Sabtu, 27 Ogos 2011

"MASA" dan "TEMPAT" ( الزمن والمكان) Makhluk Allah



                      Image result for menara jam di mekah                         
 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

 أَمَّا بَعْـدُ
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3   
             Maksudnya :
"Demi MASA. (1)
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, (2)
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya mencapai kesabaran."(3)
                                  [Al-Quran surah سورة العصر‎‎  Al-'Ashr]

                                          ***********************************  
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَلِكَ إِلا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُ                   
                              Maksudnya :
"Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan  bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu  mengetahui bilangan tahun dan  perhitungan (waktu)Allah tidak mengadakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya kepada orang-orang  yang mengtahui."   
                             [Al-Quran surah  سورة يونس Yunus : 5

                                           ****************************************   
قَالَ كَمْ لَبِثْتُمْ فِي الأرْضِ عَدَدَ سِنِينَ (112) قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ فَاسْأَلِ الْعَادِّينَ (113) قَالَ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلا قَلِيلا لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (114 
                           Maksudnya:
"Allah bertanya : 'Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?' (112)
Mereka menjawab: 'Kami tinggal SEHARI atau SETENGAH HARI, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung'. (113)
Allah berfirman: 'Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan SEBENTAR sahaja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui'.”   (114) 
[Al-Quran surah سورة المؤمنون Al-Mu’minuun:  112-114]
                                   ************************************* 

                             Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" تفكروا في خلق الله ولا تفكروا في ذات الله "
                           Maksudnya :
"Berfikirlah kamu sekalian pada makhluk Allah dan jangan sesekali kamu sekalian berfikir pada (hakikat) Zat Allah."   
                          ******************************************   

                                                                
Pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jemaah menegaskan bahawa sebelum diadakan MASA [TIME/ERA/PERIOD/AGEdan TEMPAT  [SPACE/PLACE]  hanya Allah sahaja yang ada.  MASA dan TEMPAT dijadikan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali.  Rujukan terhadap Asma' Ul Husna dapat menjelaskan lagi maksud ini :
AL-QUDDUS القدوس: 
المُقَدَّسُ المُطَهَّرُ مِنْ جَمِيْعِ النَّقَائِصِ وَسُمَاتِ الحُدُوْثِ وَمِنْهَا الزَّمَانُ وَالْـمَكَانُ فَلَا يُقَارِنُهُ زَمَانٌ وَلَا يَحْوِيْهِ مَكَانٌ اِذْ هُوَ الخَالِقُ لَـهُمَا فَكَيْفَ يَحْـــتَاجُ اِلَيْهِمَا.
                         Maksudnya :
"Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan daripada segala barang yang baharu, antaranya masa dan tempat, maka tiada menyertai-Nya (tiada mengenai-Nya) masa dan tempat kerana Dia-lah yang mengadakan kedua-duanya itu, maka bagaimanakah Ia berhajat kepada kedua-duanya itu."
Apakah yang dimaksudkan dengan MASA dan TEMPAT (الزمان والمكان)? 
   
MASA (الزمان) boleh diertikan sebagai tempoh waktu bagi menetapkan atau mengukur sesuatu tempoh usia, kepantasan dan kelambatan perjalanan atau pergerakan sesuatu benda. 

Berbagai kaedah digunakan untuk mengukur MASA seperti sa'at, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun iaitu berdasarkan kepada sama ada perjalanan atau peredaran matahari atau bulan. Kepantasan perjalanan atau pergerakan sesuatu benda itu biasanya diukur mengikut, meter, batu atau kilometer dan yang seumpama dengannnya dalam tempoh MASA satu jam, minit atau saat. Kadangkala tempoh MASA yang diambil untuk mengukur jarak ke sesuatu destinasi yang teramat jauh menggunakan tempoh masa yang diambil mengikut kepantasan seperti sekerlipan mata, segerak lintasan di hati manusia, perjalanan kaki manusia atau kuda berlari, peredaran matahari dan bulan dan sebagainya.

Sekiranya kelajuan sesuatu benda/objek itu terlalu pantas yang tidak dapat diukur dengan tempoh waktu tertentu dengan menggunakan alat ia disebut sebagai kelajuan suara, cahaya atau kilatan.  Umpamanya MASA yang diambil untuk sampai ke sesuatu tempat yang sangat jauh seperti ke sebuah bintang di cakerawala mengambil MASA sepuluh ribu tahun perjalanan cahaya bagi menunjukkan atau memberikan ukuran bahawa tempat itu terlalu jauh jaraknya dari bumi.
Kadangkala MASA tidak tertakluk kepada hukum tabi'ie. Umpamanya jangka hayat seseorang manusia itu pada lazimnya hanya 80 tahun atau mengikut jangka hayat biasa yang telah ditakdirkan Allah. Namun demikian ada juga manusia yang tidak tertakluk kepada kebiasaan jangka hayat ini dan usianya dilanjutkan begitu panjang seperti Nabi Allah Isa a.s. yang sehingga kini belum diwafatkan lagi dan berada di langit yang kedua seperti yang ditemui Rasulullah s.a.w. pada malam peristiwa Isra' dan Mikraj. 

Begitu juga mengikut hukum tabi'ie tempoh MASA yang diambil ke satu lokasi yang sangat jauh itu mengambil masa yang sangat lama untuk tiba jika diukur mengikut kadar kelajuan biasa perjalanan kaki manusia; seperti mungkin berminggu-minggu, berbulan-bulan,  bertahun-tahun, puluhan, ratusan, ribuan atau jutaan tahun lamanya. Namun dalam peristiwa malam Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. telah dibawa daripada Masjidil Haram, Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqadis dan naik mikraj ke langit ke tujuh di Sidratil-Muntaha yang sangat jauh daripada bumi dan pulang semula ke Makkah dalam tempoh masa satu malam sahaja dengan menaiki kenderaan binatang yang didatangkan khas dari syurga yang dikenali sebagai Al-Buraq.

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menjelaskan bahawa ahli syurga akan menikmati kehidupan di dalam syurga berkekalan selama-lamanya tanpa had masa. Demikian juga orang-orang kafir dan munafik akan menerima azab seksa di dalam neraka berkekalan selama-lamanya tanpa had masa. Di samping itu terdapat juga Hadis Rasulullah s.a.w. membuat perbandingan masa di syurga dan neraka dengan jumlah pasir di bumi:
                  Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"لو قيل لأهل النارأنكم ماكثون في النار عدد كل حصاة في الدنيا لفرحوا ولو قيل لأهل الجنة أنكم ماكثون عدد كل حصاة لحزنوا ولكن جعل لهم الأبد".( رواه الطبراني عن ابن مسعود.  
                 Maksudnya::
“Andainya dikatakan kepada ahli neraka bahawa engkau kalian akan tinggal di dalam api neraksebilangan pasir di dunia nescaya bersukacitalah mereka (kerana ada had tempoh masa tamatnya). Dan jika dikatakan kepada ahli syurga bahawa engkau kalian akan tinggal di dalam syurga sebilangan pasir di dunia nescaya berdukacitalah mereka (kerana segala nikmat kesenangannya ada had tempoh masa tamatnya), akan tetapinya dijadikan bagi mereka (ahli syurga dan ahli neraka) berkekalan." 
 [ Hadis diriwayatkan oleh At’-T’abrani daripada Ibni Maso’ud.]
Adalah terlalu sukar bagi manusia untuk memikirkan dengan logik akal mereka sebanyak manakah jumlah pasir yang terdapat di bumi ini sekiranya menggunakan kaedah pengiraan biasa atau menggunakan alat pengiraan terpantas  berteknologi tinggi yang tercanggih hasil ciptaan manusia. Namun ia masih lagi boleh dikira walaupun mengambil masa yang tersangat lama seperti ratusan/ribuan juta tahun atau lebih lama dari itu.. 
Firman Allah di dalam al-Quran surahسورة النمل  An-Naml: 39-40 ada menceritakan seorang ilmuan mukmin soleh golongan ahli al-Kitab boleh membawa singgahsana (al-'arasy) Ratu Balqis yang berada jauh di Saba' (kini di Yaman) kepada Nabi Sulaiman a.s. (di Baitul Maqddis) dengan sekelip mata sahaja mengatasi ketangkasan MASA yang mampu dilakukan oleh jin 'Ifrit yang mendakwa dirinya amat perkasa yang dengan mudah dapat mengatasi keupayaan manusia. :
قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (39) قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (40  
             Maksudnya:     
" Berkata 'Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin : 'Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana (al-'arasy)itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai'.(39)    
Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab : 'Aku akan membawa singgahsana (al-'arasy)itu kepadamu sebelum matamu berkedip'.# Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana (al-'arasy)itu terletak di hadapannya, ia pun berkata: 'Ini termasuk kurnia Tuhan-ku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhan ku Maha Kaya lagi Maha Mulia'."(40)
[ # Peringatan : Firman Allah dalam surah سورة النّمل An-Naml ayat 23 ada menyebut :

       إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ  

                      Maksudnya :
"Sesungguhnya aku (burung Hud-hud) menjumpai seorang wanita (Balqis) yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai 'arasy(singgahsana) yang besar."  
Kalimah " 'Arasy عَرْشٌ" dalam ayat ini adalah merujuk singgahsana tempat persemayaman Ratu Balqis dan bukannya 'Arasy iaitu suatu alam yang diadakan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. Hanya Allah sahaja yang lebih Mengetahui keluasannya tetapi jauh lebih besar dan luas daripada al-Kursi, segala lapisan langit dan bumi, syurga dan neraka. 
Kalimah "'arasy" (singgahsana/tempat yang mulia) ada disebut juga dalam Firman Allah  surah سورة يوسف Yusof ayat 100 :
           وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا 
           yang bererti : 
 " Dan ia (Nabi Yusof) menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas 'arasy. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud (kepada Yusof)..."]
Dalam  surah سورة سبأ Saba' ayat 12 Allah berfirman :
 وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ وَأَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ وَمِنَ الْجِنِّ مَنْ يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَمَنْ يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ
                          Maksudnya :
" Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya......."
Firman Allah dalam  al-Quran surah سورة ق‎‎ Qaaf ayat 38 menjelaskan bahawa langit dan bumi yang teramat luas dan tidak terhingga banyaknya segala isi kandungannya diadakan Allah dalam masa enam (6) hari sahaja dengan serba sempurna tanpa sebarang kerosakan dan cacat cela:
 وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ  
            Maksudnya :  
" Dan sesungguhnya telah Kami adakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam (6) hari, dan Kami sedikitpun tidak ditimpa keletihan."
Demikian juga dengan Firman-Nya  dalam surah  سورة النحل An-Nahl ayat 77 Allah menjelaskan tentang tempoh masa kejadian kiamat besar  :
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
                      Maksudnya :
" Dan kepunyaan Allah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Tidak adalah kejadian Kiamat itu melainkan seperti sekejap mata atau lebih cepat (lagi). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
Di dalam surah سورة فصلت Fushshilat ayat 12 pula Allah berfirman tentang tempoh masa kejadian langit : 
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
                        Maksudnya : 
"Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua (2) hari. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."                             
Penjelasan ayat-ayat tersebut mentahkikkan lagi kefahaman  bahawa Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana mengadakan sesuatu dengan Qadrat-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. 

Jika dikehendaki-Nya Allah Amat Berkuasa dan sangat mudah bagi-Nya untuk mengadakan langit dan bumi itu dalam tempoh masa yang lebih pantas daripada 6 hari atau lebih pantas daripada gerak lintasan hati kerana Qadrat Allah yang Qadim itu bermaksud tanpa mempunyai had atau tertakluk kepada batasan waktu dan masa seperti kuasa makhluk.

Evolusi kejadian manusia adalah tertakluk kepada hukum tabi'ie, di luar tabi'ie dan ketentuan MASA yang ditakdirkan Allah SWT bermula daripada kejadian Nabi Adam Alaihisalam.  Mengikut hukum tabi'ie juga tempoh hayat dan anggota manusia itu ditentukan oleh MASA. Keadaan jasmani akan mengalami perubahan mengikut faktor-faktor tertentu seperti alam, pemakanan, genatik, usia dan MASA seperti zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua sebagaimana Firman Allah di dalam  al-Quran surah سورة الحج Al-Hajj ayat 5 :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الأرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الأرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ
                        Maksudnya :
"  Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur)maka ( ketahuilah ) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu, dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan [ada pula] di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. "
Peristiwa yang berlaku kepada tujuh orang sahabat mukmin yang soleh dari golongan ahli al-Kitab seperti Firman Allah yang diceritakan di dalam al-Quran surah Al-Khafi سُوۡرَةُ الکهف ayat 9-26 adalah di luar hukum tabi'ie kebiasaan hidup manusia. Mereka ditakdirkan tidur di dalam gua tersebut selama 309 tahun tetapi apabila tersedar daripada tidur, tujuh orang sahabat mukmin tersebut merasakan mereka baru tidur semalaman, sehari atau setengah hari sahaja kerana anggota, pakaian dan habitat alam sekitar di dalam gua tersebut tidak mengalami sebarang perubahan dan berstatus sama seperti sebelum mereka tertidur.

Antara perkara-perkara yang wajar kita fikirkan daripada kisah yang berlaku di dalam gua tersebut adalah seperti yang diperjelaskan pada ayat 9-12 surah tersebut :
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا (9) إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا (10) فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا (11) ثُمَّ بَعَثْنَاهُمْ لِنَعْلَمَ أَيُّ الْحِزْبَيْنِ أَحْصَى لِمَا لَبِثُوا أَمَدًا (12
             Maksudnya :
" Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan?(9)  
(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo'a : 'Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami pertunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)'.(10) 
Maka Kami tutup telinga mereka beberpa tahun dalam gua itu, (11)
kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu)."(12)
Peristiwa ini dapat memberikan kefahaman bahawa tujuh orang sahabat mukmin soleh tersebut tidak tertakluk kepada MASA dan elemen-elemen hukum tabi'ie alam yang boleh memberi kesan terhadap tubuh badan fizikal mereka (Roh Jasmani). Ia juga memberi pengajaran dan peringatan bahawa MASA itu adalah makhluk Allah juga yang mentaati segala perintah-Nya agar tidak memberi kesan tabi'ie kepada tujuh orang sahabat mukmin tersebut atas kehendak Allah. Ia mengandungi berbagai rahsia, hikmah serta pengajaran tertentu sebagai satu peringatan penting kepada umat manusia yang berakal tentang kebesaran dan kekuasaan Allah yang tidak mempunyai had batasan dan tidak sesekali boleh dibandingkan dengan kuasa makhluk yang dikurniakan Allah bagi keperluan hidup mereka di dunia.



Allah juga menjelaskan dalam ayat 13-14 surah ini bahawasanya kisah 'ASHAABUL KAHFI' adalah untuk memperingatkan betapa mulianya pemuda-pemuda insan mukmin soleh yang mengasingkan diri mereka ( uzlah) kerana tidak sesekali meredai peri laku pemerintah dan kaumnya yang berbuat zalim mempersektukan Allah:
 نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (13) وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا (14)
            Maksudnya :

" Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; (13) 
dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata : ' Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak sesekali menyeru Tuhan selain dari Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran'. (14)

Maksud yang hampir sama  di alami juga oleh Nabi Uzair Alaihisalam tetapi dalam keadaan,  lokasi dan zaman yang berlainan sebagaimana Firman Allah dalam al-Quran surah سورة البقرة al-Baqarah ayat 259 :

أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّى يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِلنَّاسِ وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

                    Maksudnya :

" Atau apakah (kamu tidak memperhatikan ) orang melalui suatu negeri yang ( temboknya) telah roboh menutupi bumbungnya. Dia berkata : ' Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah roboh?'. Maka Allah mematikan orang itu seratus (100) tahun,kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya : 'Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?'. Ia menjawab : ' Aku telah tinggal di sini sehari atau setengah hari'. Allah berfirman : ' Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus (100) tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keledai kamu ( yang telah menjadi tulang-belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang-belulang keledai itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami menutupnya dengan daging'. Maka tatkala telah nyata kepadanya ( bagaimana Allah menghidupkan  yang telah mati) diapun berkata : ' Aku yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu'."

Dalam peristiwa yang lain dapat difahami melalui mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa Alaihisalam apabila dia dan pengikut-pengikutnya dikejar untuk dibunuh oleh Fir'aun bersama tentera-tenteranya sehingga tiba di pantai berhadapan dengan laut luas yang sudah tidak memungkinkan bagi mereka melarikan diri lagi. Namun Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. bersama pengikut-pengikutnya dengan mewahyukan kepadanya supaya memukul air laut menggunakan tongkatnya.

Apabila air laut diketuk dengan tongkatnya maka 'dengan serta merta' tanpa melalui proses hukum tabi'ie MASA laut itu terbelah dua setinggi gunung bagi membuka jalan kepada Nabi Musa Alaihisalam bersama pengikut-pengikutnya kaum Bani Israil menyeberangi laut itu menggunakan laluan dasar laut yang terbelah dua hingga selamat sampai ke seberang. Apabila selamat sampai di seberang laut Nabi Musa a.s. merasa bimbang kerana Fir'aun dan tentera-tenteranya masih mengejarnya melalui laluan dasar laut yang terbelah dua tersebut. Lalu Allah mewahyukan lagi kepadanya supaya memukul air laut yang terbelah dua itu dengan tongkatnya. Maka dengan serta merta laut yang terbelah dua itu bercantum semula menenggelam, melemas dan membinasakan Fir'aun dan tentera-tenteranya yang mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang.

Peristiwa besar di luar hukum tabi'ie yang amat luar biasa, menakjubkan, menakutkan dan menggemparkan ini diperjelaskan Allah melalui Firman-Nya di dalam surah Asy Syu'araa' الشّعراء ayat 61-68 :
فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ (61) قَالَ كَلا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ (62) فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانْفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ (63) وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الآخَرِينَ (64) وَأَنْجَيْنَا مُوسَى وَمَنْ مَعَهُ أَجْمَعِينَ (65) ثُمَّ أَغْرَقْنَا الآخَرِينَ (66) إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ (67) وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (68
                       Maksudnya :
" Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: 'Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul.'(61)
Musa menjawab : 'Tidak sesekali akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku 'bersertaku' (rahmat pertolongan), kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku.'(62)
Lalu Kami wahyukan kepada Musa: 'Pukullah lautan itu dengan tongkat mu.' Maka (dengan serta merta) terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar.(63)
Dan di sanalah Kami dekatkan golongan yang lain (Fir'aun dan tentera-tenteranya).(64)
Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang yang ada berserta bersamanya.(65)
Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain.(66)
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar merupakan suatu tanda (mukjizat) yang besar  tetapi adalah kebanyakan mereka tidak beriman.(67)
Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang."(68)
Related image

Fir'aun bersama tentera-tenteranya binasa dalam kelemasan ditelan laut kerana akal logiknya tidak memahami atau enggan menerima hakikat bahawa Qadrat Allah yang Qadim tidak tertakluk kepada hukum tabi'ie MASA dan TEMPAT dan boleh berlaku dengan pantas, lebih cepat daripada kerlipan mata dan gerak lintasan hati, tanpa misal, ibarat dan umpama. Fir'aun juga mengingkari seruan Nabi Musa a.s. supaya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan bersungguh-sungguh memerangi kebenaran untuk kekal berkuasa melakukan kezaliman.

Apabila seseorang itu berada dalam keadaan nazak menghadapi Sakratul-maut berbagai kemungkinan boleh berlaku kepadanya. Dia mungkin merasakan tempoh MASA nazak yang dialaminya pada penglihatan orang yang berada di sekelilingnya baru sahaja 30 minit atau lebih singkat lagi tetapi 'badan batin' atau Roh Hammalil Amanah orang yang berada di dalam keadaan nazak Sakaratul-maut itu merasakan tersangat lama kerana mengalami berbagai azab seksa dan penderitaan berhadapan dengan Malaikat Maut yang sangat dahsyat lagi menggerunkan rupanya, para malaikat azab di sekelilingnya dan diperlihatkan pula tempat balasannya di neraka.

Sebaliknya bagi Roh Hammalil Amanah orang mukmin soleh pula merasakan MASA yang dilaluinya ketika nazak sangat pantas [walaupun mungkin orang menyaksikannya sangat lama] kerana kegembiraannya dibukakan hijab dapat melihat Malaikat Maut yang sangat tampan rupanya, cantik pakaiannya, harum baunya dan menerima perkhabaran gembira daripada malaikat yang mencatat segala amalan soleh serta kebajikannya di sepanjang hayat, para malaikat rahmat yang menunggu untuk memuliakan rohnya dan diperlihatkan pula tempat balasannya di syurga.

Di dalam intipati maksud Hadis Rasulullah s.a.w. terkandung penjelasan bahawa apabila seseorang itu berhadapan dengan nazak Sakaratul-maut dia diperlihatkan segala kelakuannya di sepanjang usia hayatnya hidup di dunia. Ertinya dalam tempoh MASA Sakaratul-maut yang singkat itu dia diperlihatkan segala kelakuan dan perbuatnnya mengikut tempoh usianya. 
Kata-kata yang dimaksudkan setengah ulama Ahli Makrifat daripada Ahli Al-Salafi  dapat difahami bahawa :
وَقَالَ بَعْضُ العَارِفِينَ مِنَ السَّلَفِ العَرْشُ جَوهَرَةٌ تَلأْلأُ نُورًا فَلاَ يَكُونَ العَبْدُ عَلَى حَالٍ اِلاَّ انْطَبَعَ مِثَالُهُ فَي العَرْشِ عَلَى الصُّورَةِ الَّتِي كَانَ عَلَيهَا فَاِذَا كَانَ فِي سَكَرَاتِ المَوْتِ كُشِفَ لَهُ صُورَتُهُ مِنْ العَرْشِ فَرُبَّمَا يَرَى نَفْسَهُ عَلَى صُورَةِ مَعْصِيَةٍ وَكَذَلِكَ يُكْشَفُ لَهُ يَومَ القِيَامَةِ فَيِرَى اَحْوَالَ نَفْسِهِ فَيِأْخُذُهُ مِنْ الحَيِاءِ وَالْخَوْفِ مَا يَجِلُّ عَنِ الوَصْفِ.
                          Maksudnya :
" ....Al-'Arasy itu ialah yaqut jauhar yang bergemerlapan cahaya, maka tiada berlaku seseorang hamba itu di atas sesuatu hal melainkan terlekat (tertinggal) contoh misalnya pada al-'Arasy itu di atas rupa yang ia ada di atas keadaannya itu. Maka apabila ada ia pada waktu Sakaratul-maut tiba masa ajal matinya dibukakan hijab baginya untuk melihat rupa hal-halnya itu daripada al-'Arasy. Maka terkadang ia melihat dirinya di atas keadaaan berbuat sesuatu perkara maksiat dan demikian itu juga dibukakan baginya pada Hari Kiamat. Maka ia melihat segala hal dirinya, maka mengenainya daripada malu dan takut barang yang lebih besar malunya dan takutnya daripada dapat disifatkan....."
[Lihat : Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT ? ]

Hal keadaan yang sama juga berlaku apabila tiba Hari Kiamat besar dunia dan manusia yang semuanya sudah mati dipertemukan semua rohnya kepada jasad asalnya yang sudah mengalami kebinasaan dalam apa jua hal keadaan sekalipun untuk hidup semula dengan serta merta di negeri akhirat dengan roh dan jasad bagi menghadapi Hari Pembalasan seperti yang diperjelaskan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 

Semua orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, mengingkari segala perintah dan larangan-Nya dan golongan ahli maksiat dihimpunkan di bumi Mahsyar yang mengambil MASA 50,000 tahun lamanya tanpa makan dan minum dalam azab kesangsaraan sebelum dihisab,  ditimbang segala amalannya dan seterusnya meniti titian 'sirat' hingga selamat atau sebaliknya untuk menerima balasan setimpal yang dijanjikan Allah. 

Firman Allah dalam surah سورة يونس Yunus ayat 45 memberikan gambaran tempoh MASA manusia dikumpulkan di akhirat ( Mahsyar) yang terlalu lama berbanding tempoh masa mereka hidup di dunia :
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ كَأَنْ لَمْ يَلْبَثُوا إِلا سَاعَةً مِنَ النَّهَارِ يَتَعَارَفُونَ بَيْنَهُمْ قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ 
                 Maksudnya :
" Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu) Allah menghimpunkan mereka, ( mereka merasa pada hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam ( di dunia) hanya sesaat sahaja di siang hari, ( di waktu itu) mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan (balasan) mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk."
Golongan orang-orang yang bertaqwa di kalangan mukmin soleh yang terjumlah sebagai ahli Al-Muqarrabun pula berada di bawah naungan 'Arasy dan mendapat limpahan rahmat dan kenikmatan tidak terhingga yang disediakan Allah. Mereka berada di bawah naungan 'Arasy selama 50,000 tahun juga sebelum dihisab amalannya tetapi bagi mereka tempoh MASA yang begitu lama tersebut dirasakan begitu pantas seolah-olah menyamai satu waktu sembahyang fardhu sahaja sebagaimana yang disebut dalam Hadis Rasulullah s.a.w. :
قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعة، حَدَّثَنَا دَرّاج، عَنْ أَبِي الْهَيْثَمِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ: قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ} مَا أَطْوَلَ هَذَا الْيَوْمَ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنَّهُ لِيُخَفَّفُ عَلَى الْمُؤْمِنِ حَتَّى يَكُونَ أَخَفَّ عَلَيْهِ مِنْ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ يصليها في الدنيا"
:Maksudnya                         
"Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Al-Hasan Ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi'ah, telah menceritakan kepada kami Darij, dari Abul Haisam, dari Abu Sa'id yang mengatakan bahwa pernah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu (50,000) tahun>(Surah al-Ma'arij:4).  Bahwa alangkah panjangnya hari tersebut. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam  kekuasaan-Nya, sesungguhnya hari itu benar-benar diringankan bagi orang mukmin, sehingga jaraknya lebih cepat daripada suatu solat fardu yang pernah dikerjakannya di dunia."
Di dalam al-Quran ada memperjelaskan bahawa tempoh MASA hidup manusia di dunia adalah terlalu singkat jika dibandingkan dengan tempoh MASA hidup yang kekal abadi selama-lamanya yang akan ditempuhi setiap diri manusia dan hamba-hamba Allah di akhirat kelak seperti Firman-Nya :                                             
وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ 
              Maksudnya :
i."Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, pada hal Allah tidak akan sesekali menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya SEHARI di sisi Tuhanmu adalah seperti SERIBU (tahun) menurut perhitunganmu."  
                 [Surah سورة الحج Al-Hajj:47]                                     
  يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ 
يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ 
  : Maksudnya         
ii."Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian  (urusan) itu 'naik' kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."   
             [ Surah سُوۡرَةُ السَّجدَة As-Sajadah :5] 
 تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ 
              Maksudnya :
iii." Malaikat-malaikat dan Jibril **'naik menghadap' kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun. "
                               [Surah سورة المعارج al-M'aarij : 4 ]

[** Peringatan : 
Apabila membaca terjemahan ayat al-Quran ini hendaklah segera merujuk tafsil huraian " At-Tanzihu" yang terdapat di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah yang antara lain menjelaskan : "....dan tidak Tuhan itu mengenai tempat, masa, pihak, sukatan, bilangan; dan tidak Tuhan itu di atas sesuatu dan tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa Tuhan itu atas 'Arasy (عَرْش) ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki 'Arasy (عَرْش); dan bukan makna atas itu pihak dan tempat.   
Maka tidaklah sesekali Tuhan itu menerimai pihak dan tempat; dan tidak Tuhan itu di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya, tidak bercampur dengannya; dan tidak Tuhan itu di luar syurga, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah Taala Tuhan kita kita Jalla Wa Azza itu lain dan segala barang yang ada yang diadakan oleh Allah Taala itu lain. Maka Allah Taala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan, tiada suatu apa pun yang menyamai-Nya....."]
Penjelasan ini dapat memberikan kefahaman bahawa pengertian "MASA" itu adalah subjektif dan mengikut konteks yang berbeza-beza. Hakikat ini memperjelaskan lagi bahawa "MASA" itu adalah makhluk Allah yang mematuhi segala perintah Allah dan bukan wujud dengan sendiri atau sudah sedia ada tanpa melibatkan Kehendak, Kekuasaan dan Qadrat Allah yang menjadikannya dariada semata-mata tidak ada kepada ada.

Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jemaah sebagaimana yang diperjelaskan di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahdat at-Tauhid  ada menyebut tentang "Kehendak/Iradah" Allah:

 وأن ارادته قائمة بذاته في جملة صفاته لم يزل كذلك موصوفا بها مريدا في ازله لوجود الأشياء في اوقاتها التي قدرها فوجدت في اوقاتها كما اراده في ازله من غير تقدم ولا تأخر بل وقعت على وفق إرادته من غير تبدل ولا تغير. دبـر الامور لا بترتيب أفكار ولا تربص زمان فلذلك لم يشغله شان عن شان 
                           Maksudnya :
"....Sebagaimana Allah SWT itu mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali begitulah juga Allah SWT itu berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali yang sentiasalah Allah itu berkehendak pada Azal-Nya.Sebarang apa jua yang Allah SWT Kehendaki adanya pada Azal-Nya pada masa yang ditakdirkan adanya maka didapatilah adanya barang itu pada waktu yang Allah SWT telah mentakdirkan adanya menurut sebagaimana yang Dia Kehendaki pada Azal-Nya itu juga dengan tiada terdahulu dan tiada terkemudian.Bahkan berlakunya berbetulan dengan Ilmu-Nya dan Kehendak-Nya yang tiada bertukar dan tiada berubah dan Allah SWT mentadbirkan semua perkara itu bukan dengan susunan fikir dan bukan mengenai masa kerana yang demikian itu tidak membimbangkan Allah oleh sesuatu pekerjaan daripada sesuatu pekerjaan."
Adalah menjadi pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jemaah bahawa Allah yang menjadikan MASA itu tidak mengenai MASA, tidak berhajat dan mengambil faedah daripada MASA sebagaimana Firman-Nya di di dalam al-Quran surah سورة الحديد Al-Hadid ayat 3 :
 هُوَ الأوَّلُ وَالآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
                         Maksudnya : 
"Dia-lah Yang Awal yang tiada berawal bagi-Nya, Dia-lah Yang Akhir yang tiada berakhir bagi-Nya, Dia-lah Yang Zahir (ertinya al-A'ali yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan yakni tidak sesekali Allah Taala itu menyamai dengan segala apa jua barang yang diadakan oleh-Nya), dan Dia-lah yang bathin (yakni yang terdinding daripada segala pendapatan pancaindera yang lima dengan dindingan kebesaran dan kemuliaan-Nya dan Allah Taala itu dengan tiap-tiap sesuatu Ia Amat Mengetahui)."

TEMPAT  (   المكان    ) pula ialah lokasi di mana sesuatu objek atau benda itu berada seperti di atas,  di bawah, di dalam,  di mana-mana, bersatu-padu dan sebagainya mengikut kehendak dan keadaan kelaziman sesuatu objek atau benda/barang itu. Bagi menjelaskan kedudukan lokasi sesuatu objek atau benda itu sering dikatakan bahawa benda itu berada di atas, di bawah, pihak, di mana-mana,  di kiri, kanan, belakang,  atas, bawah, meliputi, bersatu-padu, dan sebagainya mengikut hal keadaan objek/benda tersebut.


TEMPAT juga diukur dengan berbagai cara dan kaedah untuk menunjukkan jarak yang jauh atau dekat seperti : sejengkal, sehasta, berjuta-juta kilometer jauhnya di atas langit, sejauh pemandangan mata,  di atas 'Arasy, berada di mana-mana dan misalan-misalan lain yang seumpama dengannya.

Firman Allah dalam al-Quran surah سورة آل عمران Ali-'Imran ayat 133 menjelaskan bahawa keluasan syurga adalah seluas langit dan bumi :
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ  
                               Maksudnya:
"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan mu  dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi; yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa."
Demikianlah luasnya syurga Allah yang tidak sesekali dapat diketahui jarak ukuran keluasan sebenarnya oleh sekalian makhluk Allah.
Justeru bagi memperjelaskan dan menolak tanggapan bahawa Allah itu menyamai makhluk, pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jemaah menjelaskan bahawa sebelum Allah mengadakan MASA dan TEMPAT yang ada hanya Allah sahaja dan adanya Allah tidak sesekali menyamai makhluk-Nya. 

Dalam permasalahan ini adalah sangat bermanfaat jika kita dapat memahami ayat al-Quran berikut sebagai pedoman  dan rujukan:

 فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ                   
                       Maksudnya : 
i." (Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan kamu sendiri berpasang-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Allah SWT itu tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat."            
         [ Surah  سورة الشورى Asy-Syuura: 11 ]
ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لا إِلَهَ إِلا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ  
     Maksudnya : 
ii." (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan yang sah diibadatkan selain Dia; dan Dia Mengadakan dan Pemelihara segala 'SESUATU'." 
                        [Surah سورة الأنعام Al-An'aam: 102]
[** Untuk memahami lebih dalam pemahaman pengertian MASA dan TEMPAT ini perlu dirujuk semula artikel yang bertajuk : JIRIM , JISIM ,JAUHAR dan ARADH dalam blog ini].

Dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jemaah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat Tauhid dan Syahadat Al-Rasul ada menerangkan di dalam bab At-Tanzihu bahawa :
وأنه مستو على العرش على الوجه الذي قاله وبالمعنى الذي أراده استواء منزها عن المماسة والاستقرار والتمكن والحلول والانتقال لا يحمله العرش بل العرش وحملته محمولون بلطف قدرته ومقهورون في قبضته. وهو فوق العرش والسماء وفوق كل شئ الى تخوم الثرى، فوقية لا تزيده قربا الى العرش والسماء كما لا تزيده بعدا عن الارض والثرى بل هو رفيع الدرجات عن العرش والسماء كما أنه رفيع الدرجات عن الارض والثرى
                    Maksudnya :
"..dan tidak Allah Taala itu menyamai sesuatu, tidak ada sesuatu apa barang pun yang ada yang menyamai Tuhan, Tuhan itu tidak mengenai tempat, tidak mengenai masa, tidak mengenai pihak, tidak mengenai sukatan, tidak mengenai bilangan......
Tuhan itu tidak di atas sesuatu, tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa "Tuhan itu atas 'Arasy (عَرْش)" ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki 'Arasy dan bukan makna atas itu pihak dan tempat. Sesungguhnya Tuhan itu tidak sekali-kali menerimai pihak dan tempat dan Tuhan itu tidak di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya
Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap dan sebelum ada 'Arasy, Kursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan......"
Pada Bab "Al-Afa'al "(الافعال) dalam kitab yang sama diperjelaskan lagi bahawa :
ولا يتصور الظلم من الله تعالى فإنه لا يصادف لغيره ملكا حتى يكون تصرفه فيه ظلما ، فكل ما سواه  من إنس وجن وملك وشيطان وسماء وأرض وحيوان ونبات وجماد وجوهر وعرض ومدرك ومحسوس حادث  اخترعـه بقدرته بعد العدم اختراعا وانشأه إنشاء بعد أن لم يـكن شيئا إذ كان موجودا موجودا وحده ولم يكن معه غيره فأحدث الخلق بعد ذلك إظهارا  لقدرته وتحقيقا لما سبق من إرادته ولما حق في الأزل من كلمته لا لافتقاره إليه وحاجته . وأنه متـفضل بالخلق والاختراع والتكليف لا عن وجوب ومتطول بالانعام والاصلاح لا عن لزوم 
                   Maksudnya :
"....Semua barang yang ada, selain daripada Allah SWT, iaitu sekalian manusia, jin, syaitan, malaikat, langit, bumi, bintang-bintang, pokok-pokok, batu-batan segala jenis kebendaan, segala khasiat benda-benda dan kekuatannya, segala barang yang didapati oleh lintasan-lintasan hati, segala barang yang didapati melalui segala pancaindera yang lima, segala jenis cahaya, rupa, warna, masa, tempat, lapang, suara, huruf, bilangan, ukuran, sukatan, gerak, diam dan lain-lain lagi itu semuanya adalah barang yang baharu iaitu barang yang diadakan oleh Allah SWT dengan Qadrat-Nya yang Qadim daripada tidak adanya barang-barang itu sama sekali kepada adanya barang itu diadakan oleh Allah SWT..."
Berdasarkan kefahaman ini dapatlah dirumuskan bahawa Allah itu tidak mengenai TEMPAT dan tidak mengenai MASA dan tidak mengenai pihak dan bilangan.
Sekiranya diperkatakan, dianggap, didakwa atau dituduhkan bahawa Allah itu berada atau bertempat di atas 'Arasy, di Sidratil-Muntaha atau di mana juga yang membawa maksud sebagai tempat bermakna Allah itu menyamai makhluk-Nya, mengambil faedah daripada makhluk-Nya, Zat Allah itu berjuzuk yang memerlukan TEMPAT sama seperti makhluk-makhluk-Nya, dan ternafilah sifat-sifat Qadim bagi Allah. Pemahaman dan tanggapan seumpama ini memberi maksud dan kesimpulan bahawa Allah Taala itu lemah dn mempunyai sifat-sifat kelemahan sama seperti makhluk-makhluk-Nya juga kerana mengambil feadah dan berhajat kepada makhluk-Nya!!!. 

Bagi mengesahkan lagi bahawa al-'Arasy itu adalah tempat, maka Allah berfirman di dalam al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min ayat 7  : 
الَّذِينَ يَحۡمِلُونَ الۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٍ رَّحۡمَةً وَعِلۡمًا فَاغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ الۡجَحِيمِ 
                           Maksudnya :
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya  dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta keampunan bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): 'Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala'."
Di dalam surah سورة الإسراء Al-Israa' ayat 44 pula diperjelaskan lagi :
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوٰتُ السَّبعُ وَالأَرضُ وَمَن فيهِنَّ ۚ وَإِن مِن شَيءٍ إِلّا يُسَبِّحُ بِحَمدِهِ وَلٰكِن لا تَفقَهونَ تَسبيحَهُم ۗ إِنَّهُ كانَ حَليمًا غَفورًا
                 Maksudnya :
" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
Di dalam entri bertajuk: Polemik Wujudiah, Nuur Muhammad dan Awal Makhluk dalam blog ini ada menjelaskan bahawa makhluk Allah itu terbahagi kepada dua iaitu :
i.  Makhluk Allah yang zatnya (dirinya) ada berjuzuk tetapi  ianya boleh ada dengan tidak perlu ada tempat dinamakan Alam Al-'Ammar. Alam yang dimaksudkan dalam konteks ini bukan diertikan sebagai tempat bagi sesuatu tetapi adalah nama bagi sesuatu barang atau makhluk Allah ataupun boleh ditakrifkan sebagai tiap-tiap barang yang ada selain daripada Allah dinamakan alam.  
Ini bererti roh, bulan, bintang, matahari, cahaya, lapang, gelap, terang dan sebagainya itu selain daripada Allah dinamakan atau diertikan juga sebagai alam. Roh malaikat yang mempunyai hakikat iaitu ianya ada mempunyai juzuk yang tiada menerima bahagian-bahagian dan tidak perlu adanya TEMPAT ia boleh ada, maka ini atas nama Alam Al-'Ammar . 
 ii. Al-'Arasy, Al-Kursi, Sidaratil-Muntaha dan yang lain-lain lagi itu mempunyai juzuk dan menerima bahagi-bahagi, mempunyai sukatan dan hanya boleh ada setelah diadakan TEMPAT dan ini dinamakan Alam Al-Khalq.
Berdasarkan huraian tersebut dapat menjelaskan bahawa MASA dan TEMPAT itu adalah makhluk Allah. Zat Allah yang Qadim lagi Azali itu tidak berjuzuk dan apabila tidak berjuzuk bererti Dia tidak tertakluk dan tidak memerlukan/mengambil faedah kepada MASA dan TEMPAT seperti semua makhluk Allah sama ada ia termasuk dalam kategori Alam Al-'Ammar atau Alam Al-Khalq

Maka ternafilah sama sekali jika ada pengajaran atau dakwaan yang mengatakan dan menuduh bahawa Allah itu berada di mana-mana, bersemayam [bersila] atau beristiwa' di atas 'Arasy dan berbagai-bagai tuduhan atau tanggapan yang tidak layak bagi Allah kerana Maha Suci Allah daripada segala kekurangan, kelemahan dan tidak sesekali menyamai makhluk-makhluk-Nya dalam apa jua hal, cara dan jalan sekali pun.


Hendaklah difahami dan disematkan di dalam hati dan minda bahawa sebelum diadakan MASA , TEMPAT dan sekalian makhluk-Nya yang berada di langit dan di bumi sama ada besar, kecil, ghaib atau tidak ghaib dan segala hal yang bersangkutan dengan sifat-sifat makhluk seperti jarak jauh, dekat, panas, sejuk, warna, suara, pantas, perlahan, gerak, diam, sunyi-sepi, gerak diam, ukuran besar kecil, berbilang-bilang dan sebagainya kesemuanya dijadikan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim.

Kandungan Do'a Abu Bakr As-Siddik r.a. juga ada menyebut :

            ...اللَّهُمَّ اِنَّكَ اِبْتَدَأْتَ الْخَلْقَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ بِكَ اِلَيْهِمْ 

                    Maksudnya : 
"Ya Allah! , bahawasanya Engkau telah mengadakan permulaan makhluk daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan Engkau kepada mereka itu..........,   [hingga akhir do'a ]
Makhluk yang dimaksudkan di sini adalah segala-segala sesuatu yang diadakan Allah termasuk MASA dan TEMPAT. Ini bererti Allah tidak berhajat, tidak memerlukan, tidak mengambil faedah dan tidak mengenai MASA dan TEMPAT kerana Dia yang mengadakan makhluk MASA dan TEMPAT bagi keperluan dan kemanfaatan makhluk-makhluk-Nya.

Di dalam surah سورة ق‎‎ Qaaf: 16 ada menjelaskan seperti Firman Allah :
وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِۦ نَفْسُهُۥ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ ٱلْوَرِيدِ           
                      Maksudnya :
" Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih 'DEKAT' kepadanya daripada urat lehernya....."
[ Lihat : Pengertian "HAMPIR " Allah

Ayat al-Quran ini hanya ringkasan kata-kata atau ibarat/perumpamaan atau kiasan yang bererti bahawa Allah itu Amat Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim akan segala makhluk-Nya yang berada di dalam, di bawah dan atas tujuh lapis langit dan bumi.Ini bermakna tidak ada sebarang apa pun yang tersembunyi daripada Ilmu Allah itu walau sekadar sebiji debu sebesar atom atau zarrah pun yang berada di langit dan bumi. 
Bahkan Allah Maha Mengetahui perjalanan seekor serangga semut hitam, binatang-binatang yang halus di atas batu pejal yang hitam pada waktu malam yang sangat gelap gelita. 

Allah juga Amat Mengetahui gerak setiap biji debu zarrah yang berterbangan di udara dan Dia Amat Mengetahui segala rahsia dan segala barang yang lebih tersembunyi termasuk juga gerak-gerak tujuan/hajat dan cadangan-cadangan atau lintasan hati setiap diri hamba-hambaNya.

[Lihat : Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya yang Qadim ]

Inilah yang dimaksudkan dengan Allah itu "lebih hampir dengan urat leher" yang merujuk bahawa Allah itu Maha Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali segala rahsia yang terkandung di dalam hati setiap orang hamba-Nya dan bukan bermaksud Allah itu bertempat dalam urat leher diri manusia.
Adapun yang dimaksudkan bahawa Allah itu sentiasa bersama dengan orang-orang bertaqwa ialah merujuk kepada rahmat dan pertolongan Allah yang sentiasa mengiringi orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh dan BUKAN menunjukkan bahawa Zat (Diri) Allah yang Qadim itu ada bersama atau mengiringi orang yang bertaqwa itu yang boleh disalahertikan bahawa Allah itu berada atau bertempat di sisi orang-orang mukmin yang  bertaqwa. Dalam bab 'At-Tanzihu" yang terkandung dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah diperjelaskan bahawa :
"....Makna 'hampir Tuhan' itu ialah hampir rahmat dan nikmat-Nya, dan makna 'berserta Tuhan' itu ialah berserta rahmat pertolongan-Nya dan nikmat-Nya, maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk yang sebagaimana juga Zat Tuhan itu tidak menyamai zat makhluk...."
Banyak nas menjelaskan bahawa setiap amalan soleh yang dilakukan dengan penuh ikhlas oleh hamba-hambaNya yang mukmin akan diterima Allah segala ibadatnya dan diberikan ganjaran pahala. Bagi memberkati, memakbulkan dan merahmati amalan soleh dan do'a-do'a hamba-hambaNya yang mukmin itu Allah memerintahkan Malaikat-malaikat Rahmat menjaga dan mendo'akan kesejahteraannya

daripada gangguan syaitan. Maka diringkaskan kata bahawa:
 "Allah itu bersama-sama orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh."
 Demikian juga yang dimaksudkan dengan kalimah Baitullah yang secara literal disebut Rumah Allah dan juga masjid itu sebagai Rumah Allah. Kata-kata ringkas ini bukanlah bererti Allah itu berada di dalam Baitullah atau masjid tetapi untuk menjelaskan bahawa bangunan Ka'abah Baitullah yang menjadi kiblat untuk beribadat bagi orang Islam dan juga masjid ialah tempat ibadat khusus yang amat dimuliakan Allah untuk hamba-hambaNya melakukan ibadat-ibadat kepada-Nya seperti yang difardhukan.

Pengertian yang sama juga dirujuk kepada ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa ditiupkan oleh Malaikat Roh pada lembaga Adam yang diperbuat daripada tanah itu dengan 'Roh Ku'. Roh Ku di sini diertikan sebagai 'Roh' yang Allah muliakan dan bukan bermaksud Roh Nabi Adam itu berasal daripada Zat Allah yang Qadim. Hendaklah difahami dan diiktiqadkan bahawa Allah itu bukanlah Roh dan Allah itu hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim dan bukan dengan Roh.

Apabila seseorang itu melakukan ibadat sembahyang ia sering dikatakan sebagai sedang "menghadap" Allah.  Kata-kata ini seolah-olah memberi kefahaman bahawa Zat Allah itu berada di hadapannya seperti makhluk juga. Tanggapan yang sedemikian dengan sendirinya akan membawa erti bahawa Zat [Diri] Allah itu berada di hadapannya atau bertempat di hadapannya. Pemahaman yang salah ini akan membawa pengertian bahawa Zat Allah itu berjuzuk dan memerlukan TEMPAT seperti makhluk juga. Jika terbit kefahaman dan pegangan iktiqad yang sedemikian rupa maka akan rosaklah aqidah keimanannya semasa melakukan ibadat sembahyang sama seperti orang yang menyembah berhala juga. 

Adapun maksud 'menghadap' Allah ketika melakukan ibadat sembahyang ini ialah dia mengingati dan menghayati sepenuhnya segala ilmu mengenal Allah seperti yang terkandung di dalam Asma'Ul-Husna dan Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahadat At Tawhid yang sangat luas tafsilnya itu. Dia menghadap ke kiblat bukanlah bererti Allah itu berada di dalam Ka'abah Baitullah di Masjidil Haram, Makkah tetapi adalah satu perintah Allah yang disyaratkan mengikut hukum syarak ketika melakukan ibadat sembahyang diwajibkan menghadap ke kiblat.

'Arasy dan al-Qursi adalah termasuk dalam katergori Alam al-Khalq yang mempunyai juzuk dan memerlukan TEMPAT untuk ada kerana ia juga mempunyai juzuk sedangkan Allah BUKAN  makhluk dan Zat-Nya [Diri-Nya]TIDAK berjuzuk. 'Arasy dan Al-Qursi berukuran berlipat-lipat kali ganda jauh lebih besar dan luas daripada langit dan bumi dan kedua-dua alam ini sangat dimuliakan Allah atas sebab-sebab yang Allah sahaja lebih mengetahui dan mengandungi segala rahsia sangat tersembunyi yang tidak diketahui oleh hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia dan jin. 
Dalam Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut :
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu:
يَاأَبَا ذَرٍّ مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَفَضْلُ الْعَرْشِ عَلَى الكُرْسِي كَفَضْل الفلاَةِ عَلَى الحَلَقَةِ
            Maksudnya :
i..“Wahai Abu Dzar tidaklah langit yang tujuh dibanding Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilemparkan ke tanah lapang, dan besarnya ‘Arsy dibandingkan dengan Kursi seperti lebih besarnya tanah lapang dari lingkaran (gelang).”
مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ وَالأَرْضُوْنَ السَبْعُ وَمَا بَيْنَهُنَّ وَمَا فَيْهِنَّ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَإِنَّ الكُرْسِي بِمَا فِيْهِ بِالنِسْبَةِ إلَىالْعَرْشِ عَلَى كتِلْكَ الحَلَقَةِ عَلَىتِلْكَ الفلاَةِ
                          Maksudnya : 
ii.Tidak langit yang tujuh dan bumi yang tujuh dan apa yang ada di antara dan di dalamnya dibandingkan dengan Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilempar ke tanah lapang, dan Kursi dengan apa yang ada di dalamnya dibandingkan dengan ‘Arsy seperti lingkaran (gelang) tersebut pada tanah lapang tersebut.” 
Di sini juga terdapat tempat-tempat yang paling dimuliakan Allah seperti Sidratil Muntaha dan Baitul Makmur yang menempatkan para malaikat melakukan ibadat selama-lamanya tanpa henti, tanpa jemu dan penat sejak mereka dijadikan Allah. Ayat al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min ayat 7 di atas dapat memberikan gambaran yang amat jelas dalam hal ini.

Apabila berlaku peristiwa mukjizat besar Malam Isra' dan Mikraj yang antaranya diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w di Sidratil Muntha fardhu solat 50 waktu hingga dikurangkan kepada 5 waktu tetapi masih mengekalkan persamaannya dengan solat 50 waktu sebagaimana yang termaklum. Terdapat berbagai pandangan/pendapat mengenai keadah diwahyukan suruhan fradhu solat tersebut sama ada Rasulullah s.a.w menerima wahyu tersebut secara langsung dengan 'bertemu' sendiri daripada Allah di Sidratul Muntaha atau hanya menerima wahyu tersebut secara langsung dari Allah tanpa perantaraan Malikat Jibril AS dan tidak sesekali menemui Allah. 

Bagi penjelasan polemik ini hendaklah difahami hal keadaan Sidratul Muntaha sebagaimana wahyu Allah  dalam al-Quran surah An Najm ayat 13-18 :

 وَلَقَدْ رَآهُ نزلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (16) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (17) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (18)
 
  Maksudnya :

" Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu ( dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, ( 13 )

 (iaitu) di Sidratil Muntaha. ( 14)

Di dekatnya ada syurga tempat tinggal,( 15)

( Muhammad melihat Jibril) ketika sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. ( 16 )

Penglihatan ( Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak  (pula) melampauinya. ( 17 )

Sesungguhnya dia telah melihat sebahahgian tanda-tanda  ( kekuasaan) Tuhannya yang paling besar." ( 18 )


Antara hadis rasulullah s.a.w yang menjelaskan hal Sidratil Muntaha ialah: 

Hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

لَمَّا رُفِعْتُ إِلَى سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى فِى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ نَبْقُهَا مِثْلُ قِلاَلِ هَجَرَ وَوَرَقُهَا مِثْلُ آذَانِ الْفِيَلَةِ يَخْرُجُ مِنْ سَاقِهَا نَهْرَانِ ظَاهِرَانِ وَنَهْرَانِ بَاطِنَانِ قُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذَا قَالَ أَمَّا الْبَاطِنَانِ فَفِى الْجَنَّةِ وَأَمَّا الظَّاهِرَانِ فَالنِّيلُ وَالْفُرَاتُ

  Maksudnya:

”Ketika aku diangkat ke Sidratul Muntaha yang berada di langit ketujuh, yang nabiqnya seperti tempayan-tempayan Hajar (tempayan-tempayan buatan orang Hajar) dan daunnya seperti daun telinga gajah, keluar dari pangkalnya dua sungai zahir dan dua sungai batin. Aku pun bertanya, ‘Hai Jibril, apa ini?’ Jibril AS menjawab, ‘Dua sungai bathin itu ada di dalam syurga, sedangkan dua sungai zahir itu adalah sungai Nil dan Sungai Furat.”

Berdasarkan nas tersebut ternyata Sidratil Muntaha ialah suatu tempat paling mulia di sisi Allah yang terletak di langit ke enam atau ke tujuh yang dijadikan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui hakikat sebenar kemuliaan, kesucian dan kelebihan Sidratul Muntaha berbanding lokasi dan tempat-tempat lain di seluruh alam mengapa ia menjadi lokasi khas lagi istimewa tempat diwahyukan fardhu solat 50 waktu kepada Rasululah s.a.w dalam peristiwa Malam Isra' dan Mikraj. Samalah juga hal keadaannya mengapa umat Islam diwajibkan menunaiakn ibadat Haji dan Umrah hanya di Mekah sahaja yang terdapat Ka'abah Baitulah yang menjadi kiblat umat Islam melakukan ibadat solat  dan tidak di tempat-tempat lain di bumi. Berdasarkan keterangan Hadis  lokasi Kaabah Baitullah  bersetentangan dengan Baitul Makmur. 

Hal keadaan Rasulullah s.a.w menerima wahyu fardu solat 50 waktu bersamaan juga dengan perihal Nabi Musa a.s. mendengar Kalam Allah tanpa huruf dan tanpa suara di suatu lokasi khas di atas gunung pada masa yang ditetapkan. Hal keadaan Nabi Musa a.s. mendengar Kalam Allah yang Qadim ( tanpa huruf dan tanpa suara) adalah sebagaimana orang-orang mukminin/mukminat yang ahli kebahagiaan itu melihat Zat ( Diri) Allah di negeri akhirat dengan mata kepala  kelak dengan tiada berjuzuk, berupa, berwarna, berpihak, bertempat dan tiada berkaifiat walau bagaimana hal dan  cara sekalipun.

Apabila kita telah memahami hal ini tidak menjadi masalah bagi kita untuk memahami hal keadaan Rasulullah s.a.w menerima wahyu fardhu solat 50 waktu dari Allah di Sidaratil Muntaha.


Kesemua TEMPAT ini diadakan Allah daripada semata-mata tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali. Sebelum diadakan MASA dan TEMPAT ini Allah tidak memerlukan atau berhajat kepada  TEMPAT dan tidak bertempat serta tidak mengenai MASA dan TEMPAT. Setelah diadakan MASA dan TEMPAT Allah SWT begitu juga tidak berhajat, tidak mengambil faedah dan memerlukan makhluk MASA dan TEMPAT dan tidak bertempat dan tidak mengenai MASA dan TEMPAT.

Kemungkinan anak-anak kecil atau orang-orang yang gemar berhujah atau orang kafir bertanya kepada kita: "Di manakah Allah berada?" Ataupun soalan-soalan lain yang seumpama dengannya. Jika berbangkit soalan-soalan atau pertanyaan yang sedemikian rupa  maka hendaklah dijawab:
"....Allah itu ada, sentiasa ada, selama-lamanya ada dan tidak berkeputusan ada-Nya dan Dia sentiasa dengan kemuliaan Asma' Ul-Husna-Nya tanpa berkurangan atau bertambah. Adanya Allah tidak sama dengan adanya makhluk kerana Dia-lah yang awal yang tiada berawal bagi-Nya dan Dialah yang akhir dan tiada berakhir bagi-Nya. Sebelum diadakan MASA dan TEMPAT Allah sahaja yang ada dan adanya Allah tidak sesekali menyamai dengan adanya makhluk............." 
[Huraian selanjutnya boleh merujuk di dalam pengertian At-Tanzihu yang terdapat di dalam Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahdat At Tawhid dalam kitab Ihya' Ulumuddin.]

Pada peringkat permulaan anak-anak dan orang yang bertanya mungkin tidak memahaminya tetapi apabila disebut dan dibaca berulang-ulang kali serta diberikan kupasan dan penjelasan meluas lagi mendalam mudah-mudahan lama kelamaan fahamlah mereka, insya-Allah. Namun jangan sesekali memberikan jawapan yang salah seperti:
"Tuhan berada di mana-mana, di dalam syurga, di atas langit...... " 
atau lain-lain jawapan yang bermaksud Tuhan itu bertempat dan bercanggah dengan pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Jawapan yang salah ini amat mudah difahami dan diterima oleh orang yang bertanya kerana amat bersesuaian dengan akal fikiran logiknya yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima. Namun hendaklah sentiasa diingati dan fahami bahawa  kata-kata dan jawapan yang diberikan sedemikian rupa bunyinya amat ketara salahnya dan boleh merosakkan akidah keimanannya. Ini adalah disebabkan bagi memahami ilmu mengenali Allah dilarang sama sekali menggunakan akal logik yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima tetapi hendaklah menggunakan 'Ainul Qalbi, Al Basirah atau Mata Hati yang disebut juga sebagai pancaindera yang ke enam(الحس السادس).

Mudah-mudahan penjelasan-penjelasan ini dapat memberi pencerahan dan kefahaman yang jelas bahawa MASA dan TEMPAT itu adalah makhluk Allah belaka yang dijadikan daripada semata-mata TIADA kepada ADA bagi kemudahan manusia mengira tempoh usia, waktu, jarak dan sebagainya agar mensyukuri segala nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya dan membuat persediaan secukupnya untuk hidup di akhirat yang tidak lagi tertakluk kepada hukum tabi'ie termasuk MASA dan TEMPAT. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang amat terkaya daripada segala kekurangan dan sebarang kelemahan yang tidak sesekali mengenai dan mengambil faedah daripada MASA dan TEMPAT.
                  وبالله التوفيق والهداية
                 وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

[Lihat : 
i.   SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah SWT]
ii. ALLAH DIKATAKAN BERJUZUK, MEMPUNYAI 'TANGAN' DAN BERISTIWA' DI 'ARASY?
iii.  Ahli Syurga Melihat Zat Allah Dengan Mata Kepala

iv..https://www.facebook.com/officialgoodful/videos/306876773406077/?hc_ref=ARRGgj0_rQExWo1j4_agMzXUP_ox9J8QuL3ooFx3QvvPk-cf7ZK_EcLRrIeMhWw_esE&__xts__[0]=68.ARAKeUUNxRz8qLXadW_VB5Sf1vIxswr9Dw3Dbsckret8Ti478vcln8naxFYA_2dbrse4ErFOf0

 *****************************************************

      وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ  رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ  

                                     Maksudnya :
" Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerkan, pada hal Allah tidak sesekali akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung." 
                 [ Al-Quran سورة الحج surah Al-Hajj : 47] 
                                              *************************************
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 
               Maksudnya :   
"Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua (2) hari. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." 
                          [Al-Quran surah سورة فصلت Fushishilat : 12 ]           

Sila buat perbandingan dengan penjelasan yang disampaikan oleh :

i. Ustaz Fathul Bari Mat Jaya dalam Masa dan Tempat yang mengatakan fahaman ini adalah ajaran Syiah.

ii. Ustaz Rozaimi tentang "Allah Di Mana? "










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...