Rabu, 8 Mei 2024

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?


[Sambungan daripada :  Untukmu Agamamu, dan Untuk Akulah Agamaku.]

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
                                          أَمَّا بَعْـدُ       
'

  لا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ (1) وَلا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ (2) أَيَحْسَبُ الإنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ (3) بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ (4)
                           Maksudnya :                      
 "Aku bersumpah dengan Hari Kiamat,(1)
dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (2)  
Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulang?(3) 
Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."(4) 
         [Al-Quran surah سورة القيامة Al-Qiyaamah : 1-4 ]
  ******************************************  
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَخْسَرُ الْمُبْطِلُونَ
                        Maksudnya :   
"Dan hanya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Dan pada hari terjadinya kebangkitan, akan rugilah pada hari itu orang-orang yang mengerjakan kebatilan."
                                  [Al-Quran surah سورة الجاثية Al-Jaatsiyah : 27

****************************************

                          بَلِ ٱلسَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَٱلسَّاعَةُ أَدْهَىٰ وَأَمَرُّ

                                        Maksudnya :
"Sebenarnya Hari Kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan Kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit."
      [Al-Quran surah سورة القمر Al-Qamar : 46 ]
                               **************************************  
وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِنْ مَكَانٍ قَرِيبٍ (41) يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ (42) إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ (43) يَوْمَ تَشَقَّقُ الأرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ذَلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ (44
                    Maksudnya : 
"Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat. (41) 
(Iaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya itulah hari keluar (dari kubur)(42)  
Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada Kami tempat kembali (semua makhluk)(43) 
(Iaitu) pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka (lalu mereka keluar) dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami." (44)
                             [Al-Quran surah  سورة ق‎‎  Qaaf : 41-44 ] 

***************************************************************







BILAKAH HARI KIAMAT BESAR DUNIA AKAN BERLAKU?


Walaupun seseorang manusia itu beriman atau tidak beriman kepada Allah, Rasul-rasulNya dan hari akhirat/dibangkitkan namun di dalam hati kecilnya sentiasa berkata-kata dan tertanya-tanya kebenaran agama tawhid yang wahyunya termaktub melalui kitabullah-kitabullah Az-Zabur ٱلزَّبُورِ, At-Taurah, التَّوْرَاةُ Al-Injil الإنجيل dan Al-Quran القُرْآن yang di turunkan kepada Nabi-nabi pilihan yang dibangkitkan menjadi Rasul iaitu Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. untuk membimbing, mengkhabar dan memperingatkan manusia ke jalan yang benar dalam segala hal mengenai kehidupan di dunia dan akhirat.

Di antara perkara terpenting yang dikhabarkan ialah mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Hari Akhirat yang tidak seorang pun manusia yang masih hidup di dunia dapat melihat dan menceritakan hal keadaannya yang sebenar kecuali Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat bimbingan wahyu Allah dan ditakdirkan Allah mengalami dan melihat sendiri dengan mata kepalanya dalam keadaan jaga [bukan mimpi] ketika berlaku peristiwa mukjizat besar malam Isra' dan Mikraj yang kita semua sedia maklum.

Berdasarkan penjelasan dan peringatan-peringatan yang berulang-ulang kali di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. terdapat banyak hal yang tersedia di alam akhirat selain daripada padang mahsyar, Alam Barzakh, hari dihisab segala amalan, titian sirat, 'Arasy, Kursi, 'Haudh' حوض kolam Nabi Muhammad, Sungai Al-Kauthar الكوثر ,Neraka dan Syurga. Apa yang berlaku di akhirat adalah di luar kemampuan batasan pemikiran dan logik akal manusia untuk mengetahuinya dan jauh sekali dapat melihat atau menguji kewujudannya ketika masih hidup di dunia.
Setiap orang yang beriman wajib mempercayai dan beriman dengan penuh keyakinan kepada hari akhirat. Maka akan gugur dan rosaklah iman seseoarang Muslim sekiranya mengingkarinya atau berpegang kepada iktiqad yang bertentangan/bercanggah dengan al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. terhadapnya.
Hari Kiamat adalah termasuk dalam himpunan hari akhirat yang wajib diimani dan pasti akan berlaku sebagaimana yang diperingatkan berulang-ulang kali  di dalam beberapa ayat al-Quran dan terdapat pula satu surah khas mengenainya iaitu surah Al-Qiyammah سورة القيمة dan surah Al-Haaqqah  سورة الحاقة  selain daripada hal-hal mengenai peristiwa amat dahsyat terbesar dan terpenting yang menimpa seluruh alam ini seperti yang terdapat di dalam surah An-Nabaa' سورة النبأ, surah Yaa-Sinn سورة يس,  surah Al-Waaqiah ٱلۡوَاقِعَةُ, surah Ar-Ra'd سورة الرعد beberapa surah lagi.  Penjelasan yang lebih luas dan mendalam mengenai Hari Kiamat dunia boleh diteliti daripada keterangan-keterangan Hadis Rasulullah s.a.w.
Firman Allah di dalam al-Quran memperjelaskan betapa keingkaran orang-orang kafir tentang berlakunya Hari Kiamat besar dunia dan ketegasan Allah terhadap kewujudannya yang pasti berlaku :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَأْتِينَا السَّاعَةُ قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ (3) لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (4) وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي آيَاتِنَا مُعَاجِزِينَ أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مِنْ رِجْزٍ أَلِيمٌ (5) وَيَرَى الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ الَّذِي أُنزلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ هُوَ الْحَقَّ وَيَهْدِي إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (6) 

                         Maksudnya :
i."Dan orang-orang yang kafir berkata : 'Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami.' Katakanlah : 'Pasti datang, demi Tuhan-ku Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya seberat zarrah pun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz),(3)

supaya Allah memberi balasan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Mereka itu adalah orang-orang yang baginya ampunan dan rezeki yang mulia. (4) 

Dan orang-orang yang berusaha untuk  (menentang) ayat-ayat Kami dengan anggapan mereka dapat melepaskan diri dari azab ( Kami), mereka itu memperoleh azab, iaitu (jenis) azab yang sangat pedih. (5)

Dan orang-orang yang diberi ilmu ( Ahlil Kitab) berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itulah yang benar dan menunjuki ( manusia) kepada jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi.." (6) 

                         [ Surah سورة سبأ Saba' : 3-6 ]

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (28) وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (29) قُلْ لَكُمْ مِيعَادُ يَوْمٍ لَا تَسْتَأْخِرُونَ عَنْهُ سَاعَةً وَلا تَسْتَقْدِمُونَ (30) 

            Maksudnya :

ii."Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. (28)

Dan mereka berkata : 'Bilakah (datangnya) janji ini, jika kamu adalah orang-orang yang benar?' (29)

Katakanlah: 'Bagimu ada hari yang telah dijanjikan ( Hari Kiamat) yang tiada dapat kamu minta mundur/tangguh daripadanya walaupun sesaat dan tidak ( pula) kamu dapat meminta supaya diajukan'." (30)

                                 [ Surah  سورة سبأ Saba' : 28-30]

وَلا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي مِرْيَةٍ مِنْهُ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً أَوْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَقِيمٍ (55) الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (56) وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ (57) 

          Maksudnya:

iii." Dan sentiasalah orang-orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap al-Quran, hingga datang kepada mereka sa'at (kematiannya)dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab Hari Kiamat. (55)

Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan. (56)

Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, maka bagi mereka azab yang menghinakan. (57)

                  [ Surah سورة الحج Al Hajj : 55-57

وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا قُلْتُمْ مَا نَدْرِي مَا السَّاعَةُ إِنْ نَظُنُّ إِلا ظَنًّا وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ 

                 Maksudnya :

iv. "Dan apabila dikatakan (kepadamu): 'Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya', nescaya kamu menjawab : 'Kami tidak tahu apakah Hari Kiamat itu, kami sesekali tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja dan kami tidak sesekali meyakininya'."

              [ Surah  سورة الجاثية Al Jaatsiyah : 32 ]

وَالآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى (17) إِنَّ هَذَا لَفِي الصُّحُفِ الأولَى (18) صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى (19

             Maksudnya :

" Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (17)

Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab ( suhuf-suhuf) yang ng terdahulu, (18)

 (iaitu) Kitab-kitab Ibrahim dan Musa." (19)

                    [ Surah سورة الأعلى Al-A'laa: 17-19 ]

Persoalanya bilakah berlakunya Hari Kiamat ini? 

Firman Allah dalam al-Quran menjelaskan berulang-ulang kali perihal golongan manusia yang tidak yakin dan enggan mempercayai berlakunya Hari Kiamat dunia  apabila disampaikan kepada mereka mengenai Hari Kiamat besar yang akan melanda dan membinasakan seluruh semesta alam dan kesemua makhluk Allah. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ (1) وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ (2) أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ (3) بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ (4) بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ (5) يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ (6) فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ (7) وَخَسَفَ الْقَمَرُ (8) وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ (9) يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ (10) كَلَّا لَا وَزَرَ (11) إِلَى رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ (12) يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (13) بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَى نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ (14) وَلَوْ أَلْقَى مَعَاذِيرَهُ (15)

                          Maksudnya :
       i." Aku Bersumpah dengan Hari Kiamat, (1)
dan Aku Bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (2) 
Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulang? (3) 
Bukan demikian, sebenarnya Kami Amat Berkuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna, (4) 
Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus. (5)
Ia bertanya: 'Bilakah Hari Kiamat itu?'. (6)

Maka apabila mata terbelalak ( ketakutan), (7)

dan apabila bulan telah hilang cahayanya, (8)

dan matahari dan bulan dikumpulkan, (9)

pada hari itu manusia berkata: 'Ke mana tempat lari?', (10) 

Tidak sesekali! Tidak ada tempat berlindung! (11)

Hanya kepada Tuhanmu sahajalah pada hari itu tempat kembali. (12)

Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. (13)

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, (14)

meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya." (15)

                      [ Surah سورة القيامة  Al-Qiyammah: 1- 15 ]
يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا
                Maksudnya:   
ii."Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah :'Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah'. Dan tahukah kamu  (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.'

                   [ Surah سورة الأحزاب‎‎ Al-Ahzab : 63 ]

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

                 Maksudnya :

iii."Mereka menanyakan kepadamu tentang Kiamat: ' Bilakah terjadinya?'. Katakanlah : 'Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat ( huru haranya bagi makhluk) yang berada di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba'. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'. "

                           [ Surah سورة الأعراف Al A'raaf : 187

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
                               Maksudnya:
iv."Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui  di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."        
                        [  Surah سورة لقمان Luqman : 34 ]
         (25) وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
           (26) قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِنْدَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُبِينٌ
                    Maksudnya :
v."Dan mereka berkata : Bilakah datangnya ancaman (Hari Kiamat) itu jika kamu adalah orang-orang yang benar? (25)  
Katakanlah : Sesungguhnya ilmu (tentang Hari Kiamat itu) hanya pada Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan."(26)

                             Surah سورة الملك Al-Mulk : 25-26 ]

          اِنَّ السَّاعَةَ اٰتِيَةٌ اَكَادُ اُخْفِيْهَا لِتُجْزٰى كُلُّ نَفْسٍ ۢ بِمَا تَسْعٰى

                     Maksudnya :

vi." Sesungguhnya Hari Kiamat itu akan datang.  Aku merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan." 

                       [ Surah سورة طه  Thaahaa : 15-16 ]

          قْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ     

                       Maksudnya :

vii. " Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling ( daripadanya).

                   [ Surah سورة الأنبياء Al-Anbiyaa' : 1 ]    

        قَالَ فَالْحَقُّ وَالْحَقَّ أَقُولُ

                        Maksudnya :

viii." Allah berfirman ' Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Aku katakan'."

                    [ Surah سورة ص Shaad : 84 ]

Rasulullah s.a.w. dicabar oleh kaum kuffar Quraisy untuk membuktikan kebenarannya (berlakunya Hari Kiamat) dengan membelah bulan, lalu bulan terbelah dua seperti yang diperjelaskan dalam surah سورة القمر Al-Qamar ayat 1:

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ
                      Maksudnya : 
"Telah hampir sa'at (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan."

                     Hanya Ilustrasi Pelukis Sebagai Hiasan Sahaja

Sunguhpun surah سورة القمر Al-Qamar ini diturunkan untuk membuktikan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang Rasul Utusan Allah  sebagaimana yang dicabar oleh orang kafir Quraisy tetapi ayat pertama surah ini juga  mengkhabarkan dan mengingatkan bahawa saat berlakunya hari kiamat sudah hampir dan terbelahnya bulan menjadi dua adalah petanda atau buktinya.Namun kaum Quraisy musyrikin Mekah masih tetap mengingakrinya dengan telahan bahawa apa yang disaksikan oleh mata kepala mereka itu adalah permainan sihir Nabi Muhammad s.a.w belaka sebagaimana Firman Allah pada ayat 2-3 surah سورة القمر Al-Qamar :

وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ (2) وَكَذَّبُوا وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ وَكُلُّ أَمْرٍ مُسْتَقِرٌّ (3) 

                Maksudnya :
" Dan jika mereka (orang-orang musyrikin ) melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata :' (Ini adalah) sihir yang terus menerus', (2)     
dan mereka mendustakan ( Nabi) dan mengikuti jiwa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya."( 3)
Firman Allah dalam surah سورة الحاقة Al-Haaqqah1-8 pula memperjelaskan  :

الْحَاقَّةُ (1) مَا الْحَاقَّةُ (2) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحَاقَّةُ (3) كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالْقَارِعَةِ (4) فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ (5) وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ (6) سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ (7) فَهَلْ تَرَى لَهُمْ مِنْ بَاقِيَةٍ (8)

           Maksudnya :
" Hari Kiamat, (1)
apakah Hari Kiamat itu? (2)
Dan tahukah kamu apalah Hari Kiamat itu? (3)
Kaum Tsamud dan 'Aad telah mendustakan Hari Kiamat. ( 4)
Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang amat luar biasa.( 5)
Adapun kaum 'Aad, maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, (6)
yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong  (buruk)( 7)
Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal di antara mereka." (8)
 Antara Sisa-sisa Peninggalan Tapak Warisan Dunia UNESCO, Tamadun Kaum Tsamud Di Madain Saleh, Arab Saudi. 

Pada ayat 13-18 surah yang sama diperjelaskan lagi seperti berikut : 

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ (13) وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً (14) فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ (15) وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ (16) وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ (17) يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ (18)

                                     Maksudnya :
"Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup,(13)  
dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung lalu dibentur keduanya sekali bentur.(14)  
Maka pada hari itu terjadilah Hari Kiamat,(15) 
dan terbelah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. (16) 
Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas mereka.(17)   
Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaan mu yang tersembunyi (bagi Allah)."(18)

Firman Allah dalam al-Quran menjelaskan lagi mengenai tiupan sangkakala oleh malaikat  yang ditugaskah khusus mengenainya sebagai tanda seruan yang tersangat dahsyat bunyinya. Tiupan sangkakala tersebut membinasakah secara total seluruh sisistem cakrawala dan bermulalah Hari Kiamat besar yang dijanjikan Allah:

وَيَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الأرْضِ إِلا مَنْ شَاءَ اللَّهُ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ 

                     Maksudnya :

i." Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang berada di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah sahaja. Dan semua mereka datang 'mengadap-Nya' dengan merendahkan diri."

                      [Surah سورة النّمل An-Naml : 87 ]

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الأرْضِ إِلا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ 

             Maksudnya : 

ii." Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dihendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menungu(keputusan masing-masing)."

                           [ Surah سورة الزمر Az-Zumar : 68 ]

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الأجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ (51) قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ (52

                 Maksudnya :

iii. "Dan ditiuplah sangkakala , maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. (51)

Mereka berkata : 'Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?'. Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul (Nya)." (52)

                              [Surah سورۃ یس Yaa Sin : 51-52

                   Hanya ilustrasi imaginasi pelukis sahaja sebagai hiasan

Demikian juga sejak di zaman Rasulullah s.a.w.terdapat ramai manusia yang masih ragu-ragu bahkan mengingkari akan berlaku Hari Kiamat dunia yang sangat dahsyat. Peringatan mengenai Hari Kiamat yang belum lagi berlaku ini sentiasa berlegar-legar di dalam pemikiran dan hati manusia hingga menimbulkan banyak persoalan mengenai kebenaran wujudnya lalu membangkitkan berbagai pertanyaan mengenainya atau terus mengingkarinya atas alasan-alasan yang munasabah kepada pemikiran logik mereka yang amat terbatas.
Sebagaimana hal-hal lain yang berkaitan dengan Rukun Iman Enam (6 )Perkara  yang kesemuanya ghaib belaka demikianlah juga dengan segala hal mengenai berlakunya Hari Kiamat. Ia amat sukar difahami dan memerlukan kefahaman dan pemikiran  ilmu yang mendalam dan hidayah petunjuk Allah. Antara faktor utama mengapa Allah merahsiakan tarikh berlakunya Hari Kiamat ini ialah:
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ (1) عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ (2) ٱلَّذِى هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ (3) كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ (4) ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ (5
                                     Maksudnya :
i."Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?(1) 
Tentang berita yang besar!  (2) 
yang mereka perselisihkan tentang ini.(3)  

Tidak sesekali !, kelak mereka mengetahui,(4)  

kemudian tidak sesekali, kelak mereka mengetahui."(5)

                           [ Surah سورة النبأ‎‎ An-Nabaa' : 1-5 ]

إِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ (1) وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انْتَثَرَتْ (2) وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ (3) وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ (4) عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ (5) يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ (6) الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ (7) فِي أَيِّ صُورَةٍ مَا شَاءَ رَكَّبَكَ (8) كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ (9)

                           Maksudnya :

ii." Apabila langit terbelah, (1)

dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, (2)

dan apabila lautan dijadikan meluap, (3)

dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, (4)

maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. (5)

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu ( berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. (6)

Yang telah menjadikan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan ( susunan tubuh ) mu seimbang, (7)

dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuh mu. (8)

Bukan hanya durhaka sahaja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan ." (9)

                                   [ Surah سورة الإنفطار Al-Infithar 1-9  ]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (56) مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (57)

                               Maksudnya :                

iii."Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya berbahagia mereka (dengan sebab) berbuat IBADAT kepada Ku. (56 ) 

Aku tidak sesekali menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki suoaya mereka memberi Aku makan. (57) 

               [ Surah سورة الذاريات  Az-Zaariyaat : 56-57 ]  

تَبارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1) الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَياةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (2)

                        Maksudnya :

iv." Maha Suci Allah Yang di 'tangan-Nyalah' segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1)

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mah Perkasa lagi Maha Pengampun." (2 )

                       [  Surah  سورة الملك Al-Mulk : 1-2 ]

            وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ 

                     Maksudnya :
v."Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyartakan ( baik buruknya) hal ehwal mu."

             [ Surah  سورة محمد Muhammad : 31 ]

Allah yang mengadakan sekalian alam dan makhluk-Nya yang tidak sesekali dapat diketahui betapa luas dan banyaknya makhluk mempunyai hikmah dan rahsia yang tidak diketahui oleh sekalian makhluk-Nya termasuk malaikat dan nabi mengapa Dia tidak menjelaskan dengan tepat lagi pasti bilakah Hari Kiamat besar dunia ini akan berlaku. Antara sebab utumanya ialah sebagaimana Firman-Nya :

          اِنَّ السَّاعَةَ اٰتِيَةٌ اَكَادُ اُخْفِيْهَا لِتُجْزٰى كُلُّ نَفْسٍ ۢ بِمَا تَسْعٰى

            Maksudnya :

i." Sesungguhnya Hari Kiamat itu akan datang.  Aku merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan."  [ Surah سورة طهThaahaa : 15-16 ]

 فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ 

            Maksudnya :

ii." Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan Hari Kiamat (iaitu) kedatangannnya kepada mereka dengan tiba-tiba kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila Hari Kiamat sudah datang." [ Surah سورة محمد Muhammad : 18 ]

Apabila Allah BERSUMPAH bila mewahyukan sesuatu peringatan atau amaran/ancaman  di dalam al-Quran adalah suatu hal atau perkara yang teramat besar lagi berat pengertiannnya kepada sekalian hamba Allah yang seharusnya  memberikan keutamaan ketika membaca dan memahaminya. Perhatikan Firman Allah dalam surah Al-Qiyaamah ayat 1-4:

لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ (1) وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ (2) أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ (3) بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ (4) 

            Maksudnya :

" Aku BERSUMPAH dengan Hari Kiamat, (1) 
dan Aku BERSUMPAH dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (2) 
Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?. (3)

Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari  jemarinya dengan sempurna. (4)

Peringatan Allah yang teramat penting ini dapat menjelaskan antara Sifat-sifatNya yang Qadim yang lagi Azali sebagaimana terkandung di dalam Asma' Ul Husna : 

i. AL-QUDDUS القدوس: Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan daripada segala barang yang baharu, antaranya masa dan tempat, maka tiada menyertai-Nya (tiada mengenai-Nya) masa dan tempat kerana Dia-lah yang mengadakan kedua-duanya itu, maka Dia tidak sesekali berhajat atau mengambil faedah daripada kedua-duanya itu.

ii. AL-KAHLIQ الخالق: Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan Qudrat-Nya, menurut Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua barang yang ada dengan Qudrat-Nya dan Mentakdirkan (Menentukan) tiap-tiap suatu daripadanya dengan kadar tertentu dengan Kehendak-Nya yang Qadim menurut Hikmah-Nya. (على مقتضى حكمته)  
iii. AL-JAMI'K  الجامع

Yang Menghimpunkan segala juzuk makhluk Allah kemudian daripada bercerai-berainya (berselerakkan) pada ketika bangkit hidup semula. 

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang panjang  diriwayatkan oleh  Umar al-Khattab r.a. yang menceritakan berkenaan Jibril AS datang bertemu Nabi s.a.w tetapi tidak dikenali oleh para sahabat yang hadir bertanyakan hal agama dan Hari Kiamat :

فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟. قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ 

           Maksudnya

“..........Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat (bila ia akan berlaku)”. Beliau bersabda: 'Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.' Dia berkata: 'Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya.' Baginda bersabda: 'Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat pengembala kambing yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan miskin, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya'."

            [Hadis Riwayat Muslim ] 









































ii.Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

           Maksudnya:

“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya dijadikan Adam, padanya juga dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkannya (Adam AS) daripada syurga serta tidak akan berlaku KIAMAT melainkan pada hari Jumaat.” [Riwayat Muslim ]

Daripada Huzaifah bin Asid bahawa Nabi s.a.w. di dalam bilik dan kami berada di bawahnya. Maka Nabi s.a.w. bertanya: Apa yang kamu bincangkan? Mereka menjawab: perihal al-Sa’ah (Hari Kiamat). Lalu Nabi s.a.w bersabda: 

إنَّ السَّاعَةَ لَا تَكُونُ حَتَّى تَكُونَ عَشْرُ آيَاتٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَالدُّخَانُ وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ، وَيَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ، وَطُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قُعْرَةِ عَدَنٍ تَرْحَلُ النَّاسَ

      Maksudnya:  

iii.“Sesungguhnya al-Sa’ah (Hari Kiamat) tidak akan berlaku sehingga berlaku sepuluh tanda ini iaitu gerhana di timur, gerhana di barat, gerhana di rantau Arab, asap, Dajjal, Dabah yang melata di bumi (sejenis haiwan),Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari barat, api yang keluar dari lembah Aden yang akan mengiringi manusia. [Riwayat Muslim ]

لَا تَقُوْمُ السَّاعَةُ عَلى أَحَدٍ يَقُوْلُ: اللهُ، اللهُ. وَفِيْ طَرِيْقٍ: لَا إلهَ إِلّا اللهُ

                                  Maksudnya :

iv. "Tidak akan berlaku kiamat ke atas seseorang yang mengucapkan Allah, Allah. Dalam riwayat lain: La Ilah Illa Allah." [ [HR Muslim, At-Tirmizi, Ibn Hibban, Ahmad]

 Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda: 

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ

           Maksudnya: 

v.“Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan.” [Riwayat al-Bukhari ]

بعثت انا والساعة كهاتين ويقرن بين اصبعية السبابة والوسطى 

          Maksudnya :

vi."Nabi s.a.w bersabda: 'Jarak antara aku diutuskan dengan tibanya Hari Kiamat adalah seperti ini.' Anas r.a. berkata: 'Rasulullah s.a.w. menggabungkan antara jari telunjuk dengan jari tengah'." [Hadis Riwayat al-Bukhari]

 Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة سبأ Saba' ayat 3 memperjelaskan betapa keingkaran orang-orang kafir tentang berlakunya Hari Kiamat besar dunia dan ketegasan Allah terhadap kewujudannya yang pasti datang :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لا تَأْتِينَا السَّاعَةُ قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ 

                  Maksudnya :    

"Dan orang-orang yang kafir berkata : 'Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami.' Katakanlah : 'Pasti datang, demi Tuhan-ku Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya seberat zarrah pun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)."

Demikianlah secara sepintas lalu peringatan Allah terhadap berlakunya Hari Kiamat besar dunia yang telah diturunkan melalui kitabullah sejak zaman kenabian dan masih berkekalan hingga ke hari ini.  Mereka yang beriman dengan keimanan yang hak akan membuat persediaan secukupnya dengan melakukan segala amalan dan ibadat secukupnya berpandukan kitabullah dan sunnah dalam segala urusan perhubungan mereka sesama manusia dan perhubungan dengan Allah.

Mereka yang kufur ingkar akan terus mengingkarinya secara nyata atau di dalam hati. Terdapat juga golongan manusia tertentu yang menggunakan peluang 'berita' mengenai Hari Kiamat yang disebut dalam kitabullah untuk mendapat faedah keduniaan yang menguntungkan dengan mencipta berbagai persepsi ramalan yang mudah difahami dan diterima masyarakat.

Pada suatu ketika dulu, golongan ini  meramalkan pada tahun 2000 apabila alaf baharu terbit, semua sistem digital yang menggunakan komputer akan keliru kerana gagal 'membaca' angka ‘00’ . Mereka meramalkan kononnya berteraskan perkiraan matematik dan logika yang tepat semua sistem menjadi kacau.  Bayangkan apa akan berlaku jika sistem komputer/digital yang menjadi keperluan utama untuk mengawal berbagai sistem komunikasi dan urusan harian seperti penerbangan lalu lintas di udara, pelayaran  kapal di lautan, pergerakan keretapi laju, perbankan dan berbagai urusan pentadbiran  pemerintahan negara terganggu dan menjadi kacau bilau. Pastinya bencana besar akan melanda seluruh dunia  kerana kesemua sistem digital komputer gagal membaca aplikasi angka  ‘00’. Maka banyak pihak merasakan bahawa alasan yang kononnya berkonsepkan 'saintifik" yang dihasilkan oleh golongan oportunis ini mempunyai signifikan yang harus ditangani secara saintifik.

Menyedari hal ini golongan oportunis tersebut mengutarakan sistem yang dinamakan Y2K bagi mengatasi sebarang kemungkinan yang kelihatan amat saintifik dan mudah diahami. Mereka menawarkan harga yang amat tinggi bagi menyediakan kemudahan aplikasi teknologi Y2K. Amat menakjubkan banyak pihak terpengaruh kerana tidak sanggup menghadapi masalah besar jika ramalan 'saintifik' yang dicanangkan menjadi kenyataan. Maka berlakulah transaksi urusan Y2K di seluruh dunia yang melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Ternyata apabila tahun 2000 tiba, dunia berlalu dengan santai dan aman, tanpa sebarang gangguan. 

Tidak lama selepas itu terbit lagi ramalan bahawa dunia akan binasa sepenuhnya menjelang tahun 2012 atau tahun 2019. Ramai juga yang percaya. Mereka bersusah payah bersiap sedia menghadapinya dengan menyediakan tempat yang diyakini lebih selamat dan menyediakan berbagai bekalan keperluan hidup secukupnya. Ternyata ramalan hanya tinggal ramalan sahaja, dunia masih  belum 'kiamat'.

Sebagai orang yang beriaman dengan keimanan yang hak kita hendaklah mempercayai dengan keyakinan yang penuh terhadap apa yang diperjelaskan di dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w mengenai hari dibangkitkan iaitu Hari Kiamat besar dunia yang mengenai kesemua makhluk Allah di seluruh alam. Kesemua tempat yang dijadikan Allah daripada semata-mata tiada kepada ada akan mengenai kebinasaan kecuali tempat-tempat tertentu yang dimaksudkan.  Dalam hal ini pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jemaah menjelaskan bahawa :

"....Sebagaimana Allah SWT itu mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali begitulah juga Allah SWT itu berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali yang sentiasalah Allah itu berkehendak pada Azal-Nya.
Sebarang apa jua yang Allah SWT Kehendaki adanya pada Azal-Nya pada masa yang ditakdirkan adanya maka didapatilah adanya barang itu pada waktu yang Allah SWT telah mentakdirkan adanya menurut sebagaimana yang Dia Kehendaki pada Azal-Nya itu juga dengan tiada terdahulu dan tiada terkemudian.
Bahkan berlakunya berbetulan dengan Ilmu-Nya dan Kehendak-Nya yang tiada bertukar dan tiada berubah dan Allah SWT mentadbirkan semua perkara itu bukan dengan susunan fikir dan bukan mengenai masa kerana yang demikian itu tidak membimbangkan Allah oleh sesuatu pekerjaan daripada sesuatu pekerjaan..."
Setiap diri kita seharusnya sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan 'Kiamat Kecil' iaitu 'maut' yang akan menimpa ke atas diri kita pada bila-bila masa sama ada sudah dijangka kerana mengidap sakit yang lama atau tidak sesekali dapat dijangka tanpa sebarang petanda yang nyata seperti apa juga kemalangan atau dibunuh musuh dalam berbagai cara dan hal.  Semoga maksud hadis Rasulullah s.a.w berikut memberikan sedikit pencerahan:
Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 

كَانَ رِجَالٌ مِنَ الأَعْرَابِ جُفَاةً، يَأْتُونَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَسْأَلُونَهُ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَكَانَ يَنْظُرُ إِلَى أَصْغَرِهِمْ فَيَقُولُ: إِنْ يَعِشْ هَذَا لاَ يُدْرِكْهُ الهَرَمُ حَتَّى تَقُومَ عَلَيْكُمْ سَاعَتُكُمْ

           Maksudnya: 

“Terdapat beberapa orang lelaki badwi yang berperwatakan keras datang kepada Nabi SAW lalu bertanya Baginda s.a.w: 'Bilakah berlakunya kiamat?'. Nabi s.a.w melihat kepada yang paling muda daripada kalangan mereka sambil berkata: 'Jika anak ini masih hidup dan dia belum lanjut usianya bahawa kamu menemui kematianmu.' [Riwayat al-Bukhari ]

Wallahu'alam.

***************************************************************

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

                   Maksudnya :

" Dan sungguh kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan ( di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang-orang musyrik. Masing-masing menginginkan agar diberi umur hingga seribu tahun, padahal umur panjang itu tidak sesekali akan menjauhkannya daripada seksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."

                          [ Al-Quran surah سورة البقرة  Al-Baqarah : 96





 



BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

[Sambungan daripada :  Untukmu Agamamu, dan Untuk Akulah Agamaku. ]   بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَ...