipaparkan di dalam entri ini.

Marilah kita bermohon kepada Allah Yang Maha Besar,Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui supaya kita, keluraga dan seluruh insan Muslimin dan Muslimat sentiasa berada di bawah Rahmat dan Pertolongan-Nya dan dengan Ihsan-Nya terpelihara daripada jangkitan wabak 'virus' ajaran Syi'ah yang penuh dengan kesesatan dan kedustaan. 

Sesungguhya pegangan akidah sesat seperti Syi'ah dan fahaman orang munafik membatal serta menghapuskan segala amal kebajikan seseorang yang beriman dengan keimanan yang hak dan menjadikan seseorang mukmin itu tercabut keimanannya dan terkeluar dari Islam. Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan yang lurus dan beristiqamah berdiri di atas landasan kukuh akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah yang sebenar hingga ke akhir kalam dengan beroleh kemenagan di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan kita dapat mendidik dan sentiasa memperingatkan anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan sesiapa juga yang berfikiran terbuka betapa pentingnya pegangan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah menjadi teras akidah keimanan mereka dan batapa buruknya fahaman ajaran-ajaran sesat seperti Syi'ah terhadap kehidupan mereka di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi. Amin..  


وصلى الله على سيدنا محمد وآله وأصحابه وأزواجه وأتباعه أجمعين . وبارك وسلم تسليما.
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين ..

******************************************
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
                     Maksudnya : 
"Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat pedih." 
           [Al-Quran سورة البقرة  surah al-Baqarah : 7 ] 
*************************************
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya :
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik." 
             [Al-Quran سورة آل عمران surah al-'Imran : 101 ]

INILAH PEGANGAN AKIDAH PENGANUT SYI'AH

  [Sambungan daripada : كتاب مخ الدعاء في الايمان                              بسم الله الرحمن الرحيم ...